Di entry kali ni aku nak perkenalkan satu resipi roti kegemaran aku time bersarapan atau makan malam pun boleh. Aku namakan sempena watak budak Norway yang aktif dalam citer 'Fjord' tu. Yea la, kan? Bebudak mat salih memang suka roti & cheese, kita je suka roti chanai.. hee.
BAHAN-BAHAN
1 • Dah tentu le roti kira-kira lima keping, ikut selera korang le (aku suka roti Gardenia putih biasa tu atau pun Breakthru roti germa sebab lembut & enak)
2 • Telur ayam dua bijik gred A. Kalau B atau C kecik sangat, tak puas. Pastikan telur-telur tu tak berbulu, ye? Hee
3 • Bawang putih dipotong nipis-nipis supaya cepat masak tak le panas lidah time kunyah nanti
4 • Sedikit serbuk kunyit sebab kunyit ni banyak khasiatnya
5 • Susu tepung (aku guna Fernleaf yang murah tu)
6 • Dua keping cheese jenis slice (aku suka cap Sauh/Anchor sebab murah & berpatutan, sedap lagi)
CARA CARA MEMASAKNYA
1 • Pecahkan telur korang yang dua bijik tu ke dalam mangkuk ayun.
2 • Masukkan potongan bawang putih, serbuk kunyit & susu tepung (ikut suka le berapa banyak yang korang rasa sesuai) Then, pukul-pukul guna garpu sampai nampak sebati & cair
3 • Panaskan kuali (non-stick pan ) & sapu sikit minyak supaya telur tak melekat nanti. Kalau telur kita melekat tentu sakit. Betul tak, bang?
4 • Guna sudu untuk ceduk telur tu & letak le atas roti. Telur ni akan serap pada roti
5 • Bahagian roti yang diletak telur tu korang terbalikkan atas kuali nanti senang le telur tu masak, kan? Boleh masak dua keping roti dalam satu masa
6 • Ulang-ulang le buat macam tu sampai semua roti selesai disalut telur & masak
7 • Potong cheese macam dalam foto kat atas tu & letak atas roti. Kapit & melantak le dengan rasa yang gumbira
Jangan risau pasal kaler kuning tu sebab itu kesan serbuk kunyit je. Kalau tak nak guna kunyit pun okey, cuma jangan le korang mengunyit.. hee
• MONin | 21102024 | 342 words •
YOU ARE READING
• resipi r𝑒sipo • {rr}
Non-FictionIni karya non-fiction kelapan aku. Selain mengarang novel, cerpen & cerpan, aku jugak suka memasak. Kekadang, aku akan reka sendiri masakan tu. Ade gak aku masukkan resipi turun-temurun & resipi tradisional Melayu yang lain. Jugak, aku sertakan petu...