28. Special Chapter (V)

56 4 1
                                    

Terlihat empat orang berpakaian Anbu yang ditutupi kain jubah labuh sedang berjalan perlahan menghampiri pintu gerbang utama desa Konoha. Keempat mereka berjalan dengan posisi dua di depan dan dua dibelakang. Di antara mereka, terdapat seorang wanita. Mereka terlihat seperti sedang mengawal wanita tersebut.

Mereka memasuki desa perlahan. Keadaan desa ketika itu sudah sedikit gelap menunjukkan hari telah malam. Walau jam menunjukkan jam 7 malam, namun ianya tak menghalang warga desa untuk melakukan perkara yang mereka inginkan. Masih terdapat warga desa yang bersiar-siar dan bahkan kanak-kanak yang berlari ke sana ke mari, mungkin ingin balik ke rumah. Mereka menuju ke satu tempat. Kedai yakiniku. Di mana semua orang berkumpul kerana hari ini adalah hari terakhir sebelum rombongan Kazekage serta Orochimaru, Jiraiya, Tsunade dan Tim Taka akan pergi ke destinasi masing-masing. Namun nantinya mereka akan kembali datang semula.

Tiba sahaja di kedai yakiniku, rombongan keempat Anbu dan seorang wanita itu langsung masuk. Suasana di dalamnya terlihat riuh dan ceria. Namun nampaknya di dalam tidak ada warga desa lain. Sepertinya kedai yakiniku itu sedang ditempah khas oleh Hokage.

"Wah wah! Tengok siapa yang baru sampai." Tegur sebuah suara. Kakashi.

Kakashi tersenyum melihat lima orang tersebut. Keempat-empat Anbu tersebut langsung menanggalkan topeng di wajah mereka.

"Tak perlu pura-pura terkejut macam tu, Sensei!" Balas salah seorang Anbu. Sakura.

"Mungkin dia tak pura-pura Sakura. Mungkin dia terkejut kerana lagi-lagi kita selamat sampai ke desa setelah menjalankan misi yang diberinya." Balas Sai tersenyum menjengkelkan.

"Atau mungkin dia terkejut sebab tak sangka akan dapat melihat wajah Hanare Nee-chan yang dicintainya. Maklumlah sudah terlalu lama tak berjumpa kan. Hanya mampu berbalas surat saja, dattebayo." Kata Naruto sedikit menyindir.

"Hei! Jangan cakap macam tu. Korang terlalu kejam." Balas Kakashi pura-pura merajuk. Namun matanya menjeling sedikit ke arah Hanare yang masih berdiri di antara keempat-empat Anbu itu.

Sebenarnya Kakashi tahu kenapa murid-muridnya itu terus menerus menyindirnya. Hal ini kerana Kakashi mengarahkan tim Tokubetsu Anbu untuk pergi ke desa Jomae di Negara Kunci bagi menjemput Hanare. Padahal ianya tidak perlu sampai mengarahkan tim Tokubetsu Anbu kerana Hanare juga seorang ninja. Sudah pasti akan mampu mempertahankan dirinya sendiri jika diserang oleh musuh ketika dalam perjalanan. Jika ingin tetap memerlukan pengawal, Kakashi bahkan hanya perlu mengarahkan tim Anbu untuk pergi. Namun nampaknya tidak boleh melakukan itu kerana Hanare bukanlah orang biasa lagi sekarang melainkan seorang yang bakal berada di sisi Kakashi sampai mati. Ya, Hanare dan Kakashi bakal bernikah. Sang Hokage keenam desa Konoha bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Tepatnya sepuluh hari lagi.

Disebabkan itulah nak tak nak, Kakashi terpaksa meminta bantuan Tokubetsu Anbu kerana sekarang Hanare adalah orang yang penting. Sementara itu, rombongan dari pihak desa Jomae akan menyusul datang nantinya. Mereka sengaja menjemput Hanare lebih awal berbanding rombongan desa Jomae, dengan alasan supaya Hanare dapat menikmati hari-harinya di desa Konoha dahulu sebelum nantinya akan sibuk dengan persiapan majlis pernikahan.

"Heh! Berhenti berpura-pura sedih, Sensei!" Kata Naruto lagi.

Berbeza dengan Naruto, Sakura dan Sai, Sasuke malah langsung tidak mempermasalahkan misi yang diberikan Kakashi itu kerana dia sangat gembira disebabkan itu adalah misi pertamanya di tim Tokubetsu Anbu.

"Hanare Nee, duduklah." Kata Sasuke sambil menarik perlahan tangan Hanare untuk duduk di samping Kakashi.

Di kedai yakiniku itu nampaknya penuh dengan orang-orang yang mereka kenali. Keluarga Minato, keluarga Fugaku, keluarga Sakura, Trio Sannin, Tim Taka ditambah Kabuto, Konoha 12, keluarga Shisui dan bahkan hampir kesemua ninja yang sama angkatan dengan Kakashi.

Naruto: The Moon With Her Sun | CWhere stories live. Discover now