"Mana papa awak ni Lyna?dia pergi tandas ke buat tandas?"soal aku kebingungan sambil memandang Ellyna yang sedang bermain dengan seorang lelaki yang menyambut kedatangan kami tadi.
"Relax la auntie,papa memang macam tu. Masuk tandas memang tak jumpa jalan keluar."jawab Ellyna bersahaja sebelum ketawa kecil dari lelaki tadi kedengaran.
"Ha! Saya tak tahu lagi nama awak. Nama awak apa?"soal lelaki itu sambil memandang ke arah aku yang duduk tidak jauh dari mereka.
"Azalea. Panggil Lea je. Awak?"
"Aiman Redza,just call me Aiman or you want to call me..'abang'?"jawab lelaki yang bernama Aiman itu sebelum ketawa macho.
Aku yang sedang menghirup air teh yang dibuat oleh pekerja Emir tadi tersedak dan terbatuk apabila mendengar jawapan yang tidak disangka oleh si Aiman.
"Hey hey,awak okay tak ni?"soal Aiman dan jelas terpancar riak kerisauan dari matanya. Aku hanya mengangguk perlahan dan mengiyakan soalan Aiman.
"Are you sure?"
"Ye,jangan risau."jawab aku ringkas dan memaksakan diri aku untuk senyum sedikit.
Selepas itu,suasana menjadi sunyi sepi dan hanya kedengaran suara ketawa kecil dari Ellyna dan Aiman kedengaran. Di dalam suasana yang hening itu, tiba-tiba kedengaran pintu pejabat dibuka dari luar dan muncul sosok tubuh tegap Emir di sebalik pintu.
"Sorry lambat,ada sesuatu yang aku kena handle tadi."ujar Emir sebelum mengambil tempat duduk di mejanya.
"Takpe la bro,dah terbiasa."ujar Aiman bersahaja sebelum bangun dan membetulkan semula pakaiannya.
"Kau nak apa man?"
"Tu,tanda tangan cepat. Dato' Nasir minta kau untuk luluskan projek tu."jari telunjuknya dikeluarkan dan menunding ke arah satu file hitam yang ada di atas meja Emir.
Emir hanya mengangguk perlahan sebelum mengeluarkan pen miliknya dan menurunkan tandatangan di atas kertas itu.
"Nah."ujar Emir sambil menghulurkan file hitam itu ke arah Aiman. Aku hanya duduk diam di sofa yang ada di dalam bilik kerja Emir bersama Ellyna disebelah.
"Okay. By the way,cantik babysitter baru anak kau."kata Aiman sebelum ketawa kecil. Emir pula hanya menggelengkan kepalanya dengan sikap Aiman itu.
Aku yang mendengarkan itu pula keras kejung di tempat. Sungguh tidak disangka tindakan Aiman itu.
______________________________________________Jam menunjukkan tepat pukul enam petang,waktu pulang untuk semua pekerja di The Affar Holding. Aku dan Ellyna bangun dari tembat duduk kami sebelum gadis kecil itu berjalan ke arah bapanya yang tekun melakukan kerjanya.
"Papa,jom lah balik."ujar Ellyna sambil menggoyangkan kaki bapanya. Emir hanya menggumam perlahan sebelum dilihat wajah anak gadisnya itu.
"I'm sorry sayang,papa kena overtime hari ni. Nanti papa suruh uncle Aiman hantarkan Lyna dengan Kak Lea balik ye?"kata Emir sebelum dia menunduk dan melabuhkan ciuman di dahi anaknya.
"Okay papa.."Ellyna mengangguk perlahan sebelum mengambil tangan Emir dan disalam dan dikucupnya."Bye papa,see you at home."
"Bye princess."
_____________________________________________"Lyna!"
Serentak aku dan Ellyna memandang ke arah suara itu berasal apabila terdengar suara seseorang yang memanggil Ellyna. Dan orang itu adalah Aiman.
Aiman berjoging ke arah kami yang berdiri kaku di tempat bersama satu senyuman yang terukir di wajahnya.
"Jom,kita balik."ajak si Aiman. Ellyna mengangguk laju dan tersengih sebelum tubuh kecilnya diangkat oleh Aiman.
Selepas itu,kami bertiga pun berjalan ke arah kereta Aiman diletakkan. Sesampai sahaja di keretanya,Aiman membuka pintu penumpang di bahagian hadapan untuk aku dan belakang untuk Ellyna.
"Thanks."ujarku.
"My pleasure."ujar Aiman pula dengan senyuman yang tidak lekang dari wajah.
______________________________________________"Jadi...dah berapa lama awak kerja dengan Emir?baru saja atau dah lama?"soal Aiman bersahaja sambil matanya yang masih tertumpu di jalan.
"Baru saja,tak sampai dua hari lagi."jawabku,jujur.
"Oh..faham."
"Awak?dah lama ke kerja dengan Emir?"aku pula yang bertanya sambil memandang ke arah sisi wajah Aiman.
'Handsome juga si Aiman ni yee..'
"Erm...dua tahun?entah lah saya pun ingat-ingat lupa."jawab Aiman.
"Faham."
"Lea."
"Ye?"aku memandang ke arah empunya suara itu dengan perasaan yang penuh tanda tanya.
"Memandangkan kita akan kerap berjumpa,apa kata kalau...kita tukar nombor telefon?saya ambil nombor telefon awak,awak ambil nombor telefon saya? macam mana?"soal Aiman. Aku yang memandangnya jelas menunjukkan ada senyuman yang penuh makna di bibir lelaki itu.
"Errr.."
"Saya janji saya takkan ganggu awak."ujar Aiman sebelum memandang ke arahku sekilas dan kemudiannya kembali fokus ke arah jalan.
"Errr okay.."ujarku seraya mengeluarkan telefon bimbit kepunyaanku dari beg aku.
______________________________________________HI, ASSALAMUALAIKUM GUYS
FIRST OF ALL, I'M SO SORRY BECAUSE OF A LONG TIME NO UPDATE. 🙏🏻😔KITONYO TAK UPDATE SEBAB KEKERINGAN IDEA,HIHI.
HAAAA! MACAM BIASALAH,JAGA DIRI ELOK-ELOK,TERUTAMA SEKALI UNTUK KAUM WANITA SEBAB DAH BANYAK KES B*N*H DI MALAYSIA NI. DAN JUGA,JAGA MAKAN MINUM,SOLAT JUGA JANGAN TINGGAL UNTUK YANG BERAGAMA ISLAM.
OKAY LA,ITU SAJA. VOTE JANGAN DILUPA HEHE.
BYE,KEEP ON SUPPORTING ME AND TAKE CARE EVERYBODY!
ALL EYES ON RAFAH!
🍉🇵🇸TENKIUU 🌹🤍
YOU ARE READING
GADIS MILIK ENCIK DUDA (slow update)
RomanceEMIR MUZAFFAR X AZALEA NAYLA Emir Muzaffar. Siapa sahaja yang tidak mengenali nama itu? Dia merupakan pewaris tunggal The Affar Holding dan dia juga sudah berjaya menubuhkan beberapa buah cawangannya di luar negara. Dingin dan tidak suka bersosial,i...