Conflict

346 10 6
                                    

"Hah ! Wat ape kat katil tu ?"

"Meyll !!!"

"Ha ,Meyl ! Jangan buat prangai ek !"

Ya , inilah antara ayat yang dikeluarkan oleh dia setiap kali aku baring atau duduk sekejap di katilku .What ! Aku pon rindu juga dengan katil aku setelah sekian lama menumpang di katil dia .Nak tahu kenapa dia larang aku pegi kat katil aku ?

Dia tak bagi aku tidur kat katil aku sendiri ..

.
.

Ade dalam beberapa kali tu ,aku ada gaduh kecil dengan dia .Bila dah gaduh ,takkanlah nak stay tidur dengan dia kan ? Aku pon ambillah bantal aku then letak kat atas katil aku.
Mase tu dia kat atas katil dia tengah melepak dengan member lain .Time tu aku baru lepas mandi dengan hanya bertuala di badan then masuk ke dalam dorm .Aku tahu mata dia dari tadi pandang aku tapi aku buat tak tahu .

Aku sengaja jalan ke hulur hilir sambil borak² dengan orang ,saje nak tengok dia macam mane .Sesekali tu adelah aku balas pandangan dia tapi dia cepat² alihkan mata dia dari pandang aku .

Time nak tidur tu ,aku pon pegila kat katil aku .Otw ,aku nak naik katil aku tu tiba² ... "Aku kira sampai tiga je ! Kalau kau tak naik kat katil aku ,sampai bila² aku merajuk dengan kau .Aku cakap aku buat .Satu !! Du .. "


Mata aku membesar pandang dia .Eh ..sape punya salah sekarang ni ? Yang patut merajuknya dia ke aku ? Ah ,whateverla ..yang pasti aku takut dia ugut aku macam tu .

"Weh ,Meyl ! Cepatlahhh ! Pegi kat dia !! " bisik Mirza agak tergesa² .Eh² dia ni ,aku yang bergaduh ,kau pula yang beria ek .Haha .Apelagi ,pecutlah aku .Sampai je kat dia ,dia sedang meniarap sambil membenamkan wajahnya .Jari aku menyentuhkan tangannya .Dia mengangkat muka menghadap aku .

"Marah lagi ke ? ..Sorry ."
bisikku .

"Cepat kau naik ! Kalau tak aku kira sampai tiga !"

"Jap ..jap !!! Bantal lupe ambik !"

Eh dia ni.Tak boleh nak menyabar . .Banyak kali dah dia buat aku macam ni .Nasib aku sayang kau je Zack ,kalau tak ..lantak kaulah dengan kiraan tiga kau tu ..

.

.

.

Ada time tidur tengahari tu , macam biasala aku dengan dia .Sebelum nak tidur tu ,kitorang borak dengan Yana dan Mirza tapi dari katil masing² means borak jarak jauh la .Tiba² diorang menyakat aku dan aku agak tersinggung dengan kata² diorang termasuk Zack meskipun ia hanya sekadar gurauan .

"Weyh ,Meyl ..! " Zack memanggil namaku bila aku dah mula turun dari katilnya .Dalam masa yang sama ,diorang minta maaf la kalau ade buat aku terasa dengan kata² diorang tapi aku buat tak tahu .Aku terus melangkah dan naik ke katil aku sendiri .
Yang pasti ,aku tak tidur pon tengahari tu .


.


"Weyh Zack ..pergilah pujuk dia .." bisik Mirza tapi masih boleh didengari oleh aku .Selepas tu ,aku tak dengar ape dah .Pandangan aku dibuang ke luar tingkap tapi aku masih menantikan teguran dia kat aku .Atau senang dikatakan .....pujuk ?

" Meyl ! " Aku menoleh saat Yana memanggilku .

"Kenapa ?"

"Sini lah japp ..duduk sini "

Aku hanya turuti kata² dia lalu duduk di hujung kanan katilnya .
Aku hairan dengan Yana dan mereka yang lain senyum² pandang aku .Dah kenapa ?

Deg !

Zack datang lalu merebahkan punggungnya di katil yang sama aku duduk sekarang ni tapi dia duduk agak jauh dari aku .

Eh ..kenapa ni ?

Dia hanya diam .

"Dah la ..kalau takde pape ,aku nak bla ."
kataku .

"Weh ..weh lek ar ! Duduk dulu .."pujuk diorang .Dah kenapa diorang ni ?Aku hanya mengeluh lalu duduk kembali .


Krik krik ..




Krikk Krikk ..




"Bila malam ,bila rindu ..tiap kali ku coba melupakanmu ..Ada sajamu ,kata padaku ..aku dihidupmu ..oo ..
Bukan aku ..mahu jauh . bukan juga ku benci pada dirimu ..bukan niatku lukai kamu ..bukannya diriku ..ooo
Benar~ aku masih sayang padamu ..~ ..


Aku terkedu bila dia menyanyi ...Jap ,jap .Dia menyanyi untuk aku ke ?




How sweet ...




"Lah ?? Sampai situ je ke Zack ?"sampuk Mirza .

Aku rase nak tergelak bila Mirza cakap macam tu .Spoil ah dia ni .Habis hilang feeling romantik tu .Zack tersengih malu kemudian buat isyarat ' eh kau ni ,kau senyap ' .



Eh ..Dia malu ke tu ?


"Meyl .."

"Hm .."

"Merajuk lagi ke .."


" Ta - "

"Bapak ah korang ni ! Dah macam pakwe makwe bergaduh ! "


Eish ..memang spoil la diorang ni .Potong feeling betul lah !Aku pandang sekeliling aku .Whut ? Aku rasa set² aku je yang ade kat sini tadi .Asal ramai pulak ni ?

"Meyl .."

"Hm ?"

"Aku minta maaf .."

Aku diam ..

"Ecehhh la korang berdua ni malu² pulak ..Meyl ..maafkanlah Zack .."
pujuk diorang .
Tiba² ada panggilan untuk makan petang .Diorang pon beredarlah ,tinggallah aku dengan dia .



Diam .





Ssrrtt ..

Aku menggeserkan punggungku lalu mendekati dia .Lantas tanganku memeluk lengannya dengan erat .
"Maafkan aku tak ?" tanyanya sambil memandangku ." Malam ni tidur dengan aku tau .."  Ouhhh ,perut aku ni dah penuh dengan rama² bila dia cakap macam tu . "Hmm .. tapi malam ni nak tidur kat katil sendiri boleh ?" saja aku menduganya ."Eiii ..buat pasalla dengan aku .." Wajahnya berubah masam ."Haha okey² ..aku gurau je .."



Terasa diri ni disayangi oleh dia pula ..

.

.

"Kau tahu tak mase Zack nyanyikan lagu untuk kau semalam tu dia baru je hafal .."

Aku terkedu .Whut ?

"Series ah Yana .."

"Iyee ..Dia hafal lagu tu semata² nak pujuk kau tahu tak padahal dia tak tahu pon lirik dia .Tapi dia minta kitorang ajar .Beria dia tanya kitorang macam mane nak pujuk kau ,pastu nak hafal lagu tu semata² untuk kau ." sampuk Mirza .


Betul ke ape yang aku dengar ni ? Kenapa aku rasa tak percaya yang dia buat semua tu hanya untuk aku ?Orang yang macam dia tu buat semua tu demi aku ? Maybe ape yang dia buat tu dengar macam biasa je tapi bagi aku ia luar biasa .


..dan sejak² ni dia banyak menunjukkan kelainan dia terhadap aku .



Yang penting ,kelainan dia tu membuatkan perut aku dipenuhi rama² dengan segala macam serangga dan hati aku sentiasa berdebar kerana dia .






Vote , comment😊






 
  

Pain of loveWhere stories live. Discover now