Fever

267 9 7
                                    

Aku berjalan lemah lalu merebahkan tubuhku di katil Mirza .Kelihatan kipas tidak berpusing .Asal aku rasa sejuk sangat nih ?Selimut ditarik lalu menutupi separuh tubuhku .

"Cepat sikit masuk kelas !"

Ramai sudah bersiap² dan berpusu² memasuki kelas malam .Aku ? Dalam fikiran aku sekarang lantaklah ,aku tak larat dah ni .Mataku dipejam.

"Eh Meyl ? Orang lain dah masuk kelas dah .Kenapa ni ?"

Mataku dicelik sedikit memandang Mirza .

"Kau demam ke Meyl ?"Aku mengangguk sedikit . Tangan Mirza dilekapkan di dahi ku kemudian dileherku .

"Panas ..kau demam ni "

"Aku pinjam katil kau tau .." kataku lemah .Katil aku kat atas katil si Mirza ni ,mane lah aku larat nak naik kan ,so aku tumpang kat katil dia .

"Eh sokaylah ..kau rehatlah .Aku masuk kelas dulu ye ."Mirza berlalu meninggalkanku .Mataku dipejam rapat kembali ,cuba untuk tidur .

Beberapa minit kemudian ,kedengaran suara tapak kaki menghampiriku .Siapa pula dah nak melawat aku ni ?Aku kekal membatu ,pura² tidur.

"Meyl .."

Suara tu ..Zack ?! Ni mesti Mirza yang bagitahu kat dia yang aku tengah demam ni .Aku masih pejamkan mata ,menunggu apa yang dilakukan oleh Zack .

Tangannya mendarat di dahiku kemudian dialihkan ke leherku .

Kemudian telapak tangannya melekap di dahiku semula .Lama .Suara halus yang datang darinya masih dapat didengari olehku .Tahulah aku bahwa dia baca doa kesembuhan untuk aku .

..

Serious ,aku terharu ..

Aku rasa diambil berat oleh dia ..

Kemudian dia menghembuskan ayat² yang telah dibaca ke kepalaku .Dia mengusap kepalaku .Sebelum dia beredar ,dia menghadiahkan satu ciuman di dahiku .

Blushing betol aku waktu ni ..Aku dahla putih ,nasib baik asrama gelap tak gelap masa ni .So ,takdelah nampak muka aku merah .

Aku ? Masih pura² tidur la tapi hati aku tak mampu untuk berpura² untuk tidak bahagia .
Ah ,sebab dia aku tak jadi nak tidur. Tapi dalam masa yang sama aku tengah takut juga ni kalau warden tahu aku tak masuk kelas .You know whut ? Sepatutnya orang sakit pon kena juga masuk kelas tapi boleh rehatlah .Ergh ,aku tak nak rehat kat kelas .Aku ni nakal ,so aku ikut kepala aku je .Disebabkan takut kantoi dengan warden then aku pergi ke katil Zack .Nak tak nak kena naik jugalah sebab katil dia paling hujung skali dan tak mudah kantoi hehe .



Sejam berlalu .Aku masih berselubung dalam selimut .Kedengaran suara² manusia semakin menghampiri asrama .Habes kelas dah la tu ..Tapi aku tak tau kenapa tiba² ..

"Weyh !!! Meyl mane ?"

"Meyl balik rumah laaa .."

"Siyes ah dia balik rumah ?Kenapa ?"

"Lah dia kan demam. Tadi ibubapa dia datang ambik dia .."

Keningku dikerutkan setelah mendengar perbualan diorang tentang aku .Memandai je diorang ni .Dari mana tah dapat citer hahhaha .Aku menahan ketawa .

Tiba² ..

Gedegangggggg !!!!

Bunyi hentakan pintu oleh seseorang membuat aku terkejut sekejap .Dah kenapa?

"Kau kenapa Zackk !!"

Oh ,zack ke yang hempas pintu tadi ..

"Weyh ,bunny aku mane bunny akuuu ??!!" jeritnya .Oh ya 'bunny' tu nama manja dia bagi kat aku .

"Meyl balik rumah laaaaa"

"Weyhh ,seriouslahh Mey balik rumah ?!!" nada zack seakan tak berpuas hati.

"Ha ah ye ..tadi dia baru je balik ."selamba betul orang tu menjawab .

Aku ketawa perlahan .Bengongla sape yang memandai buat cerita tu .Saje je menyakitkan hati Zack .

"Tipuu !!Weyh ,series ahhhhhh bunny akuuu !!" Zack tak puas hati berserta dengan nada yang agak ...kecewa ?

"Betol ,zack ..Tadi Meyl kemas2 barang dia pastu terus balik ."jawab orang itu saja membengangkan Zack dengan jawapan dia .Aku lupa dah siapa yang reka citer pasal aku ni .Sabar jela .

"Weyh ..Mirza !!"

"Kau asal ?"

"Meyl balikk ..." suara Zack kedengaran sedih .Dia sedih ke kalau aku takde ?Btw ,aku happy sebab dia cari aku dengan nada dia yang macamtu tuu hahaha dan cuba menafikan kata² orang yang reka citer tadi .

Kesian pula aku pada Zack ,jadi ..

"Amboiiii ,sape memandai cakap aku balik rumah ?" akhirnya aku mengeluarkan suara ..tidak kuat dan tidak perlahan .

Serta merta orang yang mereka cerita tu ketawa .Yang Zack pula ..

"Weyh ,hunnybunny akuuuuu !!!" terus sahaja Zack datang kepadaku .Kedengaran suara dia agak ...ceria ?

"Iye ,Zack ..." jawabku lemah sambil tersenyum ke arahnya .Dia dah memang dari tadi tersengih bila dapat tahu aku tak balik .

"Weyh ,Meyl ..aku ingatkan kau balik tadi .Diorang ni bodo cakap kau balik ..sedih aku .." Manja betul dia waktu aku sakit² ni en .Dia mengusap kepalaku sebentar .

"Kau okey ke ni ?" soalnya prihatin .

"Hm ,boleh la .."

"Kau rest tau ,aku nak wat keje jap ..ade ape² ,panggil aku ."

Malam tu juga ,

Bila waktu tidur dah masuk ,dia naik ke katilnya dan rebahkan tubuhnya disebelah aku .Sekali lagi ,dia melekapkan telapak tangannya di dahiku .

"Hm ..tak panas sangat da ni ..tak lame baik la ni .."katanya

"Yeke ?" balasku .Sweet betul aku rasa time ni ,cakap perlahan² berbisik² berdua macam ni .hahaha ceh padahal selama ni memang macam ni pon kalau berdua kat katil time waktu tido .

"Iye ,tadi aku dah jampi2 ,bace doa kat kau dah kan tadi ..baik la tu .."

"Aik ,bile kau jampi² untuk aku ?" sengaja aku tanya macam tu sebab mase dia buat macam tu kan aku berpura² tido .

"Ade lahh ..kau ape tahu ."

"Alahhh jawabla bile .."

"Ade .mase tu kau tengah tido .."

Aku tersengih ..

"Aik ,mase aku tido ?Haaa kau buat ape " saje aku nak uji dia dengan soalan aku .Nak ke tak dia mengaku yang dia cium aku tadi .

"Iye ,adelahhh ..dah2 tidurrr .."
Jawabnya bersahaja .Eleh rahsia konon ,i da tahu lahhh ,ketawaku dalam hati .

Dia baring menghadapku namun tidak memelukku kemudian aku bertanya kepadanya .

"Tak nak peluk ke ?"
Dia membuka mata memandangku .

"Erm tak peke?Kau demam ,takut tak selesa pula .." jawabnya .

"Aku okey je lah ,cume yela mane tau kau takut berjangkit demam aku ni kat kau .."
Kataku pula .

Lepas je aku cakap macam tu ,terus dia peluk aku ,membenamkan wajahnya didadaku .Aku hanya tersenyum lalu membalas pelukannya seperti biasa. Aku selesa keadaan yang macam ni ..


.

.


#tadi en ,aku tengok ig dia sebab status die kuar kat feed aku . Mase aku tengok tu ,serious weyh aku geli 😂sebab dia buat ayu2 gitu ,kelip2 mata eeee apak gelii vaviii ..kadang rase mcm 'eeee menyesal dan canerlah aku boleh sayang kat orang yg macam dia ni dulu .erghh' sbb rase tah ape2 ..adoi naseb aku dh move on lame dr die..

Pain of loveWhere stories live. Discover now