haruto menatap lama wajah junkyu yang sedang makan.
"Sayang awak tak makan ke?" Junkyu
"Tak sayang. Saya dah kenyang. Awak makanlah" Haruto
"Awak ada masalah?" Junkyu
Haruto menggeleng kepala.
Junkyu memegang tangan haruto.
"Saya tahu awak fikir pasal race tadi. Awak dah buat yang terbaik dah" Junkyu cuba tenangkan haruto
"Sayang sayangkan saya?" Haruto
"Kenapa tiba-tiba tanya?" Soal junkyu hairan
"Saya mintak maaf sayang saya terpaksa" Haruto
"Awak cakap apa ni? Saya tak faham lah" Junkyu
"Se se-benarnya ta ta-di.." Haruto
"Sebenarnya apa ni?" Junkyu
"Sebenarnya race tadi jeongwoo jadikan awak bet" Haruto
Junkyu yang terkejut mendengarnya terus bingkas bangun. Macam tak percaya apa yang baru saja di dengar.
"Awak terima?!" Tegas junkyu
Haruto mengangguk pelan.
Tanpa berkata apa-apa junkyu terus beranjak.
"Sa sa-----yang dengar dulu" Haruto memegang tangan junkyu tapi junkyu menepisnya.
"Tergamak awak jadikan saya bet!" Junkyu mulai mengalirkan airmata
Haruto melutut dengan rasa bersalah.
"Saya tahu saya salah. Saya rasa tercabar bila dia cabar saya" Haruto juga mulai mengalirkan airmata
"Awak rela jadikan saya bet semata-mata nak tunjuk hebatnya awak! Sekarang tengok apa jadi?!" Junkyu
"Saya mintak maaf sayang--" Haruto
"Awak dah puas dengan saya kan? Sebab tu awak tergamak jadikan saya bet" Junkyu
"Tak sayang. Saya betul-betul cintakan awak. Sumpah saya tak pernah terfikir untuk main-mainkan sayang" Haruto
"Kalau awak sayang saya, awak takkan tergamak lah bagi orang lain sentuh bf awak Haruto! Saya kecewa dengan awak!" Junkyu
Junkyu beranjak pergi tapi haruto bangun dengan cepat memeluk junkyu.
"Saya mintak maaf sayang. Saya tahu saya salah. Jangan tinggalkan saya. Pasal jeongwoo tu dia dah cakap dia takkan sentuh awak" Haruto
"Kenapa awak yakin dengan apa dia cakap!" Junkyu
"Dia takkan sentuh sayang kalau sayang datang dekat dia sendiri. Sebab tu saya mintak sayang pergi dekat dia supaya dia tak buat bukan-bukan dekat sayang." Balas haruto lagi
"Ni kerja gila lah watanabe haruto!" Junkyu terus mendorong tubuh haruto dan terus masuk ke bilik
Haruto masuk ke bilik melihat junkyu menggapai beg nya.
"Sayang nak pergi mana?" Haruto menahan junkyu
"Saya sekarang bukan milik awak kan?! Buat apa saya stay sini! Ini yang awak nak kan?! Awak jangan menyesal!" Tegas junkyu dengan airmatanya mengalir deras. Junkyu terus keluar.
"Sayang---" Haruto memegang tangan junkyu lagi tapi masih sama junkyu menepisnya. Haruto betul-betul menyesal jadikan junkyu sebagai bet. Sebelum ni dia tak pernah kalah dengan jeongwoo, itu sebab dia berani buat taruhan.