Saya peringatkan! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Kebanyakkan tak logik di akal sihat tapi min akal tak sihat 😂
Junkyu melangkah masuk ke dalam rumahnya secara perlahan-lahan.
"Kim junkyu--"
Junkyu mendecah kesal bila papanya terlebih dahulu menyedari kepulangannya.
"Kenapa pa?" Soalnya dengan menoleh ke arah papanya.
"Dari mana?" Papa
Junkyu mendekati papanya. Mulutnya sedikit di mucungkan.
"Papa tanya. Jawab!" Papa
"Adik pergi tengok race" Jawabnya bersahaja
"Tengok atau ikut race?" Papa
"Ish papa ni. Kalau adik race buat malu 7 keturunan je. Dah tentu-tentu adik kalah" Junkyu sambil meraih tangan papanya.
"Ada saja menjawab" Papa
"Tadi bukan papa ke yang suruh jawab. Ok lah pa adik naik dulu" Junkyu memeluk papanya dan terus naik ke bilik.
"Ishh budak ni orang tak habis cakap lagi" Papanya mendecah kesal bila junkyu pergi begitu saja.
"Sambung besok pa. Goodnight" Jerit junkyu dari lantai atas.
Papanya menoleh ke arah gambar yang tergantung elok di dinding ruang tamunya.
"Tengok tu anak awak. Sebijik perangai macam awak. Macamana saya nak marah kalau ada saja jawapan dia" Bebel papanya dengan menatap gambar arwah isterinya.
"Kalaulah awak masih ada mesti rumah ni tak sunyi kan" Sambungnya lagi
"Orang suruh kawen taknak!" Jerit junkyu dari lantai atas.
Papanya ketawa kecil bila dengar junkyu mencela tak habis-habis suruhnya mencari pasangan.
Selepas habis waktu belajar junkyu ke kantin dan memesan air kegemarannya choco milk coklat.
Air yang dipesan junkyu akhirnya siap. Belum sempat junkyu menggapai airnya sudah ada tangan yang mendahuluinya.
Junkyu menoleh ke arah sosok tersebut sedang leka bermain telefon.