8: Birthday Party

15 2 0
                                    

Kini ketiga mereka sedang duduk bersandar pada sebatang pokok di Training Ground. Masing-masing terlihat penat. Bagaimana tidak penat. Mereka menghabiskan masa berpusing-pusing bandar hanya bagi mencari hadiah untuk sang Hokage tercinta. Bergaduh dengan lelaki dewasa di kedai buku. Malah ketika dalam perjalanan ke Training Ground, mereka terpaksa melarikan diri berpusing jauh oleh sebab dikejar sekumpulan anjing liar. Tidak pasal-pasal mereka menghabiskan masa selama lebih kurang tiga jam untuk melalui kesemua bencana itu.

"Penatttt!!" Seru Naruto. Keadaannya terlihat kacau sekali. Baju bergambar beruangnya basah dek kerana peluh. Rambut kuningnya kusut. Keadaan Sasuke dan Sakura juga tidak jauh beza darinya. Sama-sama kacau.

"Kita berehat sekejap ya Sasu-chan sebelum berlatih." Kata Sakura dengan nada tidak bermaya.

Sasuke mengangguk tanda setuju. Tidak dinafikan bahawa dirinya terasa amat letih sekarang. Apalah nasib dirinya, baru sahaja sihat malah dilanda dugaan lain. Sudahlah semalam dirinya dibuli oleh Itachi. Itachi baru saja pulang dari misinya sebagai seorang chunin selama dua harinya semalam. Itachi memintanya untuk mengambilkan air, makanan ringan dan sebagainya. Bahkan Itachi memintanya untuk mengambilkan sebatang pensel yang terletak hanya beberapa langkah di depannya dengan alasan "Nii-chan sudah duduk ni Sasu-chan, tolonglah ambil untuk Nii-chan mu ini Hime-chan. Nii-chan tak larat bangun. "

Mengenangkan perngorbanan Itachi kepada dirinya saat masih kecil, dengan berat hati dan berwajah masam, Sasuke menunaikan kesemua permintaan Itachi. Diikutkan hati, tidak mahu dia melakukan semua itu tetapi tidak mampu menolak kerana ketika itu mereka berada di ruang yang sama dengan ayahnya, Fugaku. Makanya terpaksalah dia berpura-pura baik.

"Huh." Sasuke mengeluh kecil apabila mengingat kembali perbuatan Itachi kepadanya semalam.

"Ne Sasu-chan, sebenarnya hari ni kita mahu berlatih apa?" Soal Naruto tiba-tiba. Dengan wajah penat, Sasuke berpaling memandang Naruto yang terlihat sangat ingin tahu.

"Hanya melatih teknik lemparan shuriken, mengontrol chakra dan mencari tahu elemen yang dimiliki oleh Naru-kun dan Saku-chan." Balas Sasuke.

"Mengontrol chakra?" Soal Naruto lagi. Sasuke mangangguk.

"Yup, kerana dari pemerhatian Sasu terhadap Naru-kun dan Saku-chan, pengontrolan chakra korang masih belum boleh dikatakan baik." Sasuke memandang kedua sahabatnya yang kini sedang menatapnya lama.

"Bagaimana Sasu-chan tahu?" Berkerut dahi Naruto mendengar penjelasan Sasuke.

"Kita pernah berlatih bersama-sama banyak kali bukan sebelum pulang ke desa seperti mencipta bunshin dan mengadu taijutsu. Namun jika diperhatikan, bunshin yang dicipta tidak mampu bertahan lama. Dengan kata mudah, bunshin itu sangatlah lemah. Kalau korang nak tahu, sekiranya kita mampu mengontrol chakra dengan baik, bahkan bunshin yang kita ciptakan juga mampu bertahan lebih lama dan lebih kuat."

Naruto dan Sakura hanya diam menyimak kata-kata Sasuke.

"Bahkan jika ingin tahu, hanya dengan pengontrolan chakra yang baik, kita boleh membuat teknik shuriken yang sangat mematikan." Kata Sasuke lagi. Kedua sahabatnya mengangguk paham.

"Apa maksud Sasu-chan dengan mencari tahu elemen yang dimiliki kami pula?" Kali ini giliran Sakura bertanya.

"Setiap individu mempunyai elemen yang berbeza antara satu sama lain. Terdapat lima elemen primer dan masing-masing akan mengeluarkan jenis ninjutsu berbeza. Antara elemennya adalah api, air, angin, petih dan tanah. Kita boleh mengetahui elemen yang dimiliki oleh diri kita dengan cara menggunakan kertas khusus ini. Kertas ni diperbuat daripada pokok khusus yang ditumbuhkan dengan chakra. " Sasuke menghulurkan masing-masing sehelai kertas kecil kepada Naruto dan Sakura.

Naruto: The Moon With Her Sun | CWhere stories live. Discover now