Sasuke sedang membantu Mikoto mencuci pinggan dan mangkuk di dapur. Sementara Itachi membantu mengumpulnya. Mikoto terlihat sedang membersihkan meja.
"Ne, Kaa-san." Panggil sasuke sambil tangan tetap mencuci mangkuk kotor.
"Ya Sasu-chan?" Sahut Mikoto.
"Lepasni Sasu-chan nak keluar boleh kan? Malam semalam Naru-kun ada datang. Katanya harini nak ke pejabat Hokage untuk menerima misi. Katanya Saku-chan dan Kakashi Nii maksudku Kakashi Sensei juga sudah setuju." Kata Sasuke lagi, kini sedang mengelap pinggan mangkuk yang telah siap dicuci. Itachi turut membantunya.
"Naru-chan datang malam semalam?" Soal Itachi hairan. Setahunya semalam tiada siapa yang datang.
"Yap. Dia datang ketuk tingkap bilik kerana waktu tu dah lewat malam. Dalam jam erm 11 mungkin." Balas Sasuke faham akan kehairanan Itachi. Itachi beroh ria.
"Sasu-chan sudah oke hm?" Mikoto terlihat risau sambil memerhati Sasuke. Sasuk menoleh ke arah Mikoto dan tersenyum.
"Sasu dah oke Kaa-san. Jangan risau oke."
"Baiklah kalau macamtu, pergilah." Mikoto membalas senyuman Sasuke.
.
.
Naruto, Sakura dan Sasuke terlihat sedang berdiri menunggu kedatangan Kakashi di depan bangunan Hokage.
"Hahh. Jangan kata Sensei terlambat lagi." Keluh Sakura.
"Mungkin." Sahut Sasuke perlahan. Matanya memerhati warga desa yang sedang sibuk menjalankan rutin harian. Ada yang berlari menghantar makanan. Ada yang sedang berjalan berdua-duaan sambil tersenyum. Ada yang memarahi anaknya. Dan pelbagai lagi.
"Kita sudah tiga hari tidak menjalankan misi, dattebayo. Takkan lah Nii-san terlambat kan. Hahh." Naruto mengerang sedikit. Geram.
Ketiga tiga mengeluh kasar. Mungkin mereka perlu membiasakan diri dengan perangai Kakashi yang satu ini. Sejujurnya selama mereka mengenal Kakashi sebelum ni, mereka tidak tahu Kakashi seorang yang suka terlambat.
"Yo!" Tegur sebuah suara.
"Lambatt!!" Seru ketiganya serentak. Memandang sebal ke arah Kakashi yang baru tiba.
"Arh gomen gomen. Tadi di tengah jalan, sensei terjumpa nenek-nenek yang membawa barang berat, jadi sebagai seorang shinobi yang baik. Sensei membantunya. Setelah itu tiba-tiba malah terserempak dengan seekor kucing hitam. Kerana taknak bernasib buruk, sensei berpusing dan melalui jalan lain." Kakashi mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Alasan tak masuk akal!" Sekali lagi Naruto, Sasuke dan Sakura berkata serentak.
"Ehehe maaf. Sudahlah mari kita pergi." Kata Kakashi sambil melangkah masuk ke dalam bangunan Hokage diikuti ketiga anak didiknya.
Mereka berhenti di depan pintu bilik pejabat Hokage.
'Tuk. Tuk. Tuk'
Terdengar sahutan dari dalam yang menyuruh mereka masuk.
"Ouh korang rupanya." Minato tersenyum ke arah mereka.
"Ohayo Hokage-sama!" Sapa Sasuke dan Sakura.
"Ohayo!" Balas Minato.
"Tou-chan! Berikan kami misi, dattebayo!" Kata Naruto bersemangat.
"Baiklah kalau begitu." Minato mengambil sehelai kertas yang terletak di atas mejanya.
"Hmmm, misi apa ya yang sesuai untuk korang...hmm okee misi seterusnya untuk Tim 7 Kakashi adalah sebuah tugas ke desa jiran... untuk mengasuh seorang anak lelaki dan membangu menggali kentang..."
YOU ARE READING
Naruto: The Moon With Her Sun | C
FanfictionPenyerangan secara besar-besaran Desa Kumogakure terhadap Desa Konohagakure adalah permulaan malapetaka kepada Desa Konohagakure. Dimana tiga orang anak shinobi berpengaruh telahpun diculik oleh ninja dari Kumogakure. Lalu apakah yang berlaku selanj...