Kediaman Namikaze
Hari yang cerah namun merupakan hari yang malang bagi seorang Uzumaki Naruto. Bagaimana tidak. Dia memimpikan sesuatu yang indah iaitu ayahnya, Minato memberikannya wang jajan yang banyak dan ibunya, Kushina memberikannya izin untuk memakan ramen di kedai Ramen Ichiraku sebanyak yang dia mahu. Namun mimpinya berubah menjadi mengerikan dimana sahabatnya, Sasuke yang diajak untuk menemaninya makan malah berubah rupa menjadi hantu berambut panjang, bergigi tajam dan bermata merah mengeluarkan darah. Disebabkan mimpi itu, dia terbangun lebih awal dari yang sepatutnya. Dan kemudian dia tidak dapat melelapkan mata lagi.
Dan disini lah dia berada sekarang. Di dapur. Melihat ibunya memasak tanpa ada niat untuk menolongnya. Wajahnya terlihat mengantuk namun jika dia kembali tidur sekarang, dia pasti akan terlambat untuk ke akademik. Yap, hari ini adalah hari pertama dia ke akademik. Permulaan untuk menjadi seoeang shinobi sejati. Permulaan untuk menjadi seorang Hokage suatu hari nanti.
"Naru-chan. Pergilah bersihkan diri dan tukar pakaian dulu. Takkan kamu nak makan dengan muka mengantuk macam tu." Kata Kushina namun tidak mengalihkan mata dari masakannya.
"Hoammm. Naru ngantuk lagi lah Kaa-chan." rungut Naruto.
"Sebab mengantuklah pergi cuci muka sana. Atau kamu nak ke akademik dengan muka macamtu? Silakan kalau mahu, tapi kamu tak kisah kah kalau nanti Sasu-chan dan Saku-chan tengok hm?"
Naruto yang mendengarnya mencebik. Mulalah tu Kaa-chan nya nak mengugut.
"Haik haik, baiklah. Huh padahal kan masih awal." Bebel Naruto sambil melangkah pergi. Kushina tersenyum kecil lagi-lagi apabila matanya menangkap sosok suaminya yang terlihat segak dengan baju berwarna turquoise serta vest putih panjang tanpa lengan. Sepertinya baru siap mandi.
Nampaknya Minato terlalu bersemangat untuk menghantar anaknya ke akademik. Maklumlah hari pertama kan.
.
.
Kediaman Uchiha
Suasana riuh melanda di rumah ketua klan Uchiha itu dimana Itachi ke hulu ke hilir mencari barang kelengkapan adik perempuannya. Sebenarnya barang Sasuke telah tersedia semua, namun si Uchiha sulung itu sibuk mencari barang lain seperti bandage, ubat luka, plaster, kapas dan sebagainya serta menyumbatnya di dalam beg Sasuke.
"Nii-chan!! Sasu tak perlukan semua tu! Keluarkan semula!" Sasuke merampas begnya dari Itachi dan bertindak ingin mengeluarkan barang yang diisi oleh abangnya itu.
"Oh tidak Sasu-chan. Sasu-chan nanti pasti akan memerlukan semua ni. Jangan keluarkannya!" Itachi langsung merampas semula beg Sasuke. Berkerut dahi Sasuke melihat abang satu-satunya itu.
"Nii-chan! Sasu bukan budak kecil lagi. Tak payahhh!" Sasuke memukul tangan abangnya yang sedang memasukkan kembali barang-barang itu.
"Ni bukan pasal budak kecil atau besar Sasu-chan. Kalau Sasu-chan terluka nanti macam mana huh?!"
"Kalau luka tinggal di ludah jer. Tak susah kan?!" Sasuke berkata dengan selamba dan kemudian melangkah pergi meninggalkan Itachi menuju ke dapur, tempat di mana ibu dan ayahnya berada sekarang. Tidak dipedulikan pandangan terkejut dan jijik Itachi. Pantas Itachi mengikuti Sasuke.
"Jangann!!! Nanti terkena jangkitan macam mana?!" Teriak Itachi. Sasuke menjeling Itachi dan mendudukkan dirinya di dekat meja makan.
"Itachi! Jangan menjerit-jerit!" Tegur Mikoto menggeleng melihat anak sulungnya itu.
"Tapi Kaa-chan, tengok Sasu-chan tu. Dia kata kalau terluka, ludah je luka tu." rungutnya Itachi. Sasuke menjulingkan matanya. Mengadu eh Itachi.
"Heh, tak sangka Uchiha Itachi yang selalu dibanggakan klan kita menjadi seorang yang tidak cerdik ya. Dah jelas tu gurauan. Kalau luka tinggal di basuh dan ditampal plaster. Tak perlu lah bawa kapas, iodine bagai. Sasu ni seorang shinobi Nii-chan. Luka kecil tak akan membuat Sasu mati." Sindir Sasuke.
YOU ARE READING
Naruto: The Moon With Her Sun | C
FanfictionPenyerangan secara besar-besaran Desa Kumogakure terhadap Desa Konohagakure adalah permulaan malapetaka kepada Desa Konohagakure. Dimana tiga orang anak shinobi berpengaruh telahpun diculik oleh ninja dari Kumogakure. Lalu apakah yang berlaku selanj...