"Omedeto kerana berjaya melepasi ujian Chunin tahap kedua! Sekarang Hokage-sama akan menjelaskan tentang ujian Chunin tahap ketiga! Dengankan dengan baik! Silakan Hokage-sama!" Kata Anko.
Di depan mereka kini hanya tinggal 7 tim yang berjaya.
Minato melangkah sedikit ke depan. Dia tersenyum kecil.
"Sebelum saya menerangkan tentang ujian Chunin tahap ketiga, saya akan menerangkan tentang matlamat sebenar ujian ini! Kami menjalankan ujian Chunin ini bersama seluruh negara adalah demi meningkatan hubungan baik di antara negara. Oh ya, dan tentu saja ujian ini juga bertujuan untuk menunjukkan kekuatan negara dan shinobi dari pelbagai desa. Seperti yang kamu semua tahu, terdapat banyak perang berlaku di dunia ini disebabkan permusuhan di antara negara, bahkan ada yang saling berbunuhan di antara shinobi. Oleh sebab itu lah kami membuat ujian ini. Ia adalah demi menjalinkan hubungan persahabatan di antara sesama negara shinobi. Dalam ujian Chunin tahap ketiga..." Minato melihat ke arah seseorang.
"Saya Gekko Hayate! Pengadil bagi ujian Chunin tahap ketiga ini. Jadi izinkan saya menerangkannya Hokage-sama!" Kata Hayate.
Minato mengangguk sambil tersenyum kecil kepadanya.
"Pertama, sebelum ujian ini bermula, saya nak kamu semua lakukan sesuatu! Erm ini adalah peringkat pertama ujian Chunin tahap ketiga!" Hayate terlihat tenang.
"Ehhh! Sensei, kenapa tidak membiarkan para peserta yang tinggal untuk menghadapi ujian Chunin tahap ketiga?!" Sakura menyoal. Hairan.
"Ini kerana ujian tahap pertama dan kedua terlalu mudah dan menyebabkan maish ramai peserta yang tinggal. Jadi berdasarkan peraturan ujian, kita perlu mengurangkan bilangan peserta pada ujian ini!"
Terlihat beberapa para peserta yang tak senang dengan apa yang disampaikan kepada mereka.
"Pada ujian Chunin tahap ketiga, kita akan kedatangan ramai tetamu, jadi kita tak boleh membiarkan mereka menunggu dengan lama. Kita perlu mengikuti had masa yang ditetapkan." Hayate terdiam seketika.
"Ujian ini akan dilaksanakan secara individu. Jika ada yang ingin mengundur diri, silakan angkat tangan." Kata Hayate lagi.
"Erghh.." Sasuke meringis perlahan. Tangan kirinya terangakat menyentuh lehernya yang terasa sedikit sakit.
"Sasu-chan! Segel itu terasa sakit lagi kan?! Apa kata kalau Sasu-chan undur diri dari ujian ini?!" Sakura terlihat risau.
"Ehh?!" Naruto langsung menoleh ke arah sasuke dan Sakura yang berada di belakangnya.
"Sasu-chan nampak pelik selepas digigit oleh Orochimaru! Tolonglah undur diri ya?! Aku takut kalau Sasu-chan sakit lebih dari ini kerana kita tak tahu apa lagi yang mungkin akan terjadi. Lagi pula tangan kanan Sasu-chan juga masih belum sembuh kan?!" Sakura sedikit menangis.
Naruto terdiam hanya memerhati. Sejujurnya dia masih tak berapa faham tentang apa yang telah dilalui kedua sahabatnya itu ketika dia pingsan namun dia sempat bertanya kepada Sakura tentang apa yang ada di leher Sasuke kerana secara tidak sengaja dia ternampaknya.
"Saku-chan..." Sasuke hnaya mampu melihat sahabatnya yang risau.
Mereka tidak sedar bahawa ketiga mereka sedar diperhati oleh beberapa Jounin dan juga Hokage.
"Apa yang patut kita lakukan?" Tanya Ibiki terlihat serius.
"Kita perlu keluarkan dia dari ujian ini dan minta Anbu untuk melindunginya kerana dia adalah orang yang jenis tak mudah mengalah..." Kata-kata Anko terhenti.
"Ya kerana dia dari klan Uchiha. Walau dia seorang gadis, dia tetap seorang Uchiha." Kakashi tersenyum sedikit.
"Jangan merepek! Kita mesti lakukannya walaupun terpaksa! Sekiranya dia menggunakan chakra, segel kutukan itu akan aktif. Dia sangat menakjubkan kerana masih mampu berdiri. Dia sepatutnya sudah mati sekarang!" Anko melihat sekilas ke arah Sasuke.
YOU ARE READING
Naruto: The Moon With Her Sun | C
FanfictionPenyerangan secara besar-besaran Desa Kumogakure terhadap Desa Konohagakure adalah permulaan malapetaka kepada Desa Konohagakure. Dimana tiga orang anak shinobi berpengaruh telahpun diculik oleh ninja dari Kumogakure. Lalu apakah yang berlaku selanj...