[ 𝙱𝚊𝚋 3 ]

14 1 0
                                    

Najmi membuka pintu rumah agam dan menutupnya kembali. Hari yang memenatkan. Mesyuarat tanpa henti. Najmi menghela nafas perlahan.

Sosok ibu bapanya di halaman belakang menarik perhatiannya. Ada perkara yang ingin dibincangkan. Tetapi, rumah yang sunyi itu menghairankannya. Selalunya ada kelibat adik bungsunya keliling rumah.

“Assalamualaikum, daddy and mummy,” tegur Najmi seraya melabuhkan duduk di kerusi batu.

“Waalaikummussalam,” jawab Tuan Fairuz dan Puan Rafiqah serentak. Senyuman dihadiahkan buat anaknya.

“Han ada perkara sikit nak bincang,” Najmi memulakan perbincangan. Dia memandang Tuan Fairuz dan Puan Rafiqah bersilih ganti.

“Han nak kahwin ke?” Laju saja si ibu bertanya, memotong percakapan Tuan Fairuz.

“Bukanlah, mummy. Perkara lain.”

“Apa dia, Han? Macam serius aje perkara itu,” Tuan Fairuz memberi peluang untuk Najmi berkata. Duduknya dibetulkan terlebih dahulu.

“Han kena pindah Terengganu,” bukan meminta izin tetapi lebih kepada ayat penyata. Silih ganti dia melihat reaksi ibu bapanya.

“Kenapa? Berapa lama? Duduk sana terus ke?” Bertubi-tubi Puan Rafiqah menyoal Najmi. Satu per satu anak-anaknya kian menjauh daripadanya. Ibu mana aje tidak sedih.

“Awak ini pun. Satu-satulah tanya tu,” tegur Tuan Fairuz kepada isterinya. Kenal benar sikap isterinya yang overprotective itu.

Abang sulung Najmi, Fahad. Ketika Fahad ingin pindah ke Kuala Lumpur juga disoal dengan pelbagai soalan. Walhal, atas urusan kerja juga.

“Kenapa? Kan bina cawangan baru dekat sana. Bawah nama Han. Jadi, Han kena pantau dan majukan syarikat itu dari kosong. Berapa lama, itu tak pasti. Mungkin lama. Buat masa terdekat ni, Han duduk sana. Nanti Han cari rumah,” panjang Najmi menerangkan pada ibu bapanya dengan yakin. Wajah yakin juga tidak ketinggalan.

“Serius, Han? Kamu pun nak ikut juga jejak abang kamu ke?” Nada marah yang terselit kesedihan si ibu.

Mummy. Atas urusan kerja juga. Bukan saja-saja,” Najmi tidak berputus asa meyakinkan Puan Rafiqah.

Puan Rafiqah lantas bangun meninggalkan dua beranak di luar. Sudah tidak menoleh ke belakang lagi. Dia lebih mengikut emosinya.

Najmi hanya memandang pemergian Puan Rafiqah dengan perasaan serba salah. Nafas dihela sekali.

“Tak apalah. Nanti daddy pujuk mummy kamu. Mak mana aje tak sedih nak berjauhan dengan anak dia. Kamu teruskan aje,” pujuk Tuan Fairuz seraya menepuk bahu tegap anaknya perlahan.

“Amanah kamu macam mana?” Najmi tersentak dengan pertanyaan Tuan Fairuz itu. Terlupa pula tentang amanah yang ditinggalkan oleh arwah suatu ketika dahulu.

“Tak tahulah. Macam dah tak ada harapan nak selesaikan amanah itu, daddy,” luah Najmi yang mula menundukkan wajahnya.

“Habis tu, Han nak menyerah?” Soal Tuan Fairuz tajam. Anaknya itu dipandang serius.

Najmi hanya diam, tidak menjawab. Dia sudah buntu apa yang harus dikatakan.

“Dalam Islam, amanah adalah tuntutan Iman. Lawannya adalah khianat. Salah satu ciri kefakiran. Seorang yang amanah akan berusaha untuk memenuhi janji-janji mereka,” Tuan Fairuz sudah membuka nasihatnya.

Jujur nasihat yang Tuan Fairuz berikan dapat menjetik hati kecil Najmi.

“Sabda Rasulullah s.a.w yang menegaskan tentang amanah.

𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐭𝐮𝐫 𝐑𝐮𝐡𝐢 || OG ||Where stories live. Discover now