"Target at 12 o'clock. Ready to shoot"
Kaku. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Orang dihadapannya juga begitu. Masing-masing kaku. Perasaan itu datang lagi. Dia rasa tenang tetapi pada masa yang sama dadanya rasa sesak seperti dihempap batu. Rasa yang sekian lama hilang dari dirinya kini muncul.
"Shoot ACE shoot!"
Suara yang datang dari earpiecenya kedengaran sekali lagi. Apa patut dia buat. Ini bukan yang dia mahukan. Kedua-duanya masih kaku cuba untuk memproses apa yang sedang berlaku. Ini lah yang dia tunggu-tunggu selama ini.
Suasana di ballroom ini sangat sunyi membuatkan jika dia bergerak sedikit pun dapat membuatkan bunyi gema di dalam itu. Fikirannya bercelaru memikirkan apa yang sedang terjadi. Hatinya berdegup kencang dan laju. Lagi laju dari kuasa kuda.
Orang di hadapannya terduduk, mula menangis. Dia cuba untuk datang dekat kepadanya untuk memujuk tetapi dia ingat yang mereka bukan mahram. Lagipun, seorang wanita seperti dirinya tidak layak untuk bersama dengan seorang lelaki sebegitu.
Dia menggenggam erat pistol glock nya lalu diacukan ke hadapan.
BANG BANG BANG
Dia menghabiskan peluru yang tinggal di dalam glocknya.
♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤
Continue...
![](https://img.wattpad.com/cover/369460785-288-k218898.jpg)
YOU ARE READING
Takdir Tak Semestinya Sempurna (ACE X HEARTS) || OG
Romancelanguage: malay genre: action, islamic-love Dua dunia yang berbeza. Tetapi hanya satu persamaan yang ada iaitu BAHAYA. Hidup penuh dengan kekejaman dan terbiasa sejak kecil. Dua Keluarga. Dendam bersulam dendam. Permusuhan yang sekian lama. Namun, s...