Bab 02

44 9 0
                                    

   Perut aku yang berbunyi ditekan sedikit bagi mengurangkan rasa lapar sambil aku mengeluh perlahan."Laparnya ya Allah.."

   Aku melabuhkan punggung di tepi kaki lima sebelum merenung ke arah sebuah kedai makan yang ada berhampiran dengan aku.

   Ramai betul orang yang masuk dan keluar dari kedai makan itu. Perut yang berbunyi ditekan sekali lagi sebelum mata aku tertacap pada dua beranak yang sedang makan didalam kedai itu sambil bergelak tawa.

   Perlahan-lahan air mata aku jatuh ke pipi apabila melihat adegan itu kerana membuatkan aku teringat semua kenangan aku bersama abi.

   "Abi..."sayu sahaja suara aku kedengaran apabila menuturkan kata itu. Jujur,aku sangat merindukan dia saat ini.

~~~

  "Papa,look at her."Ellyna menundingkan jari kecilnya ke arah seorang wanita yang sedang dikaki lima itu membuatkan Emir turut mengalihkan pandangannya ke arah yang ditunjuk oleh anaknya itu.

   "Apa yang dia buat dekat situ?"Ellyna bertanya lagi sebelum memandang wajah tampan bapanya. Emir hanya menjongketkan bahunya dan menyambung makan.

   "Can I scold her,papa?"sekali lagi Ellyna bertanya sebelum pipi tembamnya dicubit oleh Emir.

   "Papa!! Sakit lah!"Ellyna mencebikkan bibirnya sambil menggosok pipinya yang dicubit oleh Emir tadi. "No princess,we don't know her is the good person or not."

   "But papa–"

   "No."terlebih dahulu Emir mencantas ayat anaknya sebelum dia menyambung makan makananya.

   "Fine..."Ellyna menundukkan kepalanya sebelum dia mendapat satu idea. Perlahan-lahan kepalanya diangkat semula dan memandang wajah papanya yang sedang asyik menikmati makanannya.

   Apabila Emir tidak sedar yang anak gadisnya sedang memerhatikan dirinya,Ellyna turun dari kerusinya perlahan-lahan dan berjaga-jaga.

   Selesai turun dari kerusinya, Ellyna berjalan perlahan tanpa mengeluarkan bunyi sebelum satu suara garau memanggilnya. "Nak pergi mana tu?"

  Serta merta tubuh kecil itu mengeras dan memusingkan badannya perlahan-lahan sebelum satu susuk tubuh tegap berdiri dihadapannya sambil menyilangkan tangan ke dada.

  "Err.."terkulat-kulat Ellyna mencari jawapan untuk soalan yang ditanyakan tadi sebelum dia mencebik bibir dan berlari ke arah susuk tubuh itu dan memeluk erat kakinya.

  "Alaaa papa ni..orang nak pergi dekat akak tu je. Orang nak tanya dia apa yang dia buat dekat situ.."dengan sengaja suara Ellyna dilembutkan sambil membuat muka comel untuk memujuk papanya.

  "I've already said NO right?so why you disobey my instruction?"ujar Emir sebelum tubuh kecil anaknya diangkat dan dibawa ke meja yang tadi.

  "Orang kesian dekat akak tu lah,please papa.."pujuk Ellyna seujar tiba ditempat duduk tadi.

  Satu keluhan berat dilepaskan oleh Emir sebelum mengangguk perlahan."Fine."sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut merah jambu itu mampu membuatkan anaknya tersenyum lebar.

  "Thank you papa!!"

  "But with one condition."

  "Condition?"ujar Ellyna,sambil menayangkan wajah peliknya. Syarat apa pula yang diletakkan oleh bapanya ini?

  "Habiskan makanan tu dulu,and then you can go."kata Emir sambil merenung wajah anak gadisnya itu. Comel!! Ingin sahaja dia menggigit pipi tembam kepunyaan anaknya itu.

GADIS MILIK ENCIK DUDA (slow update)Where stories live. Discover now