Bab 06

27 4 0
                                    

  Pap! Pap! Pap!

  Suara derapan kasut tumit tinggi itu memenuhi ruang lobi The Affar Holding dan menuju ke arah kaunter penyambut tetamu yang sedang dijaga oleh seorang wanita.

  "Selamat datang ke Syarikat The Affar Holding,ada apa yang saya boleh bantu?"soal wanita itu sambil tersenyum manis ke arah wanita anggun dihadapannya ini.

  "Saya nak jumpa Emir. Now."arah wanita itu. Pekerja itu hanya mengangguk perlahan sebelum dia bertanya lagi. "Puan ada buat sebarang appointment untuk berjumpa dengan Encik Emir ke?"

  Wanita itu hanya mendengus sebelum menjawab. "Perlu ke buat appointment ni bagai? Saya nak cepat ni."

  Mendengar soalan itu,pekerja itu hanya menggeleng kepalanya perlahan. "Maaf Puan,kalau Puan tidak membuat sebarang appointment untuk berjumpa dengan Encik Emir,Puan tak dibenarkan berjumpa dengan dia."

  Wanita itu melemparkan pandangan dinginnya ke arah pekerja dihadapannya ini sebelum dia menampar kuat meja kaunter itu.

  "Eh awak ni memang tak faham bahasa ke!? Saya cakap saya nak jumpa Emir kan? Kenapa awak susah sangat nak faham? I need to discuss something with him now!"jerkah wanita itu.

  Terhinjut bahu pekerja itu apabila ditengking sebegitu oleh wanita dihadapannya ini. Wanita itu bernasib baik hanya kerana dia perlu bersikap rasional ketika melakukan kerjanya. Jika tidak,sudah lunyai wanita itu dikerjakannya.

  Wanita itu memandang dingin ke arah pekerja dihadapannya ini sebelum matanya tertumpu dibahagian name tag pekerja itu.

  "So you're Jannah huh? A new employee? I never knew Emir have an employee with name Jannah before."kata wanita itu beserta ton suara yang sudah tidak tinggi seperti sebelumnya.

  "Ye saya Jannah. Saya pekerja baru di sini."jawab pekerja itu.

  "Well,I don't want to make a scene here. Just let me in now."

  "Maaf Puan,memang telah menjadi salah satu peraturan disini jika ingin berjumpa dengan Encik Emir,tetamu wajib membuat appointment."kata pekerja itu dengan nada yang serba salah.

  Mendengar ayat dari pekerja yang bernama Jannah itu, ianya membuatkan darah wanita itu semakin menggelegak. Naik bengang wanita itu apabila pekerja itu tidak membenarkan dia masuk.

  "Eh perempuan! Kau memang tak faham bahasa ke atau apa!? Aku nak jumpa Emir sekejap saja pun!"jerkah wanita itu sekali lagi. Turun naik dada wanita itu menahan amarah yang membara di dalam diri dan tiada sudah gelaran yang sopan digunakan.

  "Puan mohon bersabar. Puan tidak boleh langgar peraturan di sini. Ada baiknya Puan pulang dulu, dan buat appointment secara online kemudian datang semula esok."

  Wanita itu mendengus kasar sebelum memusingkan badannya ke belakang. Sebaik sahaja wanita itu mahu berjalan,matanya tertancap pada seorang figura lelaki yang cukup dikenalinya. Wilson Wong. Assistant kepada Emir.

  "Wilson!"

  Mendengar namanya dipanggil,serta merta langkah kaki panjangnya terhenti. Dia menoleh kebelakang dan melihat sekeliling sebelum matanya berhenti ke arah seorang wanita yang dikenalinya.

  Dia tersenyum sedikit sebelum berjalan menghampiri wanita itu,dan sama juga dengan wanita itu. Akhirnya,mereka berdua berhenti di hadapan sebuah lift.

  "Hey Taniya, what's up?long time no see."Soal Wilson sambil memandang wajah wanita yang bernama Taniya itu. Kepalanya ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat.

GADIS MILIK ENCIK DUDA (slow update)Where stories live. Discover now