[ 𝙱𝚊𝚋 11 ]

7 0 0
                                    

Kereta BMW M8 Competition hitam diberhentikan di dalam kotak parkir. Najmi keluar dari keretanya dengan tenang.

Bangunan tinggi di hadapanya dipandang. Hampir tertutup matanya kerana cahaya matahari mengganggu pemandangannya.

Tanpa menunggu lama, Najmi mula melangkah untuk masuk ke dalam bangunan tersebut.

Setiba di hadapan pintu utama bangunan tersebut, Najmi meliarkan pandangan mencari seseorang.

Manusia-manusia yang ke hulu ke hilir membuat kerja masing-masing menyukarkan Najmi untuk mencari orang itu.

Beberapa detik kemudian, Najmi telah menjumpai gadis yang dicari. Hanya gadis itu saja yang memakai skirt labuh tanpa jemu.

Bagai dapat merasai pandangan Najmi, gadis itu mengangkat pandangannya dari memandang kertas kerja di tangan.

Mereka membalas senyuman sebelum Najmi datang mendekat. Najmi memasukkan kedua tangannya ke dalam saku seluar. Mata diliarkan ke seluruh lobi bangunan itu.

“Macam mana semua? Ada apa-apa masalah tak?” Soal Najmi tanpa memandang Ainul.

“Alhamdulillah. Buat masa ini, semua berjalan dengan lancar. Mungkin sempat siap sebelum eta masa yang kita jangkakan itu,” balas Ainul seraya membelek helaian kertas di tangannya.

“Okey, bagus. Apa aje yang dah selesai?”

“Lobi hampir 90 peratus. Aras satu hingga aras 20, baru 50 peratus. Itu angka yang baik sebab kita baru mula tiga hari lepas,” balas Ainul sambil menenangkan Najmi. Risau Najmi hairan dengan kenyataan tersebut.

“Kalau awak dah cakap macam itu, okeylah. Terima kasih sebab sudi tolong saya untuk lakukan semua persiapan ini,” ucap Najmi ikhlas. Gadis yang rendah daripadanya itu dipandang dengan senyuman kecil.

“Tak ada apalah, bos. Bos perlukan bantuan, saya tolong. Memang itu kerja setiausaha, kan?” Bicara daripada Ainul membuatkan Najmi tertawa kecil.

“Ouh, ye. Fasal setiausaha baru itu. Dah jumpa ke siapa yang akan jadi setiausaha itu?” Soal Najmi. Itu tujuan kedua dia datang ke sini.

“Tentang setiausaha baru itu, saya dah dapat beberapa orang. Nanti saya uruskan tarikh temu duga mereka,” balas Ainul sopan.

Najmi hanya mengangguk. Deringan telefon kedengaran. Tetapi telefonnya ditinggalkan di dalam kereta kerana dia hanya berniat ingin singgah sebentar sahaja.

Ainul kalut mencari telefon bimbitnya. Hampir terjatuh kertas-kertas yang dipegang jikalau Najmi tidak membantu.

“Terima kasih, bos. Maaf ye. Ada orang telefon pula,” Ainul menghadiahkan senyuman kerang busuk buat bosnya.

Najmi hanya menggeleng pasrah. Sudah masak dengan perangai clumsy Ainul. Sudah lima tahun Ainul bekerja dengannya dan mereka juga sebaya.

“Assalamualaikum, Tuan Fairuz,” sapaan daripada Ainul menarik minat Najmi apabila nama ayahnya disebut.

Ainul diam dan tekun mendengar kata-kata daripada Tuan Fairuz.

“Senarai nama? Ada, ada. Sekejap ya tuan,” telefon diberikan kepada Najmi sebentar.

Kertas-kertas di tangan Najmi tadi bertukar tangan. Ainul membelek kertas tersebut, mencari apa yang diminta oleh Tuan Fairuz.

Sekali lagi, telefon dan kertas-kertas bertukar tangan. Najmi terpinga-pinga melihat Ainul. Ainul melayannya seperti dia pula setiausaha.

“Ada, tuan. Tuan nak ambil dia terus, ya?” Ainul mula menyoal Tuan Fairuz.

“Okey, boleh. Nanti saya hantar mesej pada dia. Kalau ada apa-apa, nanti saya tanya bos ajelah,” Najmi hanya menanti dengan sabar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 18 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮𝐫 𝐑𝐮𝐡𝐢 || OG ||Where stories live. Discover now