Resipi popia/popiah ni aku reka sendiri la. Tak ikut mana-mana buku resipi. Kalau ade persamaan tu, bermakna secara kebetulan je. Harap Mak Long Senah. Popia ni memang salah satu makanan kegemaran aku. Lagi-lagi kalau buat sendiri sebab kita boleh masukkan ape je benda kat dalam tu. Cuma, kulitnya aku tak pandai buat, malas. Beli je lagi senang, kan?
BAHAN-BAHAN
1 • Kulit popia la, paling best yang besar tu jangan dibeli yang kecik, ye? Nanti susah nak diisi & tak puas nak makan.. hee
2 • Bahan-bahan untuk inti/isinya (tauge, karot, sengkuang, kacang peas dalam tin yang kaler hijau tu, tauhu atau tokua kata orang utara & isi udang) Semuanya ikut pandai korang le, agak-agak je berapa banyak yang diperlukan
CARA-CARA MEMASAKNYA
1 • Pakai le baju & seluar yang sesuai, ye? Jangan pulak berbogel nanti minyak atau cili cabai terpercik kena ehem ehem kita.. hee
2 • Pastikan korang ade dapur gas & kuali. Gas pulak mesti le ade dalam tong gas sebab tak nak terbantut aksi memasak nanti
3 • Karot, sengkuang, tauhu & isi udang dicencang kecil-kecil
4 • Panaskan kuali dengan sikit minyak Saji. Masukkan karot & sengkuang. Then, masukkan pulak isi udang, kacang peas, tauge & tauhu. Kacau dengan mesra. Tak payah masukkan air sebab sengkuang & udang akan mengeluarkan airnya sendiri, macam kita gak.. hee
5 • Masukkan garam halus secukup rasa & kacau sekejap. Jangan masak lama sangat nanti semua tu jadi lembik berair, ye? Kalau kat lain yang berair itu tanda sedap.. hee.
6 • Bila dah masak, biarkan ia sejuk dulu. Kalau nak tapis/tus lagi cantik sebab tak nak popia kita basah & berair
7 • Untuk aksi membalut, sila sediakan putih telur sebagai agen pelekat atau gam
8 • Balut le popia tu sambil bernyanyi-nyia riang lagu-lagu Melayu klasik, baru mood mari.. hee
9 • Then, panaskan minyak lalu digoreng popia tu sikit-sikit. Jangan banyak sangat nanti susah nak kalih atau terbalikkan. Kalau tak nak goreng guna minyak korang boleh jugak guna air fryer yang dah makin popular sekarang ni, aku pun ade beli satu yang besar punya.. hee
10 • Calit sikit cili sos sebelum korang melahap popia tu untuk bagi rasa manis-manis gitu
Maka siap le popia kita macam yang aku buat kat bawah ni. Tapi tak le cantik macam yang dijual tu sebab aku malas nak buat kemas-kemas, janji boleh melantak, kan? Korang boleh je isi dalamnya dengan bermacam benda yang diingini. Ayam, sotong, daging atau ikan pun boleh, terserah.
Sorry sebab terlupa nak patahkan atau potong popia aku ni untuk tunjuk isi kat dalamnya tu.. hee.
• MONin | 22102024 | 462 words •
YOU ARE READING
• resipi r𝑒sipo • {rr}
Non-FictionIni karya non-fiction kelapan aku. Selain mengarang novel, cerpen & cerpan, aku jugak suka memasak. Kekadang, aku akan reka sendiri masakan tu. Ade gak aku masukkan resipi turun-temurun & resipi tradisional Melayu yang lain. Jugak, aku sertakan petu...