[ 𝙱𝚊𝚋 4 ]

14 1 0
                                    

Suasana sibuk di lebuh raya langsung tidak menganggu kerja Najmi. Tingkap yang kalis bunyi serta kedudukan pejabat yang tinggi daripada daratan mampu membuat Najmi bekerja dengan penuh fokus.

Bertukar-tukar pandangan serius Najmi antara fail hitam dan komputer di atas meja. Kerutan dahi yang segak terbentuk menemani pekerjaannya. Pen hitam tidak terlepas dari tangannya.

Sesekali pen disangkut di atas telinga bersama otak yang ligat berfikir strategi perniagaan. Kemudian, jari-jemari pula menyambung dengan menari laju di atas papan kekunci.

Kepala terangguk-angguk dek berjaya menemukan jawapan dari setiap persoalan di dalam otak.

BAM!

Ketenangan diganggu secara tiba-tiba. Sontak kepala diangkat dan memandang pintu pejabat yang dirempuh dengan tepat. Kelihatan seorang gadis dan pembantunya di muka pintu.

“Encik. Maafkan saya. Saya dah bagitahu dia yang encik tak terima tetamu tapi dia... Err...,” tergagap-gagap Ainul meminta maaf dan menerangkan. Muka terbias rasa bersalah yang bersilih ganti memandang Najmi serta gadis angkuh disebelahnya.

“Tak apa, Ainul. Awak boleh sambung kerja awak. Jangan tutup pintu. Terima kasih,” tenang Najmi membalas. Senyuman kecil diberikan kepada Ainul selepas berterima kasih.

“Sama-sama,” Ainul kembali ke tempatnya selepas menunduk hormat sedikit.

Najmi kembali menulis dan menghiraukan gadis yang berpeluk tubuh memandangnya. Mulut memuncung apabila Najmi tidak mempelawanya.

Najmi mengabaikan kerana dia tahu yang gadis itu hadir tidak diundang dan hanya ingin mengacaunya. Pandai-pandailah gadis itu menguruskan dirinya sendiri. Najmi tiada kuasa ingin melayan.

Seriously, Najmi? You buat bodoh aje I berdiri dekat sini? Tak nak pelawa I?” Bertubi-tubi gadis itu bertanya dengan muka tidak percayanya. Lenggok tangan disertakan sekali.

“Ikut kaulah, Julia,” balas Najmi ringkas tanpa memandang Julia. Dia sungguh sibuk saat ini. Tiada masa ingin melayan sifat keanak-anakan Julia.

“Ergh!” Julia menghentakkan kakinya sekali bersama bebola mata yang diputarkan ke atas. Dia berjalan mendekati dan menarik kerusi di hadapan Najmi untuk melabuhkan duduk.

You tak nak tengok I langsung ke, Najmi Raihan?” Soal Julia setelah meredakan moodnya tadi.

Dia tahu daripada tadi Najmi langsung tidak memandangnya. Penat dia bersiap cantik-cantik ingin bertemu Najmi.

“Aku sibuk, Julia. Tolong jangan kacau,” mudah Najmi membalas tanpa nada. Jujur, itu bukan jawapan sebenar.

Dia hanya ingin menjaga pandangannya dari melihat Julia yang berpakaian tidak cukup kain. Hairan Najmi dibuatnya melihat perubahan drastik Julia. Dari bertudung kepada tidak bertudung. Terbalik.

Fine, I tak kacau you. I bagi you buat kerja you. Nanti hujung minggu baru you dapat bercuti dengan tenang, kan? Jom keluar hujung minggu ni, Han,” ajak Julia dengan muka terujanya.

Bersinar-sinar matanya memandang Najmi dan berharap jawapan daripada Najmi sama dengan jawapan yang ditunggu-tunggu.

“Aku ada kerja. Kau ajaklah Khai dengan Iffat,” Najmi tidak membohong. Dia benar-benar ada kerja. Kerja sambil bercuti lebih tepat. Di Terengganu!

You ni layan I macam nak tak nak aje! Kenapa? You ada masalah ke?” Prihatin tetapi gedik nada suara Julia. Tangan bergerak ingin mengusap tangan Najmi yang berada di atas meja itu. Seakan ingin memberi keselesaan kepada Najmi untuk meluah.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮𝐫 𝐑𝐮𝐡𝐢 || OG ||Where stories live. Discover now