Prolog

2.1K 79 0
                                    

4 tahun lepas...

1 JANUARI 2017

MARKAS PDRM FRU CHERAS, KUALA LUMPUR

BUNYI tembakan tajam terdengar di udara. Di dalam kesesakan orang ramai, Mawar sesekali cuba menjengketkan kaki, ingin melihat pertunjukan demonstrasi kawalan rapat orang kenamaan dari para operatif UTK milik Polis Diraja Malaysia.

Naik segala bulu roma saat sepasang mata bundarnya melihat kecekapan beberapa orang operatif yang terlibat dalam pertunjukan itu. Pergerakan yang tangkas saat mereka berusaha melindungi VIP benar-benar menarik minatnya untuk tidak melarikan pandangan. Kagum!

Tangkas, banteras, ganas. Tidak dapat disangkal lagi, itulah yang digambarkan dalam pertunjukan demonstrasi. Dua buah Motorrad turut mengiringi VIP. Terdapat juga kereta perisai kalis peluru muncul memberi bantuan saat musuh kelihatan semakin ganas dan agresif yang mula melepas tembakan secara bebas. Di saat beberapa musuh berjaya dijatuhkan, di saat itu juga terdengar sorakan dan tepukan dari orang ramai.

"Weh, tu! Kau nampak tak abang aku tu?" Syuhada menepuk-nepuk lengan Mawar.

Mawar kecilkan mata. Semua memakai balaclava di wajah, menyukarkannya untuk mengecam wajah salah seorang daripada mereka.

"Macam mana aku nak kenal abang kau, dah kalau semua bertutup!"

Syuhada masih terjenguk-jenguk dengan senyuman bangga tak lekang dari wajah.

"Syu, aku lapar. Jom jalan-jalan dekat foodtruck jap." Perut yang sudah meronta-ronta minta diisi dipegang.

"Hah, boleh. Aku pun lapar ni. Mereka pun dah nak habis dah tu, bolehlah jumpa dengan Abang Ri kejap lagi."

Sebelah tangan memegang gelas plastik lutsinar berisi air, sebelah lagi memegang bungkusan kertas makanan. Mata meliar mencari tempat sesuai untuk melabuhkan duduk sebentar lagi.

"Mawar! Jom, jom! Tu abang aku!"

Mawar turut berlari anak membototi Syuhada yang sedang menghampiri dua operatif.

"Fuyyo! Hebatlah abang! Abang nak air tak?"

Bahu operatif yang dikenali sebagai Bravo itu ditumbuk oleh Syuhada selamba.

Pandangan Mawar pada dua operatif yang masih bertopeng silih berganti. Selepas itu padangannya jatuh pula pada tampalan call sign yang dijahit di bahagian lengan uniform berwarna wolf grey. Okey... Bravo ni abang kepada Syuhada. Kemudian operatif yang sedikit tinggi melebihi paras kepala Bravo dipandang pula.

"Zombie?!"

Mawar kemam bibir. Terkuat pula suaranya dek terkejut membaca tampalan call sign di uniform operatif di hadapannya.

'ZOMBIE O+'

Syuhada lepas gelak. Geli hati.

Sedar akan khilafnya, Mawar tundukkan sedikit kepala tanda hormat. "Maaf, tuan." Sempat dia melirik pada sepasang mata yang seolah memberi tusukan tajam kepadanya. Liur diteguk perlahan. Pandangan dilarikan, cuba untuk tidak bertentang mata dengan operatif yang dikenali sebagai Zombie. Peluh mula merenik di dahi.

Ah, sudah! Zombie ni makan orang juga agaknya!

"Hoi! Tenung anak dara orang tak lepas!" bidas Bravo.

"Aku nak makan dia, Ri. Pegang aku, Ri." Suara garau operatif itu menggumam perlahan, mata tidak lepas merenung si gadis.

Bravo gelak lepas. Kepala Zombie ditunjal geram. "Bodoh!"

Dia, Zayn RaffaelWhere stories live. Discover now