Ini yang terbaik - Penghujung

85 4 1
                                    


Hubungan aku dengan Zack macam biasala, kejap okey kejap tak. Kadang mulut ii orang yang suka membatu apikan punca kitorang bermasam muka. Tapi tak lama. Tiba ii okey macam biasa. Tapi tak bertegur la . Okey ii saja.

"Aku tak suka kau sebut nama orang lain selain nama aku. Tadi bila aku dengar kau jerit nama orang lain aku jadi sakit hati"

Kata ii dia tersebut sekali lagi membuat aku tanda tanya. Habistu dia nak apa sebenarnya. Aku tak move on kau siksa perasaan aku. Aku nak move on kau tak boleh terima.

Aku rasa aku tak boleh terus macam ni. Selagi aku terus ada kat sini, aku takkan boleh move on. Aku rasa ni je caranya.

Biar aku yang pindah sekolah.

-

Semestinya berita aku pindah ni agak mengejut. Aku jumpa la kawan ii aku buat kali yang terakhir. Cha la orang yang beria menangis kat aku. Untuk redakan hati dia yang lara, aku bagi bantal busuk aku kat dia. Hahaha.

Sehelai baju aku lipat. Baju tu aku suka. Kerana aku suka,  jadi aku decide nak bagi pada orang yang aku sayang. Sekeping nota kecil aku sertakan pada baju tersebut.

Mataku terpandang pada kelibat Zack yang sedang berada diluar sebelah asramaku. Aik? Bukan dia tengah baring ke tadi ?

"Wey, tolong bagi baju ni pada Zack"

Aku lupa aku suruh siapa. Aku terfikir maybe dia tak kisah pun aku pindah sebab waktu aku berjumpa Zirah buat kali yang terakhir, masa tu Zack tengah baring sebelah Zirah. Dia langsung tak pandang aku. Jadi aku pun, takpelah.

"Meyl, Zack nak kau bagi dia face to face"

Aku terkejut. Betul ke apa yang aku dengar ni ? Aku segan tapi kalau boleh aku pun nak jumpa dia buat kali yang terakhir.

Aku pun nak ada good ending dengan dia walaupun bukan bersama.

Dia melangkah masuk ke asrama, aku memanggil namanya untuk mendekati aku. Waktu ni kan, ramai gila orang nak tengok aku dengan dia bercakap. Nampak tak tentang aku dengan dia ni sangat femes kat sekolah ni haha.

Aku segan. Dia pun segan.

"Taknak ke salam aku?" soalku padanya.

Dia menghulurkan tangannya padaku. Aku menyambutnya.

"Taknak cium pipi ke?" gurauku.

Time ni orang ii dah mula sorak suruh dia cium aku. Haha padahal aku gurau je.

Cup !

Kedua-dua belah pipiku dicium olehnya.Puff ! Merah muka aku sebab tak sangka dia akan buat. Depan ramai orang pulak tu !
Aku tersengih segan. Sudi juga rupanya untuk cium aku.

"Dahi ?" Usik ku lagi. And yah, dia cium dahi aku.

"Dagu ?"

Dia menjegilkan mata. Aku ketawa kecil. Ah terselit rasa bahagia dihati meskipun ini adalah perpisahan. Lalu kami berpelukan untuk seketika. Ah, sedingin kau terhadap aku, rupanya kau masih sudi untuk memelukku buat kali yang terakhir. Desis hatiku.

"Jaga diri elok ii"

"Kau pun"

Aku tersenyum kecil.

"Sayang aku tak ?" Tiba sahaja dia bertanya soalan itu kepadaku. Aku memandangnya. Ah, aku rasa kau tak buta lagi untuk tak nampak yang aku sayang sangat pada kau.

"Sayanglah ! Aku sayang kau" jawabku selamba. Biarlah apa orang nak cakap. Lagipun inikan kali terakhir.

"Sayang aku tak ?" kini aku pula pulangkan soalan tersebut padanya.

Dia mengangguk kecil. Segan mungkin. Atau terpaksa . Entah. Aku taknak syok sendiri.

"Aku tanya ni sayang aku tak?" ulangku lagi.

"Ye aku sayang kau" balasnya tepat memandang aku. Aku ketawa kecil. Aku taktahu la betul ke tak apa yang dia ungkapkan, tapi aku happy dengar ayat tu.

Riuh dah asrama sebab drama kami ni. Hahaha.

Lama aku menatap wajahnya. Tahukah engkau aku pindah ni sebab kau ?Ingin saja aku bertanya pada dia, apakah dia rasa apa yang aku rasa ? Jika sebaliknya, aku tak mahu mendengarkan itu. Namun sayang, semua ayat tersebut aku hanya simpan dalam hati.

"Bye !!!"

Aku melambaikan tangan pada mereka dan begitu juga mereka terhadap aku. Perlahan aku melangkah keluar dari asrama dan perlahan juga wajah yang selama ini aku sayang dan rindu tersebut hilang dari pandangan aku.

Biarlah segala kenangan indah dan duka lara aku tinggalkan disini.

Bye, Zack.

               "Sometimes you have to forget what you want and  remember what you deserve" -

-2018-





Gahhh ! Akhirnya dapat juga Author habiskan Pain of Love ni. Author terpanggil sebab rasa macam tak nice kut tinggalkan macam tu je tergantung. So Author nak korang tahu juga macam mana pengakhiran kami.

Lepas pindah, Author masih tak move on sebenarnya. Cumanya takdelah seperit jika Author terus ada kat sekolah tu. Lebih kurang 2 tahun Author cuba untuk move on sebelum jumpa orang baru. And yah, alhamdulillah now Author dah lama move on dari dia. Siap lepak dengan dia lagi itupun sebab dia tetiba contact Author ajak lepak.

For those yang tunggu cerita ni update, thank you sangat ii support even Author mengambil masa yang sgt lama untuk habiskan. Love you guys ! Muah!

Pain of loveWhere stories live. Discover now