Bab 7

95 6 0
                                    

"YOU look beautiful in that dress, Astra," puji Rayyan. Tidak lama kemudian, dia mengerang kesakitan. "Sakitlah, kak Sha...!" Merengek seperti kanak-kanak.

"Awak belum halal, tak perlu nak bagi ayat manis sangat," marahnya sambil menjeling. "Tapi benar yang dikatakan oleh Rayyan. You look beautiful."

Dress yang dipakai itu berwarna merah jambu. Sama seperti suit yang dipakai oleh Rayyan itu.

"You look charming too, Rayyan." Pujian dibalas pujian. Ayesha dapat merasakan ada sesuatu yang terjadi ketika dia tertidur semalam. Biasanya, Astra akan buat endah tak endah sahaja dengan bakal imamnya itu.

"Seriously, did something happen yesterday...?" soalnya. Rayyan hanya menjelirkan lidah, tidak ingin memberitahu kakaknya. Astra hanya ketawa perlahan.

"Everything fits perfectly, so kita boleh ambil terus. Mummy dah bayar," terang Astra. Rayyan hanya mengangguk. Mereka kembali ke bilik persalinan masing-masing.

• • •

SETELAH hampir 5 jam, akhirnya mereka selesai membeli barang hantaran. Kini, mereka berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah Astra.

"Boleh tak saya guna telefon awak sekejap?" soal Astra. Tanpa sebarang jawapan, telefon milik Rayyan dihulurkan pada Astra. Hampir berbunga hatinya itu.

Sempat dia membuka aplikasi Notes yang berada di home screen itu. Tertera sebuah folder;

Barang Hantaran Bintang:
1. Set telekung✓
2. Set tasbih dan sejadah✓
3. Al-Quran✓
4. Set hygiene
5. Set coklat and gula-gula

Tak sempat nak lihat aplikasi yang lain, cepat sahaja dirampas oleh Rayyan. Mukanya sudah berubah menjadi warna merah jambu walaupun kulitnya tidaklah terlalu cerah. "Ish, janganlah tengok notes saya."

"Malu kah?" Saja Astra bertanya begitu, ingin menyakat lelaki itu.

"Mana ada!" Cepat Rayyan menjawab. Telefonnya disimpan di dalam poket sebelah kanan, agar tidak dapat dicapai oleh Astra. Tumpuannya kembali ke pemanduan saat lampu isyarat bertukar menjadi warna hijau.

Astra hanya ketawa perlahan, sebelum melihat pemandangan di luar. Ayesha yang duduk di seat bahagian belakang, hanya tersenyum melihat mereka berdua.

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan. Makin lama, makin erat hubungan mereka. No more cats and dogs fight.

"We just have to settle our hygiene products, right?" soal Astra. Rayyan hanya angguk. "Boleh tak masukkan perfume sekali?"

"Bukankah awak dah ada banyak perfume?" soal Rayyan. Bukannya dia tidak tahu Astra memang gemar menggunakan minyak wangi. Entah-entah, ada 100 jenis brand dan bau di atas meja soleknya. Belum campur lipstick dan lain-lain.

Some were bought, and some were sponsored.

"Ala, tak adil lah. Awak dapat perfume, saya tak dapat." Mencebik bibir, merajuk. Rayyan mengeluh.

"Iya lah, bintang. Nanti saya letak minyak wangi dalam senarai hygiene tu ya," katanya, ingin memujuk.

"Yes!"

• • •

SELESAI menghantar barang dan bersalaman dengan ahli keluarga Astra, Rayyan melangkah keluar dari rumah itu.

2 | BezaWhere stories live. Discover now