𝙿𝚛𝚘𝚕𝚘𝚐.

83 3 1
                                    

  Johor, 7 tahun lalu.

Suasana kafe yang dipenuhi rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu dihiraukan. Masing-masing sibuk menguruskan diri sementara si jejaka sibuk dengan komputer ribanya.

Secawan kopi dihulurkan oleh seorang gadis. Najmi Raihan lantas mengangkat kepala dan menyambut huluran tersebut bersama senyuman kecil.

“Terima kasih,” ucap Najmi, ikhlas.

“Sama-sama,” balas Julia lalu melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan dengan Najmi.

“Mana Iffat dengan Khai?” Soal Najmi sementara tangannya lincah menari di papan kekunci.

“Hai,” serentak itu, Iffat dengan Khai tiba dan terus melabuhkan duduk mereka di kerusi kosong. Panjang umur.

“Kau buat apa, Mi?” Tanya Khai yang hairan dengan perbuatan Najmi itu.

“Aku tengah cari dia. Dah habis sekolah, aku buat keputusan nak cari dia,” balas Najmi tanpa memandang Khai.

Mereka yang sudah mengerti siapa si dia hanya mengangguk. Hampir setiap hari Najmi akan menyebut nama si dia jika mereka melepak.

“Sumpahlah? Habis tu, arahan papa kau macam mana? Bukan dia nak kau ke yang urus syarikat dia nanti lepas habis sekolah?” Soalan bertalu-talu daripada Julia yang menayangkan muka tidak puas hatinya. Tudung sekolah ditolak merapat ke leher kerana panas.

“Yang tu memang aku ikut. Tapi, bila aku lapang, aku akan cari keberadaan dia,” jawab Najmi yang masih tidak mengangkat pandangannya.

“Jadi, kau akan jarang lepak dengan kita orang lah nanti?” Tanya Julia yang sememangnya tidak berpuas hati.

“Bukanlah macam tu. Aku masih lepak cuma hm,” Najmi memandang Julia. Ayatnya dibiar tergantung hingga membuat Julia mengeluh.

‘Sayang sungguh Julia dengan persahabatan ni,’ fikir Najmi.

“Kau nak cari dia sampai bila?” Soal Iffat selepas menyedut air coklat yang dihantar oleh pelayan tadi.

“Sampai aku jumpa dia,” jawab Najmi dengan yakin.

“Kalau tak jumpa?” Soal Iffat lagi. Ingin mendengar jawapan daripada Najmi benar-benar ikhlas atau tidak.

“Jumpakan. Usaha tidak mengkhianati hasil, kan?” Najmi mengangkat sedikit bahunya dan memandang satu per satu muka sahabatnya bersilih ganti.

Khai dan Iffat mengangguk lambat manakala Julia kembali menyedut air minumannya bersama wajah yang tidak berpuas hati.

Good luck, bro,” Khai memberi semangat seraya menepuk bahu Najmi dua kali.

“Semoga jumpa. Dah lama kan kau nak jumpa dia? Harapnya usaha kau tak sia-sia,” Iffat tidak terlepas memberi semangat. Senyuman ikhlas dihadiahkan.

“InsyaAllah, aamiin. Doakan aku. Terima kasih,” balas Najmi dengan hati yang tersentuh. Bersyukur dapat sahabat yang saling menyokong.

Julia yang sambung menyedut air minumannya dipandang kosong. Senyuman kelat terukir di bibir melihat sahabat perempuannya begitu.

Najmi dan Julia baru habis sekolah. Atau lebih tepat, baru selesai menjawab kertas SPM yang terakhir. Manakala, Khai dan Iffat baru pulang dari kerja.

Jika dia dan Julia berumur 17 tahun, Khai berumur 18 tahun dan Iffat pula berumur 19 tahun. Jarak umur yang tidak terlalu jauh.

Persahabatan mereka pun terjalin kerana mereka telah berkawan sedari kecil. Kawasan perumahan mereka dulu hanya dibingitkan dengan suara-suara kami dahulu.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮𝐫 𝐑𝐮𝐡𝐢 || OG ||Where stories live. Discover now