"Kau keluar dari rumah aku! Aku tak ada anak murahan macam kau!"suara jerkahan dari lelaki itu jelas kedengaran di rongga telinga aku. Aku dihalau hanya disebabkan fitnah yang ditabur oleh ibu tiri aku,Puan Suraya.
"Abi,tolong jangan buat Lea macam ni. Ini semua fitnah!"rayu aku sambil memeluk erat kaki abi,Encik Kasim. Tapi itu hanya perkara yang sia-sia.
"Fitnah apanya Lea!?dah terang lagi bersuluh memang kamu yang ada dekat dalam gambar tu!"tempik abi seraya menepis tangan aku yang masih memeluk erat kakinya itu. Dan kemudiannya,tubuh aku dipaksa berdiri dengan kasar sebelum tubuh kecil itu ditolak ke luar rumah bersama beg pakaian.
"Mulai saat ni,kamu Azalea Nayla,bukan anak aku lagi. Kamu ambil tiga ratus ni buat sara hidup kau dekat luar sana."kata abi sebelum melemparkan tiga keping duit yang bernilai seratus dihadapan muka aku.
Selepas melempar tiga keping duit itu,dia memandang ke arah aku buat kali terakhir sebelum menutup pintu rumah. Masih terngiang ayat abi ditelinga aku,sakit. Sakit apabila dibuang keluarga seperti ini.
Aku yang melihat perbuatan abi,serta merta berdiri untuk menghalang tetapi tidak sempat. "Abi! Jangan buat Lea macam ni! Lea minta maaf! Buka pintu ni abi!"
Aku mengetuk pintu rumah itu berkali-kali bersama air mata yang setia di pipi. Inikah bapaku yang dulu? Inikah bapa yang menyayangi diriku dahulu?
Apabila tiada sahutan dari dalam rumah, perlahan-lahan aku melangkah kebelakang sebelum mengambil beg dan tiga keping duit yang dilemparkan oleh abi tadi.
"Tak apalah abi,Lea memang tak layak dimaafkan lepas apa yang Lea dah buat. Lea cuma nak cakap terima kasih sangat-sangat sebab sanggup jaga Lea dari kecil sampai...sekarang. Halalkan makan minum Lea dekat sini. Lea pergi dulu. Assalamualaikum."
Dengan perasaan sebak aku menuturkan ayat itu. Air mata dikesat perlahan menggunakan lengan baju sebelum melangkah pergi dari rumah itu.
Aku kemudiannya berhenti seketika sebelum menoleh menatap lama rumah yang penuh dengan memori dan kenangan manis bersama keluarga. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum aku menyambung semula perjalanan aku yang tergendala tadi.
Satu persatu memori dan kenangan manis menerjah minda aku yang sedang berjalan itu. Dan setiap kali memori itu diulang tayang,setiap kali jugalah air mataku jatuh ke pipi.
~~~
Hari menjelang malam dan aku masih berjalan tanpa hala tuju. Seketika aku berhenti di perhentian bas dan berehat disitu,kaki dilunjurkan bagi mengurangkan sedikit rasa kebas.
"Aku nak tidur mana ni? Takkan aku nak tidur dekat bus stop ni? Ehh!! Jangan jangan jangan. Jangan cari nahas."bebel aku seorang diri sambil mengurut kaki aku yang terasa kebas itu dan memikirkan tempat untuk berteduh malam ini.
"Ha! Liyana!"terus aku bangun dari tempat dan menyambung perjalanan aku ke rumah sahabat aku,Liyana Rafasha. Iaitu sahabat dari sekolah rendah sehingga sekarang.
Sedang elok aku berjalan seorang diri, tiba-tiba dia mendengar suara langkah kaki yang mengikuti aku dari belakang. Aku cuba mempercepatkan langkah aku tetapi semakin cepat langkah aku dibuka,semakin cepat juga langkah kaki dibelakangnya itu.
Dan tiba-tiba,beg pakaian aku ditarik dari belakang dan membuatkan aku terjatuh."Arghh!!"
"K-kau nak apa!?"jerkah aku sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri dari cengkaman manusia itu.
"Shhh close your mouth babe. People will know what we talking about."suara garau lelaki yang berbisik disisi telinganya membuatkan bulu roma aku tegak sembilan puluh darjah.
"Give. Me. Your. Money."ujar lelaki itu satu persatu sambil mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang seluarnya dan menghalakan ke belakang kepala aku. Berderau darahku saat ini apabila terasa sesuatu dibelakang kepala aku.
"All. Of. Your. Money."sambung lelaki itu lagi.
"Aku tak ada apa-apa,sumpah!"nafi aku sambil menggenggam erat beg yang berisi duit berian abi tadi. Sedaya upaya aku menahan dirinya dari menangis dan melawan rasa takutnya apabila sepucuk pistol berada dibelakang kepalanya.
"Bagi atau..."muncung pistol itu ditekan pada permukaan kepala aku seperti memberi 'clue' untuk apa yang terjadi berikutnya.
"Aku cakap tak ada!"nafi aku lagi sebelum satu peluru dari pistol itu dilepaskan ke sebelah kepala aku atau lebih tepat adalah di atas jalan tar.
"Jangan paksa aku ambil duit tu dengan tangan aku. Aku tau kau ada duit dalam beg tu. Bagi!"bergetar suara lelaki itu seperti menahan marah.
Badan aku mula bergetar ketakutan apabila melihat jalan tar yang berlubang akibat tembakan tadi. Aku menutup mata aku untuk menenangkan diri sebelum membukanya semula dan dengan tangan yang bergetar aku mencapai beg pakaian aku dan mencari sesuatu didalamnya.
Selepas beberapa minit aku mengeluarkan tiga keping duit yang bernilai seratus ringgit dan menyerahkannya kepada lelaki itu demi keselamatan aku.
"N-nah..tolong lepaskan aku."ujar aku selepas lelaki itu mengambil tiga ratus ringgit itu dari tangan aku. Aku memandang wajah lelaki itu sebelum nafas berat dilepaskan.
"That's my girl,kalau macam ni dari awal kan senang. Tak perlu aku bazirkan peluru aku."ujar lelaki itu dan ianya kedengaran sinis. Dia memandang wajahku sebelum menunduk dan menyamakan paras wajahnya dengan wajah aku.
"Jangan report dekat sesiapa kalau tak nak jumpa tuhan sebelum masanya. Faham?"dengan pantas aku mengangguk sebelum lelaki itu berdiri dengan tegak semula bersama senyuman sinis dibibir.
"Dah,blah. Ingat,jangan report."kata lelaki itu sebelum berjalan pergi dari tempat itu. Setitik,dua titik. Air mata aku mengalir dipipi sebelum pipi aku dibanjiri oleh air mata.
YOU ARE READING
GADIS MILIK ENCIK DUDA (slow update)
RomanceEMIR MUZAFFAR X AZALEA NAYLA Emir Muzaffar. Siapa sahaja yang tidak mengenali nama itu? Dia merupakan pewaris tunggal The Affar Holding dan dia juga sudah berjaya menubuhkan beberapa buah cawangannya di luar negara. Dingin dan tidak suka bersosial,i...