Bab 8 : Trauma

45 6 0
                                    

"AKU nikahkan kau dengan anak perempuanku, Astra Humaira Binti Emyr dengan mas kahwinnya bernilai RM 300 tunai!"

"Aku terima nikahnya, Astra Humaira Binti Emyr dengan mas kahwinnya berjumlah RM 300 tunai." Hanya dengan sekali lafaz, pernikahan mereka telah menjadi sah. Sempat Rayyan memandang ke arah Astra, mengukir senyuman sementara wanita itu juga membalas dengan senyuman.

"بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ"

(Baarakallahu laka wabarakoa 'alaika wajma'a bainakumaa fii khoir).

Lafaz taklik dibaca oleh Rayyan setelah doa dibacakan. "Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya, Astra Humaira Binti Emyr selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan mudarat kepada tubuh badannya. Kemudian, ia mengadu kepada makhamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi makhamah syariah dan ia memberi kesan Makhamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk."

Setelah itu, Rayyan segera ke sebuah penjuru di sudut rumah Astra untuk melakukan solat sunat. Selesai melipat sejadah, dia kembali ke sisi Astra untuk menyarungkan cincin dan bersalaman.

"Terima kasih sudi terima saya, bintang," bisiknya. Sebuah senyuman terukir manis di bibirnya.

"And I you," jawab Astra pula. Mengukir senyuman manis yang ikhlas, for the first time.

"اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَخَيْرِ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ ، وَأَعُوْذَ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ"

(Allahumma inni as'aluka min khairiha wa khairi ma jabaltaha 'alaihi. Wa a'udzubika min syarriha wa syarri ma jabaltaha 'alaihi).

Doa itu dibacakan saat Rayyan memegang ubun-ubun Astra. Setelah itu, Rayyan mencium dahi isterinya, lembut.

• • •

PADA pukul 4 petang, selepas menunaikan solat Asar, Astra dan Rayyan ke sebuah taman untuk sesi photoshoot. Eva dan Abdel mengikuti mereka, memandangkan mereka adalah pengapit bagi pasangan itu.

Astra memakai sehelai dress berwarna merah jambu, labuh sehingga menutup kakinya. Tudungnya juga berwarna merah jambu, menutupi bahagian paras dada.

Rayyan pula memakai suit yang berwarna merah jambu juga. Baju kemejanya yang berada di dalam pula berwarna putih, dipadankan dengan vest pink. Senang kata, mereka berdua memakai baju merah jambu bersama-sama.

Setelah ke beberapa lokasi, mereka ke sebuah masjid untuk destinasi yang terakhir. Sambil tersenyum melihat kamera, Astra terlihat seseorang dari hujung matanya. Dia menolehkan kepalanya ke belakang untuk melihat susuk tubuh itu sekali lagi, namun sudah tiada.

"What's wrong, love?" Tangan Astra digenggam erat.

"Tak ada apa-apa. Jom, kita tangkap di situ pula," ajak Astra. Hatinya tidak tenang, namun diukir juga senyuman agar nampak baik-baik sahaja.

2 | BezaWhere stories live. Discover now