⭐ BAB 9 ⭐

2.7K 141 26
                                    

Suasana restoran itu sedikit lenggang bila waktu makan tengahari sudah berlalu,
Saat ini jam sudah menunjukkan angka tiga petang.

Selepas berfikir sedalam dan sehalus hatinya.Hari ini,duduk di kerusi restoran mahal ni bersama gelodak hatinya bercampur baur.

Kenangkan perbualan dengan maknya Hajah Kalsom awal pagi semalam makin buatkan Khair terdesak sekarang ini.

"Abah kerap demam sekarang.Baru balik hospital lagi ni..sesak nafas.Dokter cakap kena buat operation cepat."- Hajah Kalsom

Keluhan dilepaskan perlahan-lahan.

Melihat pesanan balas wanita itu beberapa jam lalu.

"Wait for me at Helcon Restaurant at 3pm."

Menunggu gerangan wanita yang membuat tawaran padanya beberapa hari lalu dengan hati yang tidak tenang.

Seketika..

Pintu kaca restoran itu ditolak dari luar.

kelihatan wanita yang di tunggu sejak tadi menapak perlahan ke arahnya bila mereka saling berpandangan.

Seperti beberapa hari lalu masih sama riak wajah itu.

Cantik,kemas dan tenang.

Melihat langkah kaki itu menapak ke arahnya dengan langkah yakin dan teratur.

Namun bila melihat pakaian yang tersarung ditubuh langsing itu buatkan jantung Khair perlu bekerja lebih.

Mak aii seksi betui..Astaghfirullahal'azim.

Dress berona baby blue,separas betis dengan potongan square neck dileher buatkan luruh dada wanita itu kelihatan jelas.

Dibahagian kaki pula terdapat belahan yang menampakkan paha wanita itu setiap kali melangkah.

Istighfar tetapi matanya Khair masih juga melirik pada wanita itu.

Dasar lelaki!!

Ilya melabuhkan duduk di sofa bertentangan dengan Khair.Kakinya disilangkan buatkan belahan di pahanya makin jelas dimata Khair.

Khair terpaksa mengalihkan pandangan ke arah lain seketika.

Gugup jantung.

"Turunkan kaki." ujar Khair sedikit kalut suaranya itu.

Ilya yang melihat lelaki itu berkerut dahi.

Melihat pada telinga lelaki itu yang mulai kemerahan dan wajah dipaling ke tepi begitu.

Lalu Ilya turunkan juga kakinya.

Dibetulkan belahan dressnya itu.

Orang belanja,tengok jela..acah ke ni🙄

"Ada apa you nak jumpa I." tanya Ilya terus

Sempat di panggil pelayan.Mahu membuat pesanan.Lapar.

"Pasal tawaran haritu.Masih available?."
Mula alihkan wajah memandsng Ilya.

Sambil dua tangannya ditaut erat.

Gelisah.

"Oder dulu.I lapar." ujar Ilya melihat menu di tangan dengan mata bersinar.

Terakhir kali makan petang semalam.
Sudah satu hari belum makan cuma minum air dari pagi.

Sibuk sungguh.

"Fettuccine alla papalina and one ais lemon tea.You nak apa?." oder Ilya pada pelayan yang berdiri sejak tadi.

ILYA UMARA: SEADANYA DIRIMU (C) EDITINGWhere stories live. Discover now