Setelah mendapat khabar berita daripada pasukan Anbu di bawah Itachi, mereka langsung bergegas ke hospital dimana orang yang ditemui itu berada, bahkan ke semua mereka pergi bersama. Secara tidak langsung membuatkan suasana di hospital menjadi riuh walaupun hari sudah menjelang malam.
Mereka langsung bergegas ke bilik yang menempatkan orang tersebut namun sebelum sempat membuka pintu bilik tersebut, ianya terbuka dari dalam. Menampakkan beberapa sosok tubuh jururawat yang mengelilingi sebuah katil dan menolaknya keluar dengan pantas. Wajah masing-masing jururawat terlihat sangat panik. Salah seorang dari jururawat langsung menghampiri mereka.
Sosok tubuh gadis yang berada di atas katil terlihat hanya terkulai lemah dengan wajah yang pucat.
"Sakura senpai!!" Panggil salah seorang jururawat dengan suara sedikit tinggi.
"Haik! Apa yang dah jadi kepada dia?" Sakura melihat katil yang semakin menjauh. Cuba untuk tenang apabila melihat wajah yang sudah lama menghilang dari hidupnya.
"Tubuhnya terdapat beberapa luka yang cukup parah. Luka-luka itu nampaknya berasal dari serangan haiwan buas. Pada awalnya kami sudah berjaya menanganinya namun secara tiba-tiba keadaannya menjadi buruk. Kami memerlukan bantuan mu." Balas jururawat tersebut.
"Baiklah!" Sakura mengangguk faham.
Langsung pergi mengikuti jururawat tersebut.
"Obito, jagakan Rei sekejap." Rin juga turut berlari mengikuti langkah Sakura dengan cepat.
"Aku juga!" Ino langsung bergegas.
"Wa-wajahnya...." Kata Mikoto dengan sedih. Tubuhnya hampir jatuh menyembah lantai jika tidak ada Fugaku yang menahan di belakangnya.
Mereka dapat melihat dengan jelas bahawa wajah gadis yang terbaring lemah itu memang sangat serupa dengan Sasuke seperti yang dikatakan oleh Anbu bawahan Itachi tadi.
Pakaian gadis tersebut terlihat lusuh dan koyak di beberapa tempat. Secara tidak langsung membuatkan mereka melihat tubuh tercedera gadis tersebut yang dibalut namun masih menampakkan warna merah pekat di sebalit pembalut.
"Hei, macam mana keadaannya ketika kau menjumpainya?" Soal Itachi kepada Anbu yang membantu menunjukkan jalan kepada mereka. Namun pandangan matanya hanya memandang kosong ke hadapan, di tempat yang dilalui oleh gadis tadi.
"Dia diserang oleh tiga ekor harimau. Keadaannya ketika itu memang sangat teruk. Sebelum sempat kami membantu, dia berjaya membunuh seekor harimau namun dua ekor lagi datang menyerang. Disebabkan itulah dia tercedera cukup parah. Maaf di atas kelalaian kami, Taichou!" Anbu tersebut menundukkan sedikit kepalanya ke arah Itachi
"Dia melawan tiga ekor harimau seorang diri? Menggunakan teknik ninja kah?" Soal Itachi lagi. Cuba memastikan sesuatu.
"Tidak, dia tak menggunakan sebarang teknik ninja. Bahkan dia tidak mempunyai apa-apa kelengkapan ninja. Dia hanya menggunakan kayu dan taijutsu asas untuk mempertahankan diri. Dari pemerhatian kami, dia tak nampak seperti seorang shinobi yang menggunakan teknik ninja namun gaya bertarungnya cukup bagus jika dia bukanlah seorang shinobi. Dia menggunakan sebatang kayu seperti menggunakan sebuah katana atau tento. Bahkan dia turut menggunakan batang kayu kecil tajam seperti kunai dan sasarannya tidak ada yang meleset." Anbu tersebut mengeluarkan sesuatu dari beg kecil di belakangnya.
Kayu kecil yang tajam. Kayu yang digunakan gadis tersebut. Dia sempat mengutipnya sebelum bergegas kembali ke desa bersama beberapa Anbu yang bersamanya.
Itachi menerima huluran tersebut dan memeriksanya dengan teliti. Hanya sebatang kayu kecil namun cukup tajam. Itachi kemudiannya memberikannya kepada Kakashi.
YOU ARE READING
Naruto: The Moon With Her Sun | C
FanfictionPenyerangan secara besar-besaran Desa Kumogakure terhadap Desa Konohagakure adalah permulaan malapetaka kepada Desa Konohagakure. Dimana tiga orang anak shinobi berpengaruh telahpun diculik oleh ninja dari Kumogakure. Lalu apakah yang berlaku selanj...