•♤•
"Sara, cepat kita dah lambat ni! Sekejap lagi Aunty Alessandra nak ambil you. "
"Dia pickup I dekat sana ke nanti?."
"Ya, husband dia ada urusan dengan papa nanti. "
Siap sahaja Sara turun ke bawah mereka terus bergerak masuk kedalam kereta untuk ke syarikat papanya. Semasa dalam perjanan ke sana mereka berdua hanya diam membisu.
"Nanti you jangan nak buat hal eh masa dengan Aunty Sandra."
"I know papaku sayang."
Harish senyum sambil menumpukan perhatian pada pemanduannya.
Jarak perjalanan dari rumah mereka ke syarikat Harish mengambil masa 2 jam kerana rumah agam mereka terletak di kawasan yang agak jauh di dalam pendalaman. Seperti biasa Sara akan tertidur di dalam kereta.
Semasa Harish sedang memandu tiba-tiba telefon bimbit milik Sara berbunyi menandakan ada pesanan masuk.
Harish pada mulanya mengendahkannya namun apabila ia mula berbunyi tanpa henti Harish mengambil keputusan untuk membukanya. Sejujurnya, Harish memang hormat akan privasi anak perempuannya namun manalah tahu jika ada perkara yang dia perlu tahu.
Harish membuka peti sms di dalam telefon bimbit Sara. Tertera nombor yang tidak dikenali memenuhi ruangan 'spam'.
From: Anonymous
Anonymous: How are you doing?
Anonymous: Oh, pardon me. How is your dad doing? After you know.. his so-called wife passed away a couple years ago.
Anonymous: Oups, sorry.. again. I meant your foster dad haha.
Anonymous: I heard that he is kinda crazy right now. You know what I mean.. he is going coconut haha.
Anonymous: Well I'm not here to talk nuts.
Anonymous: I just want to save you.
Anonymous: From that 'monster'.
Anonymous: If you wish to know more.
Anonymous: Please.
Anonymous: Meet me at 1 o'clock sharp. At the mall you and Sandra are going.
Anonymous: I will be expecting you Sara 'Salvatorè'. Or is it Sara El-Zahrah Salvatorè
Anonymous: I hope you still remember me.
Anonymous: Jangan lupa, you masih ada hutang yang belum diselesaikan.
"Bangun." Kata Harish sambil mengusap rambut Sara.
Sara terbangun dari lenanya. Dia membuka matanya perlahan-lahan lalu dikerdipkan beberapa kali bagi menjelaskan penglihatannya yang agak kabur selepas bangun tidur.
"Kita dah sampai? cepatnya."
Harish hanya mengangguk tanpa membalas.
"Aunty Alessandra dah sampai?"
Sekali lagi Harish berdiam diri.
"Papa okay?" Tanya Sara. Dia mula risau dengan perilaku pelik papanya itu.

YOU ARE READING
Takdir Tak Semestinya Sempurna (ACE X HEARTS) || OG
Roman d'amourlanguage: malay genre: action, islamic-love Dua dunia yang berbeza. Tetapi hanya satu persamaan yang ada iaitu BAHAYA. Hidup penuh dengan kekejaman dan terbiasa sejak kecil. Dua Keluarga. Dendam bersulam dendam. Permusuhan yang sekian lama. Namun, s...