•CHAPTER 3•

70 10 4
                                    

Setelah bertungkus-lumus mengerjakan tudung yang dipakai sekali dengan abayanya. Akhirnya Chiara berpuas hati dengan penampilannya hari ini. Dia ber-abaya pink sekali dengan set tudung dan purdah. Walaupun dia menggemari warna hitam dia tetap memilih untuk memakai warna pink. Well, which female doesn't like pink right?.

Walaupun pada mulanya dia tidak mahu pergi ke tempat itu. Hari ini, bila tiba masanya dia pula yang terlebih excited. Mungkin benar apa yang dikata orang 'tak cuba maka tak cinta'.

Chiara turun ke garaj di mana terletaknya kereta dan motornya dia rasa lebih sesuai kalau gunakan kereta ke sana. Ya lah, lagipun dia sedang memakai abaya mahunya tersekat nanti dekat ekzos.

Mazda MX Miata jadi pilihan Chiara untuk pergi ke rumah An-Nur. Sebaik sahaja dia menghidupkan enjin. Kedengaran abangnya memanggil dari luar garaj. Haish, apa lagi yang dia nak ni gumam Chiara dalam hati.

"Oii ustazah barbie! Kau keluar sekarang!"

Makin panas hati Chiara apabila dipanggil sebegitu. Punyalah cantik dia pakai hari ini. Kena panggil barbie la pulak.

Chiara bergegas keluar sambil menghentak kaki. Pandangan membunuh diberikan kepada abang Khair. Tapi, Chiara lebih terkejut apabila memandang kereta 'Myvi' di sebelah abangnya. Wait what!

"Tadaaa! Surprise tak?"

Chiara tidak tahu sama ada dia patut marah atau tidak. Kalau boleh dia nak marah sebab bagi dia kereta baru membazir pula tu. Tapi, tak apelah sebab abang Khair tu boleh tahan kaya juga ya lah anak kesayangan papa kan. Namun, apa yang membuatkan Chiara betul-betul tak jadi untuk bertukar jadi dinosour adalah sebab Myvi tersebut...

"WARNA PINK!!!"

Warna kegemaran Chiara selepas warna hitam. Tapi, macam warna pink ni lagi favourite pula daripada warna hitam.

Kunci yang dipegang oleh abangnya tadi bertukar tangan. Dia mula menghidupkan enjin. Makin excited Chiara dibuatnya.

"Ini Alan Khair Elzier, mestila abang tahu warna kegemaran adik kesayangan abang ni. Apa-apa pun pergi tu hati-hati. Cuba sesuaikan diri harini sebab besok dah kena start tinggal sana."

Khair rasa sedikit sebak apabila dapat tahu bahawa adiknya perlu tinggal di rumah An-Nur itu. Tetapi, semuanya untuk kebaikkan Chiara juga.

Chiara yang dapat melihat abangnya seperti ingin memulakan drama air mata terus keluar dari kereta lalu memeluk abangnya. "Don't worry about me laa. Chiara pandai jaga diri tau. Lagipun malam ni Chiara masih ada jadi how about we have some fun for the last time?"

Khair hanya mengangguk perlahan sebelum menyuruh adiknya cepat-cepat pergi. Bukan menghalau tetapi dia tidak mahu meneruskan drama air matanya. Jatuh saham dia nanti.

Chiara melambai tangannya sebaik sahaja dia keluar dari pintu pagar rumahnya. Sebelum dia bergerak ke destinasinya ada satu tempat yang dia ingin lawat dahulu.

Kubur arwah ibunya.

"Assalamualaikum ibu. Elzara datang ni melawat ibu."

Dia agak sedih kerana tidak dapat membacakan apa-apa untuk ibunya mahupun surah Al-Fatihah.

"Sebenarnya El datang ni nak bagitahu ibu yang harini El akan mula belajar mengaji. Jadi, lepasni boleh la El bacakan ibu Yassin kalau El pergi sini. Ibu, anak ibu ni cantik tau harini. El tutup aurat macam ibu dulu. Papa pun cakap yang harini El nampak sebiji macam ibu."

Elzara merupakan nama yang diberikan oleh ibunya. Dia juga terbiasa bercakap dengan ibunya menggunakan panggilan yang diberikan arwah iaitu 'El'.

Dia amat merindui kasih sayang seorang ibu. Kadangkala, dia ingin menyalahkan tuhan kerana mengambil ibunya. Dia selalu tertanya-tanya 'kenapa orang baik macam ibu tuhan ambil tapi orang jahat macam aku ni masih lagi hidup menyusahkan orang.'

Takdir Tak Semestinya Sempurna (ACE X HEARTS) || OGWhere stories live. Discover now