[ 𝙱𝚊𝚋 8 ]

10 1 0
                                    

“Duduklah dulu, Adeeb, Aryan. Kita sembang-sembang dulu. Lama tak jumpa, banyak nak tanya ni,” seloroh Tuan Fairuz seraya mempelawa Adeeb dan Aryan untuk duduk di sofa.

Najmi dan Tuan Fairuz juga melabuhkan duduk. Kemudian, barulah Aryan dan Adeeb duduk sambil tertawa kecil mendengar kata-kata Tuan Fairuz.

“Ceritalah sikit fasal kehidupan kamu sekarang, Adeeb,” arah Tuan Fairuz memandangkan dia lebih rapat daripada Adeeb berbanding Aryan.

“Haah, Deeb. Ceritalah. Aku pun nak tahu,” Najmi tidak terlepas menambah apabila melihat Adeeb seakan teragak-agak ingin bercerita.

“Tak ada apa sangat pun. Lepas habis belajar dengan si Aryan ini, kita orang terus buka tahfiz. Ada lagi seorang kawan kita orang tapi dia bantu ustaz urus tahfiz di Johor,” cerita Adeeb ringkas. Bahu tegap Aryan ditepuk dua kali ketika menyebut namanya.

Aryan hanya senyum segaris.

“Ouh, ye? Tahfiz lama Adeeb tu ke?” Soal Tuan Fairuz. Ingatannya kuat walaupun sudah bertahun-tahun perkara itu.

“Haah. Tahfiz itu. Sebulan sekali, dia datanglah lawat, urus apa yang patut dan kenal-kenal keluarga kita orang berdua,” sambung Adeeb tenang. Senyuman diukir di bibir.

“Aryan? Macam mana boleh rapat dengan Adeeb? Kita berkenalan hari ni,” Aryan pula menjadi sasaran Tuan Fairuz. Tersentak pula apabila namanya disebut.

Halkum bergerak menelan air liur sebelum membalas. “Macam mana boleh rapat dengan Adeeb, eh? Dulu pernah satu tahfiz lepas itu jumpa balik waktu sambung belajar. Dari situ mulalah rapat.”

“Ouh, macam tu. Faham. Jadi, sekarang kau orang urus tahfiz ajelah?” Najmi pula mengambil alih menyoal Adeeb dan Aryan.

“Tak, aku ada kerja lain. Tapi, itu tak selalu. Hal peribadi,” Adeeb senyum kecil selepas itu.

Terangguk-angguk Najmi mendengarnya. Tidak berniat ingin bertanya lebih memandangkan Adeeb telah mengatakan yang perkara itu adalah hal peribadinya.

“Aku pula, akan ada kerja kedua. Ambil alih syarikat keluarga. Tapi, buntu sikit sebab baru nak mula,” Aryan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak boleh menolak permintaan ayahnya. Memang dia saja waris yang perlu meneruskan legasi syarikat itu.

“Eh, boleh belajar. Najmi ada ni ha. Boleh belajar dengan dia,” tanpa isyarat, Tuan Fairuz terus menyebut nama anaknya.

Terbatuk Najmi apabila namanya disebut. Dada diurut sedikit. Perit pula rasanya.

“Kau okey tak, Najmi?” Gelabah Aryan melihat Najmi itu. Belakang Najmi diusap perlahan.

“Baru sebut sekali, Han. Takkan lah dah tersedak?” Perli Tuan Fairuz seraya membetulkan duduknya. Kepala tergeleng melihat Najmi.

“Tak adalah, daddy. Ehem, betullah apa yang daddy aku cakap tu. Aku boleh aje ajar kau, bantu apa yang patut,” ujar Najmi dengan senyuman yakinnya. Bungkusan snek yang sempat dibeli sebelum tiba tadi, dibuka. Snek itu dikunyah tenang.

“Ya Allah, terima kasih sangat-sangat, Najmi, pakcik. Semoga urusan pakcik dan Najmi dipermudahkan,” ucap Aryan dengan senyuman lebar hingga menampakkan lesung pipitnya.

“Allahuakbar, aamiin,” balas Tuan Fairuz dan diikuti oleh Najmi serta Adeeb.

Daddy nak pergi tengok kawasan rumah kamu dulu. Kau orang, boraklah duku,” Tuan Fairuz lantas bangun dan bergerak ingin mengelilingi rumah. Najmi hanya menghantar Tuan Fairuz dengan panahan matanya.

“Kenapa tanya fasal kita orang pula ni? Patutnya tanya fasal kau. Macam mana keluarga kau sekarang?” Soal Adeeb yang teruja ingin mendengar perjalanan hidup Najmi akhir-akhir ini.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮𝐫 𝐑𝐮𝐡𝐢 || OG ||Where stories live. Discover now