Shit, sekali lagi

60 3 0
                                    


P/S : Jalan cerita ada part yang auhtor singkatkan memandangkan banyak dah lupa.

Aku jadi hairan. Dah kenapa dia ni tiba ii macam nak mesra dengan aku semula ? Tapi aku buat bodoh, konon jual mahal tapi nanti tumbang jugak . Noob punye diri sendiri.

Petang tu pula, aku lepak bersama Yana dan Mirza dikatil Yana. Berbual kosong. Dalam masa yang sama dibelakang aku ada Zack dengan beberapa orang yang lain sedang berborak juga. Sedang bosan, aku mula menyanyi lagu 'Bahagiamu Deritaku' by Hafiz .

Tak lama selepas mereka mula beransur pergi dari tempat kami dan aku pula merayau ke tempat lain lalu kembali, Yana memberitahu aku
"Tadi en Zack ada cakap pasal kau"

"Apa dia ?"

"Dia kata dia slalu dengar kau nyanyi lagu tadi. Pastu en dia kata dia rindu belaian rambut kau. Ramai yang belai rambut dia tapi tetap tak sama macam kau punye belaian" cerita Yana. Yang Mirza pula excited bukan main. Mirza ni memang jenis supportive punye orang.

Aku macam what. Apahal tetiba ni. Tapi tak dinafikan perut dah dipenuhi dengan rama ii. Aku hanya meng ohkan sahaja sebab aku masih tak faham kenapa dan mengapa si Zack tu tiba ii berubah.

"Ha pastu dia cakap en, dia tak percaya yang kau dah move on dari dia and takde siapa yang boleh gantikan tempat dia"

Aku macam so what ??? Kau kan dah taknak aku so apa salahnya kalau aku dah move on ? None of her business anda tak kacau dia pun dan patutnya dia kena tenang lepas dapat tahu aku boleh move on kan ?  Pastu cakap macam tu pula. Kau nak apa sebenarnya ni perempuan !

Then malam tu aku buatla hal aku. Tak lama lepastu tiba ii Yana dan Mirza dengan muka excited panggil aku senyap ii.

"Kalau aku cakap ni kau jangan terkejut pulak"

"Ha apa dia"

"Zack nak tidur dengan kau"

Terkejut la aku. Apa lagi. Dah pehal dia jadi macam ni ? Sejak aku cakap aku dah move on terus dia jadi macam ni. Nak uji aku ke apa sebenarnya ni ? Atau takleh terima aku dah move on ? Tapi kalau takleh terima pun kenapa ? Dia bukan ada perasaan pada aku pun kan? Kan ?

Tapi apa ii pun semestinya aku happy walaupun banyak tanda tanya difikiran aku.

Malam tu hahaha. Taktahu la apa yang bermain difikiran aku kan tapi bila semua asrama dah tutup lampu aku mula mencabut bajuku dan hanya memakai singlet. Aku kemaskan rambut aku dan perfum aku sembur bagi wangi semerbak harum. Bila fikir balik, aku nak menggoda ke ni ? Ugh

Aku pun datanglah ke tempat tidur Zack yang sudah terbaring diatas katilnya. Dengan perlahan aku baring disebelahnya.

Senyap.

Aku cuba untuk mendekati denga lebih rapat lagi sehingga betul ii disebelahnya.

"Zack ? Kau dah tidur ke ?" Memandangkan dia baring dalam keadaan meniarap jadi aku taktahu dia dah tidur ke belum.

Tiada respon. Tapi secara tiba ii dia menjarakkan tubuhnya dari aku.
Aku sekali lagi cuba untuk dekat, tapi dia menjauhkan dirinya dari aku.

Permainan apa yang kau cuba nak main dengan aku sial !

Aku mengeluh lalu merebahkan tubuhku. Dia nak apa sebenarnya ? Dia nak aku tidur dengan dia tapi dah datang macam ni pula . Kebabian apakah ini.

Sekali lagi, aku broken.

-

Esoknya, bangun dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Macam biasa tiada apa perubahan.

Lama kelamaan, semuanya semakin berlalu. Dan aku pula mula rapat dengan 2 orang. Siti dan Auni. Zack pula mula semakin ramai peminat dan mula rapat dengan 2 orang juga . Zirah dan Syasya.

Tanpa sedar, meskipun jarang menegur sapa tapi hubungan aku dengan Zack dalam keadaan membaik pulih. Sesekali dia atau aku bertegur sapa itupun kalau ada hal penting.

Dalam masa yang sama aku juga ada tempat mengadu iaitu Ann. Aku suka borak dengan dia, dan dia sudi mendegar luahan aku. Semestinya berkenaan dengan Zack . Sebabkan dia bagi harapan ajak tidur haritu, terus aku broken semula. Tapi se broken hari pertama la.

Hai salam kembali dari Author.

Pain of loveWhere stories live. Discover now