Lost My Mind

434 10 29
                                    

You're the calm in the storm,
Your voice saying come back to bed ..

-

Maybe I'm just too tired to keep lying,
Maybe you're all I ever wanted ..



  Kami bertegur macam biasa, borak macam biasa tapi dia lain dari biasa. Aku dapat rasa tu. Aku yakin rasa aku ni tak salah tapi aku berusaha menafikannya.

Masa mandi , hanya aku, zack dan Ila. Zack ada cakap sesuatu pada Ila tapi aku lupa dia cakap apa. But, bila aku tanya kenapa, Zack diam je.

Semasa aku dah tukar pakaian aku kepada kain batik untuk mandi ,baru aku teringat..

..lovebite.

Aku menunduk untuk melihatnya .Aku menyentuh tempat lovebite tu, nasib baik tak jelas merahnya tapi ada merahnya tu, dan semasa aku nak angkat muka kembali..

..zack sedang pandang aku .Aku tak dapat nak explainkan macam mana muka dia waktu ni, tapi bila mata kami bertentang, dia menoleh ke arah lain dan mengeluarkan bunyi.. " ishh.."


Aku tergamam .

Dan aku tak tahu macam mana nak react.

.
.

Anak mata aku mengikut pergerakan Zack  yang membawa buku dan alat tulis ditangannya.

"Zack nak pergi mana? "

"Aku nak pergi ulangkaji. "

"Nak ikut boleh? "

"Ha ye.. "

Aku rasa tak happy pon sebenarnya. Sense aku mengatakan ada yang tak kena.

Lalu aku mengikutinya dari belakang.

Masing² mendiamkan diri.

Hati aku gelisah, ada yang tak kena. Aku tak selesa dengan suasana dan aura dia yang macam ni.

Lalu aku memberanikan diri untuk bertanya.

"Zack, erm aku nak tanya ni. "

"Hmm.. " balasnya sambil matanya masih memandang buku dihadapannya ,menulis sesuatu.

"Tapi aku malu dan aku takut..dan aku pun takut kau malu "

Wajahnya yang dari tadi tiada senyuman memandang aku sekilas.
"Cakap je, aku okey. "

"Tahu tak ni?Kau sedar tak ni "

Tumpuannya kali ni seratus peratus ke arah aku. Wajahnya sedikit berubah . Aku menyentuh di tempat yang dia buat lovebite semalam.

"Apa benda tu?"soalnya.Jelas wajahnya menunjukkan seakan tidak selesa dengan pertanyaanku.

Aku diam sejenak memandangnya. 

"Erm.."

"Ape benda tu?"
Aku tahu dia sengaja tanya macam tu.

"Lovebite.. "

Setelah aku menjawab, serta merta dia berpaling ke arah lain. Seakan tidak berpuas hati. Aku hairan dengan reaksinya.

"Kenapa kau tak tolak aku masa aku buat macam tu kat kau?"

Aku terkedu. Terkedu dengan kemarahannya, wajahnya serius tepat memandang anak mataku. Terkedu sebab dia salahkan aku.

Aku pula yang salah?

Pain of loveWhere stories live. Discover now