"Naruto! Aku dah cakap, kau tak perlu memaksa diri! Kau sudah memakai chakra terus-menerus selama berjam-jam tanpa rehat!" Sakura sedang berdiri di belakang Naruto yang terduduk. Sakura mengalirkan chakra medis di belakang tubuh Naruto.
"Gomen Sakura-chan dan arigato kerana membantuku, dattebayo!" Balas Naruto. Matanya tertumpu kepada raksasa gergasi yang berada cukup jauh dari mereka.
"Ya!" Balas Sakura singkat.
Tidak jauh dari mereka, terdapat ramai shinobi yang bukan hanya berasal dari Konoha saja tapi berasal dari lima negara besar. Kini mereka sedang berada di Perang Dunia Shinobi 4.
Sebuah bola besar sedang mengarah ke arah mereka lebih tepatnya ke arah Naruto.
"Doton: Doryuheki!!" Serentak dengan itu muncul banyak dinding tanah di hadapan mereka. Namun dengan mudahnya bola tersebut menghancurkan hingga ke dinding terakhir. Sebelum sempat bola tersebut mengenai para shinobi, Hachibi langsung menahannya.
Tidak sampai beberapa saat, tiba-tiba bola tersebut menghilang.
"Ia menghilang?.." Kata salah seorang shinobi.
Serentak dengan itu, tepat dihadapan Naruto, Minato muncul.
"Tou-chan terlambat! Kemana saja Tou-chan pergi, dattebayo!" Naruto mencebik sedikit.
"Minato-kun! Akhirnya kau datang, dattebane!" Kushina mendekat ke arah suaminya. Minato tersenyum kecil.
"Bersiaplah dengan letupan. Aku menghantar serangan Juubi ke laut." Balas Minato.
"Sensei ingin menjadi pahlawan kah hm? Dengan datang terlambat macamni!" Obito menyampuk. Menjeling Minato sedikit.
"Obito! Jangan mencari gaduh di waktu macamni" Rin mengingatkan Obito.
'Bushhhhh'
Serentak para shinobi terkejut dengan angin kuat yang terhasil akibat letupan serangan Juubi.
"Ada yang datang." Seru Ino. Langsung shinobi yang berdekatan menoleh melihat. Minato tersenyum kecil.
"Minato! Kau memang selalu cepat eh?!" Seseorang muncul di samping Minato.
"Sandaime Hokage-sama?!" Itachi terlihat sedikit terkejut.
Lalu tiba-tiba muncul lagi dua orang.
"Yondaime! Kau lagi mahir berteleportasi berbanding diriku eh!" Kata seorang berambut putih.
"Yoshh, mari kita mulakan!" Kata seorang lagi yang datang.
"Ta-tak mungkin! Shodaime-sama! Nidaime-sama dan Sandaime-sama!" Shisui menyipit matanya melihat. Hampir semua anggota klan Uchiha berada di dekat mereka.
"Siapa yang memanggil anda kemari?!" Sakura terlihat hairan.
"Orochimaru yang memanggil kami ke sini! Kami perlu segera menghentikan perang ini." Kata Orochimaru.
"O-Orochimaru..." Kakashi sedikit terkejut.
'Bushhh!'
Tidak jauh dari mereka tiba-tiba seorang melompat menghampiri.
"Aku sudah menunggumu, Hashirama!!!" Madara menyeringai.
"Aku akan melawanmu nanti! Aku harus memghentikan Juubi terlebih dahulu!" Balas Hashirama serius.
"Heh! Dia sama sekali tak berubah!" Kata Madara.
"Jadi seorang Uchiha adalah dalang disebalik semua ni hm?! Cih, Uchiha dari dulu selalu menyusahkan!" Tobirama mendengus kecil.
YOU ARE READING
Naruto: The Moon With Her Sun | C
FanfictionPenyerangan secara besar-besaran Desa Kumogakure terhadap Desa Konohagakure adalah permulaan malapetaka kepada Desa Konohagakure. Dimana tiga orang anak shinobi berpengaruh telahpun diculik oleh ninja dari Kumogakure. Lalu apakah yang berlaku selanj...