•CHAPTER 12•

28 4 1
                                    

Bismillahirrahmanirrahim

London International Airport, England

Sara dan Harish akhirnya tiba di bumi London ini. Sara berasa teruja kerana dapat memulakan hidup yang baharu.

Mereka datang ke sini bukan hanya untuk meneruskan syarikat papanya tapi untuk melupakan tragedi yang mengambil nyawa mamanya beberapa tahun lepas. Sudah tentu Sara tidak menyalahkan tuhan dengan apa yang berlaku tetapi mereka masing-masing belum dapat beralih ke mukasurat yang seterusnya.

"Pa, do you think we will be alright?"

"As long as we are together. Insyallah kita tak akan apa-apa."

Mereka mengambil teksi untuk pergi ke rumah agam peninggalan datuknya.

Sepanjang perjalanan Sara hanya menoleh ke tingkap sambil mengelamun. Kata-kata mamanya masih lagi terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Betapa sedihnya dia apabila mendapat tahu layanan baik yang diberikan daripada wanita itu merupakan layanan seorang ibu.

"Pa.. mama dulu baik tak?"

Harish terdiam sebentar sebelum menjawab persoalan anaknya itu.

"Mestilah, mama adalah wanita yang paling baik papa pernah jumpa selepas tok ma."

"Tapi.. kenapa mama tinggalkan Sara?"

Harish sebersalah ingin menjawab pertanyaan tersebut.

"Mungkin bapa sebenar Sara yang paksa mama. Kita tak tahu. Everybody has their own reasons. But, your mama loves you okay remember that. She searched and took after you even for a bit."

So, that means I'm their mistake? Gumam Sara dalam hati.

"Papa, are you still mad at me sebab Sara tak pakai tudung just like mama?"

Sejujurnya Harish lebih kepada kecewa daripada marah. Namun, dia tidaklah sekejam itu untuk mendiamkan diri hanya kerana marah.

"No, mana ada papa marah. Kalau kecewa mungkin ada sikit tapi papa tak paksa Sara untuk pakai tudung. Yes, memang papa sentiasa tegur Sara tapi kalau Sara still tak nak pakai its up to you and papa pun dah jalankan tugas papa untuk tegur Sara. Lagipun, kalau papa paksa Sara untuk pakai tudung tapi sebenarnya dalam hati Sara masih tak ikhlas dan berniatkan hanya untuk sedapkan hati papa apa gunanya kan? Niat kerana Allah bukan kerana manusia. Just like I said before, everybody has their own reasons."

"Tapi atleast pakai kan? Itu maksud semua orang."

"Apabila berniatkan kerana manusia dan keikhlasan itu tiada mungkin nanti bila Sara dah muak berpura-pura in the end u will go back kepada yang sebelum ni." Lembut nada Harish menerangkan kepada anaknya.

"Ikhlaskan semuanya dan niatkan kerana Allah bukan kerana manusia and then your ibadah will be fine." Sambung Harish lagi.

Sara memandang Harish tepat pada matanya dengan pandangan lembut.

"Thank you pa.."

Mereka tiba di rumah agam milik keluarga bapa Harish itu selepas 2 jam perjalanan. Rumah agam yang lama ditinggalkan itu kelihatan usang dan banyak yang perlu dibaiki.

"We are here Sara. Wake up." Kejut Harish sambil menggoncangkan bahu anaknya sedikit.

"Kita dah sampai?"

Harish mengangguk.

Sara melangkah keluar dari kereta sementara papanya dan pemandu teksi itu mengeluarkan bagasi-bagasi mereka.

Takdir Tak Semestinya Sempurna (ACE X HEARTS) || OGWhere stories live. Discover now