Hari minggu yang tenang dan seronok bagi semua orang menjadi hari yang agak malang untuk seorang Uzumaki Naruto. Sudah dua minggu sejak kejadian yang berlaku di Nami No Kuni, namun setiap hari dia selalu bermimpi tentang pertarungannya melawan Zabuza dan Haku. Yang teruknya, di mimpinya, dia lah yang menjadi pembunuh Zabuza dan Haku. Walhal dia tidak membunuh salah seorang dari mereka pun.
Sakura telah menceritakan kepadanya bahawa Haku mati kerana melindungi Zabuza dari serangan Raikiri Kakashi manakala Zabuza mati dibunuh oleh anak buah Gato. Sakura juga ada mengatakan bahawa Gato turut mati dibunuh Zabuza. Sebelum pulang ke desa, mereka telahpun menguburkan mereka secara bersebelahan.
Namun begitu, walau dirinya tahu tentang kebenaran di sebalik kematian Zabuza dan Haku, dia tetap berasa bahawa dialah yang perlu bertanggungjawab. Bahkan selama dua minggu, dia hanya bermimpi tentang mereka.
Hari ini, dia terbangun awal lagi disebabkan oleh mimpi yang dialaminya. Dengan malas, Naruto bangkit dari katil dan mengemasnya. Dia tak mahu ibunya memarahinya hanya kerana katil tak dikemas. Kemudian dia membuka langsir dan tingkap bilik. Menghirup udara pagi yang sejuk dan tenang. Dia tersenyum lebar.
Naruto menoleh ke arah jam loceng yang berada di sebelah tempat tidurnya. Jam menunjukkan sudah jam 7. Mesti ayah dan ibunya sudah bangun. Tanpa berlengah, Naruto langsung turun ke bawah dan mencari keduanya. Tiada tempat yang perlu ditujunya melainkan dapur.
"Ouchh rosak mata Naru, dattebayo!" Naruto menutup kedua matanya apabila melihat Minato memeluk Kushina yang sedang memasak dari belakang.
Minato dan Kushina langsung menoleh dan tergelak kecil. Mereka tahu Naruto sengaja menyakat mereka. Bukan suatu yang jarang dilihat. Bahkan Minato setiap hari akan menganggu Kushina memasak. Naruto lah yang menjadi saksi kejadian itu.
Naruto tersengih lebar kemudian menghampiri kedua ibu ayahnya, memberikan ciuman sekilas di pipi masing-masing.
"Ohayo Tou-chan, Kaa-chan!" Kata Naruto dengan ceria sebelum mendudukkan diri di dekat meja.
"Ohayo Naruto/Naru-chan!" Balas Minato dan Kushina.
"Ne, memang semua suami akan memeluk isterinya ketika sedang memasak eh Tou-chan?" Sebelah kening Naruto terangkat. Minato dan Kushina tergelak kecil mendengar soalan anak kesayangan mereka.
"Entahlah, mungkin ya dan mungkin tidak." Balas Minato.
"Kenapa tanya hm Naru-chan? Naru-chan sudah ada calon menantu untuk Kaa-chan kah?" Soal Kushina sengaja mengusik. Senyumannya bertambah lebar apabila melihat wajah Naruto sedikit merona.
"E-ehh mana ada Kaa-chan!! Naru kan baru 12 tahun. M-mana mungkin?" Balas Naruto mengibas-ngibas tangan di depan wajahnya. Wajahnya terasa sedikit memanas.
"Ehh Naru-chan suka siapa hm? Saku-chan kah? Atau... Sasu-chan?" Kushina langsung tidak mengendahkan kata-kata Naruto. Malah dia semakin menyakat anaknya itu. Dia tersengih lebar apabila melihat wajah Naruto menjadi merah padam.
"Ouh jadi Sasu-chan ehh?" Soal Kushina lagi. Keningnya diangkat-angkat tanda meminta persetujuan.
"T-tidakkk! M-mana ada macam tu Kaa-chan!!" Naruto menggeleng laju. Tangannya menggenggam hujung bajunya. Tidak dinafikan, wajahnya kini memerah bagai dipanggang.
"Ehh kenapa pula hm? Padahal Kaa-chan sudah terbayang menjadi besan kepada Mikoto, dattebane. Wahh mesti seronok kan Minato-kun!" Mata Kushina bersinar-sinar. Bahkan dia sampai lupa bahawa dia sedang menggoreng telur. Kalau saja Minato tidak cepat-cepat membantu, mesti telur goreng itu akan hangus terbakar.
"Sudahlah Kushina." Kata Minato. Tidak dinafikan bahawa dia berasa lucu melihat Naruto malu-malu. Tapi dia juga berasa kasihan melihat Naruto yang cuba menidakkannya.
YOU ARE READING
Naruto: The Moon With Her Sun | C
FanfictionPenyerangan secara besar-besaran Desa Kumogakure terhadap Desa Konohagakure adalah permulaan malapetaka kepada Desa Konohagakure. Dimana tiga orang anak shinobi berpengaruh telahpun diculik oleh ninja dari Kumogakure. Lalu apakah yang berlaku selanj...