[ 𝙱𝚊𝚋 6 ]

11 1 0
                                    

Zip bagasi bersaiz sederhana ditutup lalu diangkat untuk diturunkan ke bawah katil. Kemudian, bagasi itu ditarik keluar dari biliknya dan bergerak ke ruang tamu.

"Han! Dah siap ke?" Soal Tuan Fairuz dengan nada yang sederhana kuat seraya memakai jam tangannya.

Puan Rafiqah membetulkan pakaian Tuan Fairuz agar terletak kemas. Pandangan ditajamkan untuk melihat kedutan di kemeja suaminya. Anggukan jatuh sekali selepas memastikan tiada kedutan di kemeja.

"Sudah, daddy. Han dah bersiap kacak-kacak seperti bayi yang keluar dari rahim mummy," Najmi masuk bakul angkat sendiri. Bagasi ditinggalkan di tepi tangga terlebih dahulu lalu mendekat ke arah ibu bapanya.

"Cis, perasannya anak mummy ni," Puan Rafiqah memusingkan bebola mata dan tertawa kecil.

"Anak Tuan Fairuz, kan?" Sang ayah juga dipalit sama. Mencerlung Tuan Fairuz memandang Najmi yang hanya menayangkan senyuman kerang busuknya.

"Cepatlah. Nanti lambat pula nak sampai. Sudahlah lama perjalanan dari Johor ke Terengganu," ujar Tuan Fairuz. Serentak mereka bergerak ke pintu utama untuk memakai kasut.

Najmi menyarungkan kasutnya kemudian meletakkan bagasi di dalam bonet kereta. Bagasi Tuan Fairuz juga tidak ketinggalan.

"Hati-hati bawa kereta tu, Han. Jangan laju sangat," pesan Puan Rafiqah risau. Panahan kerisauan ditujukan kepada Najmi.

Najmi menyalam tangan Puan Rafiqah dan mengucupnya. "Insya-Allah, mummy. Mummy pun hati-hati duduk rumah. Jaga diri."

"Iyalah. Ada dua orang lagi adik kamu tu. Dia orang boleh jaga mummy. Mummy pun boleh jaga diri," kata Puan Rafiqah bagi menutup kerisauan dalam hati Najmi. Puan Rafiqah mencium dahi anaknya sekali.

Najmi membalas dengan mencium dahi dan pipi Puan Rafiqah. Dia memeluk Puan Rafiqah kejap.

Najmi bergerak ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Lebih tepat, dia memberi ruang untuk ibu bapanya bermesra sebelum meninggalkan masing-masing buat sementara waktu.

Alhamdulillah. Berkat pujukannya dan Tuan Fairuz, Puan Rafiqah melembutkan hati juga untuk membenarkan dia menetap di Terengganu serta membenarkan Tuan Fairuz untuk mengikut Najmi.

"Bismillah," ucap Najmi lalu mereka berdua mula membaca doa naik kenderaan.

"Mummy dah bagi keizinan ni, guna elok-elok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mummy dah bagi keizinan ni, guna elok-elok. Buktikan yang Han betul-betul bekerja. Tunjukkan yang Han boleh berjaya. Jangan main-main dah," pesan Tuan Fairuz serius. Wajah Najmi yang tenang memandu ditatap sekejap.

"Baik, daddy. Han akan buktikan," balas Najmi yakin. Azam ditanam di dalam dada. Kata-katanya dipegang oleh Tuan Fairuz.

"Han dah besar. Dah tahu buat pilihan yang tepat. Fasal jodoh tu, daddy tak kisah mana. Asal kamu suka, daddy okey aje. Tapi, sebelum nak halalkan anak dara orang, Han kena ada komitmen yang kukuh."

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮𝐫 𝐑𝐮𝐡𝐢 || OG ||Where stories live. Discover now