10: Team 7

19 2 0
                                    

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, Naruto, Sasuke dan Sakura hanya disibukkan dengan akademik dan latihan. Masing-masing mereka bertekad untuk menjadi lebih kuat bagi membuktikan kepada desa bahawa mereka mampu untuk melindungi orang yang mereka sayangi. Tidak terasa bahawa kini mereka telah berumur 12 tahun. Mereka telah berjaya lulus dari akademik dan menjadi seorang genin.

Naruto yang sibuk dengan perlatihannya bersama ayah dan juga ibunya. Sebuah peningkatan yang agak baik dimana kini Naruto mampu menguasai Rasengan, jutsu ciptaan ayahnya dengan sangat baik. Bahkan dengan bantuan cakra yang cukup besar dari Kyuubi, Naruto mampu menciptakan 1000 bunshin dalam satu-satu masa. Naruto turut mempelajari cara menggunakan jutsu dasar elemen air dari ibunya. Namun dia cukup kesukaran untuk mempelajari elemen api.

Sasuke juga tidak jauh dari Naruto yang sentiasa sibuk. Bahkan Sasuke boleh dikatakan setiap hari selepas pulang dari akademik akan berlatih bersama Itachi dan Shisui. Jika mereka tiada, Sasuke akan meminta bantuan ayahnya dan juga ibunya atau berlatih sendiri. Sasuke turut meminta bantuan dari Kakashi melatihnya menggunakan elemen petir.

Berbeza dengan Sasuke dan Naruto yang akan melatih elemen ninjutsu mereka, Sakura malah lebih tertarik untuk mempelajari ninjutsu medis. Sakura meminta bantuan dari Rin untuk membantunya mempelajari. Ia juga lebih banyak melatih ketangkasan pergerakan dan kekuatan tubuhnya.

Hari-hari mereka tidak pernah dirugikan dengan perkara yang tiada faedah. Kadangkala mereka berkumpul dan berlatih bersama untuk mengetahui kemampuan di antara satu sama lain. Bahkan Naruto dan Sasuke turut melatih menggunakan kekuatan bijuu dengan dibantu oleh Rin yang juga merupakan jinchuriki Sanbi. Namun ianya tidaklah mudah. Disebabkan kekuatan itu terlalu besar bagi keduanya, apabila melatihnya, mereka pasti akan berakhir dengan terluka atau pingsan setelahnya.

Tidak terasa hari yang mereka lalui, kini mereka sedang menunggu Kakashi yang merupakan guru pembimbing tim mereka iaitu tim 7. Mereka berada dalam tim yang sama dibawah bimbingan Kakashi.

 Mereka berada dalam tim yang sama dibawah bimbingan Kakashi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*note: penampilan naruto.

*note: penampilan sasuke

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*note: penampilan sasuke.

*note: penampilan sasuke

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Naruto: The Moon With Her Sun | CWhere stories live. Discover now