Tahun paling miserable

226 11 0
                                    

-2018-

Aku pandang dia. Dia macam makin happy je sekarang .Ramai kawan ..yang paling penting ,

..makin ramai org minat dia dalam diam .

Sejak² ni dia rapat dengan dua orang budak ni yg bernama ' Maya ' dan 'Fitrah'.
Dua² bawah umur aku .Btw ,Maya ni comel and Firah lawa ,ayu2 gitu .

Siap tidur sekali .Dan semestinya menyakitkan hati aku .Er maksud aku gilir² tapi jarang² lah ..Means ada masa dia tidur dengan maya ,kadang² dia tidur firah .Yang pasti ,

..diorang tidur je .Diorang tak buat lebih² dari tu okey .Macam mana aku tahu ? Dah katil dia depan aku je ,mestilah aku selalu pantau even tengah malam pun .Betapa kuatnya cemburu aku .

Jom cerita pasal Maya dulu .

Aku tak tahu sejak bila ,tapi one day tu aku nampak maya ada atas katil dengan dia serta Ila juga. Nampaknya Ila ni bff kepada zack lah sekarang .Katil Ila dan Zack dah dirapatkan.

Mula² aku takdelah fikir lebih² but makin hari aku selalu nampak Maya naik katil dia dan lepak .Aku macam ..

'..dah minat dekat Zack la tu'

Aku pula nampak zack happy je dengan maya tapi jealous aku masih dapat kawal sehingga lah diorang tidur sama² ..

...argh shit .Diorang dah makin rapat .

Suatu malam tu ,macam biasa aku usya diorang dan hati aku rasa macam kena belah dengan pisau tapi tak berdarah .Sakit ..sakit sangat .

Diorang berpeluk time tidur .

Aku baring ,tutup mata dan aku menangis. Serious aku cakap, ni FIRSTIME aku rasa sakit sangat macam ni sampai menggeletar badan aku dalam seumur hidup aku .Aku menangis tak berhenti malam tu .Tidur aku tak cukup .

Aku takut ,aku takut zack sayangkan dia .Aku takut ..

Ada suatu malam tu juga ,aku usya zack happy² dengan maya . Aku biar dan aku pergi ke katil aku nak tidur nak tenangkan diri .Sebelah katil aku ada Shida yang dah baring .Lampu asrama pun dah tutup .

Tak lama tu ,semua orang dah baring kat katil masing2 tiba maya datang pastu minta tumpang baring kat sebelah shida .
Aku hairan kenapa .Tiba² dengar suara zack cakap macam ni ..

"Mayang yang berambut panjang paras buku lali sila datang ke katil aku sekarang."

Macam²lah zack cakap kat dia dengan kata2 macam memujuk .Maya merajuk dengan zack rupanya ..Hati aku perit sangat .Aku pandang maya yang kat tepi aku yang berada dikatil shida .

"Pergila Maya ,dia panggil tu .Aku nak tidur ni hahaha bising dengar suara dia " Akhirnya aku bersuara .Aku cakap lembut² dengan maya .Aku pujuk maya supaya dia pergi dekat zack walaupun hakikatnya hati aku pedih . Dan maya ikut cakap aku .Dia pergi kat zack .

Dan semestinya ,aku tersenyum dalam derita .

Firah .

One day ,time muzakarah .Aku memang satu group dengan zack ..dan Firah .Firah ni budak baru . 12 orang semuanya dlm group aku .Ketua Ila .

Dari situ la diorang kenal mengenali .Aku perhati je diorang berdua .Sejak daripada tu la diorang berdua makin rapat .Mesra semacam .

Kadang² aku sengaja nak keluar awal dari muzakarah ataupun tak join sebab aku nak bagi hint kat situ yang aku tak beria bila zack ada dalam muzakarah tu .Zack tahu aku sayang dia sangat² dan mesti dia fikir yang aku ni beria sangat nak kat dia . So aku tak nak dia anggap aku macam tu .Aku nak dia fikir yang aku boleh bahagia tanpa dia .

-

"Ila aku nak tumpang katil kau "
Aku demam  .Aku tak nak join kelas malam so aku pilih katil Ila yg memandangkan agak tersorok ..Tak nak kantoi dengan warden haha .Diorang mana bagi budak demam rehat dalam asrama .ergh .

Bila dah habis kelas pe semua .Ramai la yg berduyum masuk asrama .Ouh ya ,ada Firah kat katil bawah aku ni .Demam juga maybe .

Zack datang melawat dia .

Aku diam and pandang syiling .Aku rasa macam aku ni bukan sapa² pun pada dia .Aku tak penting .Ada skali tu aku pandang bawah sebab nak tengok dia buat  apa dengan Firah tapi aku cover dengan acah² panggil orang.

Tiba² aku dengar ada suara cakap macam ni .." Tak payah nak pandang² bawahla .."

Lebih kurang macam tu la .Aku tak jelas sangat tapi yang pasti tu suara zack .Serious ,aku sedih .Macam aku ni dah memang bukan siapa2 pada dia .

Firah pun ada hari dia tidur dengan zack sama² .Tapi diorang jarang la.Selalunya zack dengan maya .Aku tak tahu kenapa aku jeles sangat padahal Firah tu jauh bawah umo dari kitorang berdua .Yela ,aku dengan zack kan sebaya .

Ila pernah cakap macam ni kat aku
" Kalau kau nak tahu ,zack tu sayang sangat kat Firah .Dia tak bagi Firah selalu tidur dengan dia sebab dia nak Firah fokus dengan syahadah dia .Bila Firah dah habis syahadah ,baru zack nak rapat dengan Firah ."

Aku tak tahu apa motif Ila cakap mcm tu dengan aku padahal Ila tahu aku sayang Zack .Ila ni tak memahami aku ke .Sedangkan dulu aku punyela struggle tolong dia rapat dengan aisyah .tapi macam ni dia balas kat aku .Ni lagi sorang manusia yg paling aku kecewa.

Dua orang tu la bagi aku dia paling rapat and mesra .Aku bukan apa ,aku cuma takut zack sayangkan diorang  .Aku takut tu je .


-


"Kelakar lah Meyl tu .Firah tu budak lagi kot .Takkan lah dia jeles aku dengan si Firah tu ?"

"Dia cakap macam tu ke?"

" Ha ah weyh .Dia kata macam tu kat aku tapi kau jangan cakap yang aku bagitahu kau ni"
Aku memandang wajah Diyan dengan teruja .

Ouh means ,zack anggap Firah tu macam adik² dia je lah ye ?  Muka aku tak senyum tapi hati aku rasa lega sikit .

Ah ,btw tahun 2018 ni tahun paling banyak duka aku .


.



.



Sorry la lambat update .Lately ni otak aku tak betul .So yah ,vote and comment la kalau sudi .Kalau tak sudi ,nak wat caner kan ..













Pain of loveWhere stories live. Discover now