"Kau..kena halau?"Emir memandang ke arah wajah aku dengan riak yang pelik bersama anaknya di sebelah.
Aku hanya mengangguk perlahan dan mengiyakan soalan Emir itu.
"Kenapa?"Emir bertanya lagi sebelum tempat kosong di sebelah aku didudukinya dan meninggalkan beberapa jarak supaya tidak menimbulkan fitnah.
"Sebab kena fitnah dengan mak tiri aku."jujur aku katakan sambil menunduk memandang tanah.
"Mak tiri kau?makcik Suraya ke?"
"Ye la,siapa lagi."aku melepaskan nafas berat sebelum perut aku berbunyi sekali lagi. Aku menekan sedikit perut aku sebelum Emir bersuara.
"Kau tak makan lagi ke?"Emir bertanya. Jelas terpancar riak kerisauan dari wajah dinginnya itu.
Aku hanya mengangguk perlahan dan tiba-tiba satu suara kecil kedengaran di gegendang telinga aku. Aku memalingkan kepala aku menghadap suara itu dan wajah kanak-kanak gadis itu menghiasi pandangan aku.
"Aunty nak makan?nanti papa saya boleh tolong bayarkan."kanak-kanak itu hanya tersenyum ke arah aku sambil tangan kecilnya menggoyangkan lengan aku seperti memujuk.
'Aunty kau panggil aku dik?jahatnya mulut..sama macam bapak dia. Bapak borek anak rintik.' Aku bermonolog sendirian di dalam hati apabila mendengar panggilan kanak-kanak itu kepada aku.
Lepas sesaat,aku tersenyum sedikit sebelum aku memandang Emir disebelah. Emir hanya menaikkan keningnya apabila dia memandang aku semula.
"Apa?"
"Kau nak makan ke tidak?aku nak belanja kau ni."ujar Emir sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Tak payah lah,susahkan kau je."aku menunduk sambil menahan rasa lapar.
'Kau boleh Lea..tahan sikit rasa lapar tu.'
Emir hanya diam sambil mengecilkan matanya ke arah aku. Aku juga hanya diam apabila dipandang sebegitu oleh Emir. Bukan apa,seram derr tengok dia macam ni. Dah lah orangnya dingin kekadang tu,takut pulak aku.
"Jangan degil boleh tak?kau tu tengah lapar,kang mati kelaparan pulak. Dah,ikut aku. Kalau kau tak ikut aku angkat kau."ujar Emir. Argh!! Ini yang aku tak suka! Mamat ni suka sangat mengugut!
"Kau ni kan! Suka mengugut aku macam tu! Benci arh!"protes aku sambil menyilangkan tangan ke dada dan suara kanak-kanak yang sedang gelak itu menyakitkan hati aku,sedikit.
Emir hanya mengangkat bahu dan berdiri di sebelah aku. "Satu... Dua... Ti-"
"Fine!"aku menjulingkan mata aku ke atas sebelum aku bangun dari kaki lima itu.
"Juling-juling. Korek biji mata tu kang."Emir tergelak sedikit dengan jenakanya sendiri sebelum mengangkat tubuh anaknya dan kemudiannya dia memandang ke arah aku semula.
"Jom."ujar Emir sebelum berjalan dan aku pula mengangguk perlahan sebelum membontoti dia dari belakang.
~~~
"Kau nak makan apa?"soal Emir sambil memandang tepat ke arah wajah aku.
"Apa-apa je. Janji makanan."jawab aku,ringkas.
"Okay,nasi goreng kampung satu."ujar Emir seraya memberi tahu pelayan itu. Aku memandangnya dengan kening yang bertaut sebelum aku menggelenkan kepala.
"Tak nak."protes aku.
"Then? Kau nak makan apa?tadi kata tak kesah asalkan makanan." Ujar Emir,pelik.
YOU ARE READING
GADIS MILIK ENCIK DUDA (slow update)
RomanceEMIR MUZAFFAR X AZALEA NAYLA Emir Muzaffar. Siapa sahaja yang tidak mengenali nama itu? Dia merupakan pewaris tunggal The Affar Holding dan dia juga sudah berjaya menubuhkan beberapa buah cawangannya di luar negara. Dingin dan tidak suka bersosial,i...