"Masuklah dulu,aku pergi ambil barang kau dalam kereta dulu."ujar Emir,aku hanya mengangguk dan melangkah masuk ke dalam rumah agam yang besar di hadapan aku ini bersama Ellyna.
Baru sahaja melangkah masuk, tiba-tiba satu suara wanita kedengaran dari arah dapur."Eh cucu nenek dah balik! Pergi mana lama sangat ni,hm?"
"Nenek!! Hehe sorry lah,papa tu ha. Saja je buat lambat."ujar Ellyna bersahaja. Emir yang baru melangkah masuk ke dalam rumah itu terhenti perbuatannya apabila dia diseru.
Dia hanya berdiri kaku sambil memandang ke arah aku dengan pandangan yang keliru. Aku pula hanya mengangkat bahu dan kemudiannya mengabaikan dia.
"Eh?siapa ni?"soal wanita separuh abad itu kepada aku. Baru sahaja nak buka mulut untuk menjawab,Emir terlebih dahulu memotong percakapan aku."Entah,minah senget mana datang ketuk tingkap kereta."
Mencerun pandangan aku ke arah dia sebelum aku mendengar dia mengaduh kesakitan."Aduh,sakit lah ibu!"
"Tak baik cakap macam tu mir."ujar wanita itu. Aku pula tersenyum puas apabila melihat wajahnya yang berkerut akibat kesakitan dibahagian lengannya akibat ditampar oleh ibunya tadi.
"Nama apa?"soal wanita itu sambil menarik tangan aku ke arah sofa yang ada di ruang tamu itu dan menyuruh aku untuk duduk.
"Nama saya Azalea,makcik boleh panggil saya Lea je."jawab aku serta senyuman di wajah. Tangan aku turut digenggam erat oleh wanita itu apabila dia mendengar nama aku disebut.
"Cantik nama,sama macam tuan badan punya nama."puji wanita itu sambil mengeratkan lagi genggamannya dengan tangan aku.
Entah kenapa kehangatan dari genggaman itu membuatkan aku berasa sebak dan perasaan rindu aku pada umi membuak-buak.
Aku hanya tersenyum dan berkata."Terima kasih makcik."
"Eh,tak payah lah panggil makcik. Panggil ibu je,lagipun kamu ni kawan lama Emir kan masa dekat sekolah menengah dulu?"
Kata-kata wanita yang bergelar ibu kepada Emir ini membuatkan wajah aku berubah tona kulit kepada kemerahan. Aku hanya memandang wajah wanita itu dan mengangguk perlahan.
"Saya...cuba untuk biasakan diri."aku tersenyum sedikit dan mengangguk sedikit.
"Ibu,Emir keluar kejap. Nak jumpa Aiman. Pasal Ellyna jangan risau,dia dah tidur dalam bilik dia. Nanti suruh je Lea tu tidur dekat bilik kosong sebelah bilik Ellyna tu."ujar Emir sambil menuruni tangga.
'Mana pula dia ni nak pergi malam-malam buta macam ni?tak lain tak bukan jumpa scandal. Tapi dia cakap tadi nak jumpa...Aiman. Si Aiman tu ke scandal dia?ha sudah,takkan dia gay kut. Nampak gaya macam bukan.'
"Nak pergi mana malam-malam buta ni Mir?"soal Puan Qaseh,ibu kepada Emir. Pelik wanita itu memandang ke arah anaknya yang sedang memakai kasut itu.
"Lepak kejap dengan Aiman. Sebelum pukul 12 nanti Emir balik. Don't worry." Ujar Emir sambil menggapai kunci kereta dan menyalami tangan ibunya.
"Hm,ye lah. Jangan balik lambat,esok kamu tu kerja."sempat Puan Qaseh memesan kepada anaknya srbelum anaknya itu lesap dari pandangan apabila sudah masuk ke dalam perut kereta.
Aku hanya duduk diam di sofa memerhati perbualan mereka berdua. Beginikah perasaannya disayangi oleh ibu?
______________________________________________"Weh Man! Assalamualaikum,lama tak jumpa,apa khabar kau?"soal Emir sambil mengambil tempat duduk di hadapan sahabat sekerjanya itu.
"Waalaikumussalam,sihat alhamdulillah. Kau?"soal lelaki itu,Aiman. Sahabat kepada Emir.
YOU ARE READING
GADIS MILIK ENCIK DUDA (slow update)
RomansaEMIR MUZAFFAR X AZALEA NAYLA Emir Muzaffar. Siapa sahaja yang tidak mengenali nama itu? Dia merupakan pewaris tunggal The Affar Holding dan dia juga sudah berjaya menubuhkan beberapa buah cawangannya di luar negara. Dingin dan tidak suka bersosial,i...