Suara azan mula berkumandang menandakan masuk waktu subuh. Semua orang bergegas keluar dari hostel untuk mengambil wuduk. Namun, Chiara masih lagi lena dalam tidurnya.
"Kenapa semua orang cepat-cepat keluar ni? Ada kecemasan ke?"
Tiada satu pun yang mengendahkan pertanyaan Chiara. Masing-masing sibuk dengan hal mereka sendiri. Masa pun semakin suntuk. Ramai yang tidak mahu terlepas untuk pergi solat.
"Nama awak Zara kan? Awak boleh solat?"
Pertanyaan dari seorang wanita yang berusia sebaya dengannya. Solat? Rasanya dia boleh solat. Tapi,...
"Saya tak pandai"
Mira. Nama perempuan yang bertanya kepada Chiara tadi agak terkejut dengan jawapannya. Tapi, siapalah dia untuk menilai orang. Dia hanya bersangka baik dan menerangkan bahawa dia boleh belajar dengan mengikut imam sahaja dahulu.
"Tak apa ke?"
Mira senyum segaris sebelum menarik tangan Chiara untuk turun dari katil. Dia membawanya untuk mengambil wuduk. Langkah demi langkah diajarnya. Mira suka akan perwatakan Chiara. Dia tidak melawan atau mengeluarkan banyak alasan walaupun tidak tahu apa-apa tentang solat. Malah, Chiara tersenyum riang apabila berjalan menuju ke surau untuk mendirikan solat.
Bagi Chiara, selepas mengingati pesan ibunya. Dia mahu tekad untuk berubah. Dia mahu lari dari segala dosa-dosanya.
"Dah nak mula ni. Awak tahu cara baca niat?"
"Macam ni ke? Nawaiitu..."
Hampir sahaja jemaah wanita yang berada di sebelahnya ketawa. Tetapi Mira hanya tersenyum sebelum mengajarkan niat solat subuh yang sebenar.
"Saya ajar awak ya? Cuba ikut saya. Usolli fardhu subhi rak 'atai ni imaman lilla hi taala. "
"Usolli fardhu... subhi?"
"Ya, kita solat subuh jadi subhi tu maknanya subuh dalam bahasa arab"
"Ooh okay, usolli fardhu subhi rak atai ni imaman lilla hi taala."
*Allahuakbar*
Serentak kesemua jemaah mengangkat takbir selepas imam.
Seusai mereka habis solat subuh. Kesemua jemaah bersalaman dengan orang bersebelahan dengan mereka. Berakhirnya solat subuh mereka pada hari ini. Mira mengajak Chiara untuk pulang ke hostel tetapi
Chiara ingin duduk di surau itu dengan lebih lama kerana ada ceramah yang sedang berlangsung.
Topik ceramah mereka pada hari ini adalah 'Prayer changes the ones who pray'. Penceramahnya merupakan penceramah dari luar yang dijemput.
"Para jemaah sekalian, tahukah kalian apa perbezaannya manusia dengan syaitan? Padahal syaitan itu juga sama-sama mempercayai kewujudan Allah."
Semua jemaah terdiam dahulu untuk mendengar sambungan penceramah.
"Solat. Syaitan percaya akan Allah tetapi dia tidak tunduk kepadanya. Jadi, wahai jemaah sekalian beruntungnya kita dapat solat dengan tenang pada hari ini. Masih boleh bangun dan berdiri dengan sempurna.
Namun, terdapat ramai lagi manusia di luar sana yang sempurna tetapi tidak menunaikan solat.
Kesannya, jika mereka terus menerus meninggalkan solat. Ianya akan sebati dengan diri mereka. Menjadikan hati mereka rosak. Mereka lebih cenderung berbuat dosa dan tidak merasa sebesalah."
Chiara yang terdengar akan apa yang dikatakan oleh penceramah itu agak terdiam. Rasa seperti hatinya dijentik. Ya allah, begitukah aku?
Seusainya habis ceramah tadi. Chiara ingin bertemu dengan penceramah tersebut. Ada beberapa soalan yang ingin dia tanyakan.
"Assalamualaikum ustaz"
"Waalaikumussalam, boleh saya bantu?"
Chiara menarik nafas panjang sebelum menyambung pertanyaannya.
"Adakah Allah akan menerima seseorang itu walaupun dia telah banyak berbuat dosa?"
"Waalahualam. Allah itu Maha Mengasihani, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kalau seseorang itu bertaubat. Insyallah, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.
Tetapi, jika dosanya itu merupakan dosa sesama manusia hendaklah dia memohon maaf kepada manusia itu. Seperti membunuh, fitnah dan lain-lain.""Membunuh? Macam mana nak minta maaf dengan orang yang dah tiada ustaz?"
"Berdoa, doakan orang itu dan pada masa yang sama minta agar dilembutkan hatinya untuk memaafkan dosa orang itu."
"Segala jawapan ada di dalam kitab Al-Quran. Rajin-rajinlah membacanya. Jadikannya teman sejati. Jangan lupa juga berdoa. Sentiasa berdoa kepada Allah. Hanya kepada dia kita memohon pertolongan."
♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡
"Ya Allah. Sesungguhnya aku adalah seorang pendosa. Terlalu banyak dosaku hingga tak terkira. Aku ingin kembali kepada mu. Tunjukilah jalan yang lurus."
Buku diari yang berada di dalam laci meja bersebelahan dengan katilnya dicapai Harish.
Manusia itu penuh dengan dosa, sentiasa mencuba untuk lari daripada dosa. Namun, adakah itu jawapannya? Lari?. Sejauh mana pun kita cuba untuk lari dari dosa. Pada hari akhir nanti semuanya akan diperlihatkan kepada seluruh umat. Jadi, kemanakah lagi kita boleh lari?. Tiada.
Cuba untuk tebus segala dosa-dosa silam. Walaupun kita memandang ke hadapan yang di belakang tetap ada yang mengejar. Tidak ada satu pun manusia yang terlepas dari dosa. Apa yang membezakan adalah taubat. Mohonlah keampunan daripadanya.~Harish, 26 Mei
♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡♤♡Continue...
![](https://img.wattpad.com/cover/369460785-288-k218898.jpg)
YOU ARE READING
Takdir Tak Semestinya Sempurna (ACE X HEARTS) || OG
Romancelanguage: malay genre: action, islamic-love Dua dunia yang berbeza. Tetapi hanya satu persamaan yang ada iaitu BAHAYA. Hidup penuh dengan kekejaman dan terbiasa sejak kecil. Dua Keluarga. Dendam bersulam dendam. Permusuhan yang sekian lama. Namun, s...