⭐ BAB 15 ⭐

3.5K 174 17
                                    

Melangkah beriringan sambil lengan sepupunya itu di pegang sedikit.Ruang lobi dewan hotel berkenaan kelihatan ramai kelibat manusia dari golongan kenamaan dan ahli perniagaan.

Sempat bertegur sapa dengan beberapa kenalan dan mula berjalan masuk.

"Aku nervous la Kir." ujar Ilya berbisik.

"Aiii pelik.Selalu kau yang paling tenang." balas Fakir dengan dahi berkerut.

"Aku tak suka betul bila ramai macam ni,nak nak orang tua gatal" ujar Ilya selamba.

Bila majlis begini selalunya ahli perniagaan akan cari peluang kerjasama dan plan kembangkan bisnes.Ilya salah satunya.

"Relax,sekejap je ni.Aku escort kau harini." ujar Fakir sambil berjalan tenang dengan sut lengkap di badan.Kemas seperti orang korporat.

"Aku tak nak lama sangat.Tunjuk-tunjuk muka je ni." Balas Ilya saat duduk di kerusi yang sudah diletakkan namanya.

"Kau patut bawa Khair.Baru tak kena usik.Orang dekat sini kebanyakan tahu kita berdua sepupu." ujar Fakir berbisik.

"Aku takut dia tak nak.Lagipun aku belum sedia nak bagitahu umum yang aku dah kahwin." ujar Ilya sambil melihat ke pentas.

Kelihatan majlis sudah di mulakan.Pengarah urusan Elfra itu sedang memberikan ucapan.

"Tak lama lagi mesti kecoh jugak Lya.Waktu tu media akan cari kau." ujar Fakir perlahan.

Ilya Umara itu dikenali sebagai usahawan wanita yang berjaya.Berita dan desas-desus mengenainya akan mendapat perhatian media.

Mendengar kata sepupunya itu Ilya mengeluh.
Bersetuju dengan Fakir.

Agak lama duduk dan mula makan,suasana majlis mulai santai bila para tetamu mula menjamu selera dan berbual.Ada yang sudah mulai bangun dan menyapa kenalan.

"Aku jumpa Zen sekejap." ujar Fakir mula bangun.

"Okey,jangan lama.Aku nak balik kejap lagi." balas Lya sibuk pencuci mulutnya.

English triffle dan panna Cotta jelly.

Seketika ralit mengunyah sambil telefon di skrol.

"You masih sama.Suka desserts Lya."

Kedengaran suara garau menyapa lalu duduk di bangku Fakir tadi.

Ilya mengangkat wajah,melihat sekilas lelaki itu.

"Tak salah kalau masih suka makanan sama."Balas Ilya tenang.

"Ye betul la tu.Nice to meet you Ilya Umara.Sihat?." ujar Taufik dengan senyuman manis.

Agak lama tidak berjumpa dan melihat wanita yang pernah singgah dihatinya itu.Menghilang terus selepas mereka berpisah dahulu.Media sosial pun tidak aktif.

"Sihat."Balas Ilya sepatah.

Tidak terasa mahu berbual.

"Since kita jumpa semula,i agak kita boleh berbaik dan berkawan semula." ujar Taufik masih melihat wanita itu lama.

Lain dari Ilya yang dulu.Ilya yang dulu nampak innocent dengan kaca mata.Berpakaian sederhana dan sopan.Manakala yang di depannya sekarang ini berubah 360 darjah.

Mujur terdengar bisikan rakan niaga sebentar tadi Jika tidak,dia juga tidak menjangka ini Ilya Umara yang dia kenali dulu.

"I agak tak kut.I ada dekat sini sebab jemputan bukan sebab nak berbaik dengan you." balas Ilya sambil membetulkan rambut.

ILYA UMARA: SEADANYA DIRIMU (C) EDITINGWhere stories live. Discover now