[ 𝙱𝚊𝚋 7 ]

13 1 0
                                    

Setelah memarkir kereta dengan sempurna, Najmi dan Tuan Fairuz serentak keluar dari perut kereta.

Tenang dan penuh keyakinan mereka berjalan ke arah medan selera. Sudah jam 2 petang dan mereka baru tiba di bumi Terengganu.

Singgah makan dan solat di surau berdekatan sebelum mereka kembali memandu ke rumah Najmi yang telah dibeli beberapa minggu lalu.

Daddy nak minum apa?” Sempat Najmi menyoal Tuan Fairuz sebelum Tuan Fairuz berlalu mengambil makanan.

“Kopi panas,” balas Tuan Fairuz ringkas dan bergerak ke hadapan lauk-lauk yang membuatnya terkecur liur.

“Kopi panas dan sirap ais,” pesan Najmi kepada remaja lelaki yang bekerja sebagai pelayan itu.

“Okey. Terima kasih, bang,” ucap remaja itu dan berlalu pergi selepas menerima anggukan kecil daripada Najmi.

“Dah, Han pergilah. Daddy dah ambil lauk,” arah Tuan Fairuz selepas melabuhkan duduk di hadapan Najmi bersama pinggan yang sudah dipenuhi oleh lauk.

Najmi bangun untuk bergerak mengambil makanan tengah harinya. Ketika dia sedang memilih lauk, seseorang menegurnya.

“Datang melancong ke?” Soal jejaka tinggi lampai yang turut mengambil lauk di sebelahnya.

“Eh, tak adalah. Urusan kerja,” balas Najmi ramah. Senyuman jejaka itu dibalas sopan.

“Ouhh, kerja sini. Kerja apa?” Tidak tahu terlebih ramah atau sengaja ramah. Riak wajah jejaka itu sukar dibaca namun Najmi tetap membalas mesra.

“Kerja syarikat aje. Banyak ambil lauk,” tegur Najmi selepas memandang pinggan jejaka itu sekilas. Demi menghilangkan rasa awkward, dia menebalkan muka untuk berbual.

“Allah. Lauk kedai ni sedap. Asli Terengganu,” jejaka itu tertawa kecil.

Najmi ikut ketawa lalu bergerak ke mejanya untuk menyambung makan. Benar kata jejaka asing tadi, lauk-lauk yang diambil amat sedap.

Licin pinggannya dan Tuan Fairuz. Sangat berbaloi. Lain kali mereka akan mengunjungi medan selera itu.

Daddy pergi dekat kereta dulu ye,” pamit Tuan Fairuz selepas membasuh tangannya. Barang-barangnya di atas meja dibawa bersama.

Najmi tercengang memandang Tuan Fairuz yang berlalu pergi. 'Makan percuma nampak.'

Kepala digeleng sekali. Nasib bapa sendiri. Kalau tidak memang dia suruh bayar sendiri tadi.

Tuan Fairuz bergerak ke arah kereta berjenama milik Najmi. Baru saja ingin membuka pintu, seseorang menegurnya. Serentak, kepalanya berpaling ke arah punca suara.

“Assalamualaikum, Tuan Fairuz, kan?” Soal Adeeb ingin memastikan tekaannya. Dari tadi dia memerhati Tuan Fairuz. Apabila Tuan Fairuz berseorangan, baru dia memberanikan diri untuk menegur.

“Waalaikummussalam. Adeeb, kan?” Soal Tuan Fairuz semula. Dia ingat-ingat lupa dengan anak muda yang seorang ini.

Mendengar soalan daripada Tuan Fairuz, sah tekaannya tepat. Adeeb berjabat tangan dengan Tuan Fairuz bersama senyuman.

“Haah. Tuan apa khabar? Sihat?” Adeeb mula menanyakan khabar.

Sudah lama tidak nampak, pastilah bertukar khabar. Hampir 7 tahun juga mereka tidak bersemuka. Mujur saja Tuan Fairuz masih mengingatnya.

“Tak payahlah bertuan-tuan. Panggil pakcik cukuplah. Alhamdulillah, sihat. Adeeb macam mana?” Tanya Tuan Fairuz kembali. Lama sangat menunggu Najmi menghabiskan makanannya. Lebih baik dia berbual sebentar.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮𝐫 𝐑𝐮𝐡𝐢 || OG ||Where stories live. Discover now