"APA lagi yang kau nak?" Soal wanita itu kasar kepada lelaki yang tak habis-habis memaksa dia untuk berjumpa. Sejak dua minggu lalu, urusan mereka sudah tamat. Dia tak mahu ada apa-apa kaitan dengan lelaki jahaman itu lagi. Hidupnya sudah cukup kacau untuk ditambah lagi kekacauan.
"Apa aku nak? Kau lupa dengan janji kau?" Soal lelaki itu.
"Aku dah cakap aku tak nak berurusan dengan kau. Jadi, kau lupakan janji yang pernah kita buat dulu. Mungkin aku bodoh berjanji dengan banduan macam kau." Pesan Emylia Rose buat ke sejuta kalinya.
Dia memang sudah tersilap langkah. Awal-awal lagi, dia tak sepatutnya berurusan dengan Wazir dan uruskan dendamnya hanya dengan cara dia. Lihatlah rancangan untuk simbah wajah wanita sial itu tetap tak berjaya. Sekarang, kalau dia didakwa semuanya sia-sia!
Sudahlah itu, Wazir tak habis-habis mengugutnya dengan bermodalkan jenayah mereka dulu. Memang dia yang rancang tentang asid itu dan Wazir yang mencari barangnya dan orang yang akan lakukan hal itu kepada Amanda. Tapi ianya tak berjaya! Huh, Emylia yakin kalau dia yang lakukan semuanya sendiri, pasti semuanya berhasil! Tak payah upah mana-mana penyangak murahan, dia ambil yang expert terus! Dah tentu kerja teliti dan identitinya juga tak terbongkar.
Daniel sudah tahu dia ada kaitan dengan rancangan simbah asid itu dan campur tangn Daniel dalam urusan ini sangat menakutkan dia. Ya, dia takut dengan kuasa yang ada ditangan Daniel. Dia kenal lelaki itu cukup lama. Lelaki itu akan hancurkan hidup sesiapa dalam sekelip mata sahaja jika dia mahu.
Emylia bersyukur dia masih selamat sehingga kini.
Memang dia cinta mati akan Daniel, tapi dia juga tak cukup gila untuk hancurkan masa hadapan sendiri dengan bermain dengan api. Jika hanya pada Amanda dia boleh teruskan rancangannya tapi tidak bila ada Daniel.
Ish! Kenapalah dia bodoh sangat!
"Aku dah janji yang aku tak akan berhenti selagi perempuan tu tak mati,"
"Itu urusan kau, tak ada kena mengena dengan aku." Ujar Emylia. Dia mahu membuka langkah untuk beransur pergi namun belum sempat dia menjauh lengannya ditarik kasar kembali menghadap Wazir.
"Aku tak boleh buat semuanya tanpa kau."
"Ap yang tak bolehnya? Kau pergi ajelah jumpa dia lepas tu kau rodok perut dia sampai mampus! Kalau nak senang kagi kau langgar aje dia!" Suaranya sudah naik satu oktaf. Dia tahu apa maksud Wazir yang lelaki itu tak mampu buat semuanya tanpa dia...
"Aku nak duit,"
Itulah sebabnya.
"Duit apa lagi? Aku dah bayar kau habis kan?"
"Duit untuk tutup mulut,"
Emylia tertawa sinis. "Tutup mulut dari apa? Hey jantan, aku yakinlah semua orang dah tahu yang kau dan aku buat benda ni! Especially Daniel!"
"Tapi mungkin peminat kau tak tahu,"
"Kau ugut aku?"
Wazir tersenyum sinis. "Selain ugut, aku juga tak takut untuk pecahkan muka perempuan macam kau sampai hancur kalau kau mungkir janji."
Wazir beredar.
Lebih 10 tahun dia melingkup di penjara, dia tak akan lepaskan Amanda begitu sahaja. Dia akan pastikan Amanda menderita sebelum mati seperti mana dia menderita sepanjang 10 tahun ini.
Dasar perempuan tak sedar diri, kalau dia tak jaga Amanda dulu pasti Amanda sudah mati kebuluran. Lihatlah sekarang, Amanda dah berjaya, kaya dan hidup senang sedangkan dia sebaliknya.
Kalau bukan sebab Amanda, dia tak akan jadi begini.
Emylia Rose lagi seorang. Ya, dia yang mencari Emylia dan memberitahu siapa dirinya pada Emylia. Dia tahu wanita itu juta menyimpan dendam memandangkan kekasihnya dicaras Amanda. Siapa sahaja tak tahu kisah itu, ia melebar ke seluruh media sosial.

ANDA SEDANG MEMBACA
Book 4 : Seduction
RomansaMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...