Bab 07

22 2 0
                                    

"Sebab apa I nak tuntut hak penjagaan Ellyna semula itu bukan masalah you! you hanya perlu turunkan tandatangan sahaja dan biar I pula yang jaga dia!"

  Suara tempikan itu memberhentikan langkah Azalea dan Ellyna. Mereka berdua saling berpandangan seketika sebelum Ellyna memberanikan dirinya untuk masuk ke dalam.

  Mendengar pintu dibuka dari luar,Emir dan Taniya serta merta memberhentikan pertelingkahan antara mereka. Mata mereka kini tertumpu pada gadis kecil yang baru masuk ke dalam pejabat milik Emir.

  Taniya memandang Ellyna yang sedang berjalan itu dengan penuh keterujaan sebelum suara lunaknya kedengaran. "Ellyna sayang,come here to mama?"

  Ellyna menggeleng kepalanya perlahan sebelum langkahnya diorak kembali ke arah bapanya. Emir yang melihat anak gadisnya berjalan ke arahnya terus diangkat dan diletakkan di atas ribanya.

  "Kau balik lah. Aku pun rasa Ellyna tak nak ada mak macam kau ni." Ujar Emir tegas sambil sebelah tangannya mengusap lembut kepala anaknya. Azalea yang berdiri tegak di hadapan pintu dipandang.

  Taniya berdecit sebelum dia turut memandang ke arah yang dipandang oleh Emir. Dia melihat wanita dihadapannya itu dengan riak wajah yang jelas menunjukkan bahawa dia tidak suka dengan wanita itu.

  "Your new wife Emir? Euiww so low class. Dengan baju kurung nya,tudung kelepet,muka macam budak kampung. You kutip mana perempuan ni?" Jelas kedengaran suara Taniya yang menyindir itu. Azalea dipandangnya atas dan bawah seperti menilik pakaian gadis itu.

  Azalea pula hanya berdiri tegak tak berkutik dan tanpa disedari, berduyun carutan yang terluah di hati si dia.

  'Elehhh macam la cantik sangat dia tu. Modal rambut perang,baju tak cukup kain,mekap tebal 50 inci, free hair, baik tak payah! Kalau aku tampar muka tu, berjerebu satu Malaysia ni. heh!'

  "It's none of your business,Taniya!"tegas Emir. Tangannya tidak leka mengusap lembut kepala anaknya.

  "Why? sebab dia isteri baru you? macam tu? senang betul kan cari isteri baru? jumpa tepi jalan,kutip bawa balik buat isteri. Senang kerja." Sinis Taniya lagi.

  Emir mengetap giginya kuat dan cepat-cepat meletakkan Ellyna ke bawah sebelum dia melakukan apa-apa yang boleh menyakitkan anaknya itu.

  "You better keep shutting your mouth if you have nothing important to say."

  "Mesti dia yang hasut you supaya jangan bagi I jaga Ellyna kan? Mesti dia juga lah punca kenapa kita bercerai kan!?" Tempik Taniya sambil menunding jarinya ke arah Azalea.

  Azalea memandang mereka bersilih-ganti bersama riak bingung di wajah bersihnya. 'Aik? aku pun kena ke?'

  "Kau jangan tuduh dia macam tu boleh tak?! Dia tak ada kena mengena dengan kes penceraian kita! Kita bercerai sebab kau yang curang dengan lelaki lain!" Ujar Emir. Suara garau dan deep nya itu bergema kuat didalam bilik kerja itu. Mesti pekerja di luar juga terdengar suara jeritan Emir itu kan?

  Taniya,Azalea,dan Ellyna mengeras. Tidak disangka tindakan Emir akan jadi sebegitu. Taniya akhirnya tertawa kecil dan menggelengkan kepalanya.

  "You jangan tuduh I sembarangan! I'm not cheated on you!" Nafi Taniya. Dia kini memandang wajah bekas suaminya itu dengan riak yang penuh kebencian.

  "Saya datang sini hanya nak awak turunkan tandatangan dekat borang pertukaran hak penjagaan saja! Bukannya I datang sini untuk bergaduh dengan you!"

  "Aku dah cakap aku tak akan turunkan tandatangan di borang tu! Kau susah sangat ke nak faham?!"Tempik Emir pula. Dada bidangnya berombak kencang. Jelas sekali dia menahan dirinya dari melakukan sesuatu yang dia akan menyesal kemudiannya.

  Ellyna yang nampak perubahan bapanya,segera menghampiri bapanya dan mengusap perlahan tangan milik Emir.

  Azalea pula masih kaku di hadapan pintu. Kalau dia nak terjun bangunan sekarang boleh tak? dia tak nak terlibat dalam masalah ni.

•••

  Setelah pertelingkahan antara Emir dan Taniya tadi,Taniya terus pulang. Jika datang ke sini tadi membawa borang pertukaran hak penjagaan,kini dia pulang dengan tangan kosong kerana borang itu dikoyakkan oleh Emir.

  Ellyna melihat ke arah bapanya dengan riak kerisauan yang terpampang di wajahnya. "Papa,are you okay?"

  "I'm okay sweetheart. Don't worry." Balas Emir sambil tersenyum sedikit. Wajah comel anaknya diusap lembut.

  "Betul ni?"Soal gadis kecil itu lagi.

  Emir menganggukkan kepalanya perlahan sebelum dia memandang ke arah Azalea.

  "Aku minta maaf Lea,sebab kau pun terikut sekali dalam masalah aku."Ujar Emir. Jujur,dia rasa bersalah kerana melibatkan Azalea di dalam masalahnya bersama Taniya tadi.

  "Oh,tak apa. Saya tak kesah pun. Lagipun dia tak tahu kan yang saya ni pekerja awak? Biarlah dia." Kata Azalea,sopan. Kini dia mengambil duduk di atas sofa yang berada di dalam bilik pejabat milik Emir.

–––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––

HI, ASSALAMUALAIKUM GUYS
FIRST OF ALL, I'M SO SORRY BECAUSE OF A LONG TIME NO UPDATE. 🙏🏻😔

IT'S BEEN A WHILE SINCE I UPLOADED PART 6 RIGHT? AND I'M SORRY FOR THAT!

PAGE KALINI TAK BANYAK,KEKURANGAN IDEA. AS ALWAYS ✨

BUT YEAH,  SAYA TELAH CUBA YANG TERBAIK DI SINI UNTUK TAMBAH GULA,GARAM, AJINOMOTO,MAGGI CUKUP RASA, UNTUK BUAT STORY NI JADI PANJANG. TAPI TAK KESAMPAIAN.

TAPI TAK APA,SAYA AKAN CUBA LAGI FOR THE NEXT PAGES.

THAT'S ALL,THANK YOU.

BYE AND KEEP ON SUPPORTING ME AND TAKE CARE EVERYBODY!

ALL EYES ON RAFAH!
🍉🇵🇸

TENKIUU 🌹🤍

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GADIS MILIK ENCIK DUDA (slow update)Where stories live. Discover now