⭐ BAB 17 ⭐

2.6K 163 6
                                    

Lepas habis kerja dipasar,balik ke rumah bujangnya seketika.Mengemas.Sempat disapu dan dimop lantai.Kipas yang berhabuk dilap bersih.

"Mujur la tak ada perabot sangat." Gumam Khair sendirian.

Siap mengemas dan mencuci dari dalam rumah sampai ke luar.Bersih dan kemas semuanya.Duduk dilantai di tengah ruang tamu dengan segelas milo panas.

"Harap-harap depa jaga rumah aku elok-elok la." Melihat ruang rumah itu lama.

Sengaja datang cuci bila ada jiran yang bertanya untuk disewakan beberapa bulan sementara dapat rumah lain.

Sementara dirinya duduk di rumah Ilya boleh jugak hasil sewaan rumah ini diguna buat bayaran bulanannya nanti.

Bangun mencuci cawan,lalu naik ke tingkat atas.Baju-baju yang beberapa butir ditinggalkan diambil dan di masukkan ke dalam beg.

Berjalan perlahan turun sambil melihat sekeliling lama.

Rumah teres dua tingkat hasil kerja keras selama enam tahun sebagai jurutera.
Rumah yang menjadi saksi dirinya susah,
masuk ke sini dengan sehelai sepinggang sampai mampu adakan peti ais dan dapur dengan barangan yang sedikit cuma.

Masukkan beg ke dalam kereta.

Sambil berdiri tegak di luar,sempat sebatang rokok diambil.Api dinyalakan.
Menyedut perlahan-lahan.

Menyandarkan tubuh di sisi keretanya itu.
Menunggu seseorang datang.

"Bang." sapa seorang lelaki yang menunggang motosikal bersama isterinya.

"Im.."Sapa Khair semula.

"Sorry lambat." ujar Imran dengan senyuman.

"Takpe..abang baru siap kemas tu.Ini kunci.Korang jaga rumah aku elok-elok." ujar Khair pada Imran

Lalu diserahkan kunci pendua pada Imran.Penyewa sementara rumahnya ini.Baru berkahwin.

"Baik bang,ni duit deposit api air dengan sewa dua bulan." ujar Imran sambil menyerahkan sampul pada Khair.

"Baik..terima kasih.Abang minta diri dulu.
Kalau nak masuk nanti buka paip air luar.
Abang tutup tu." ujar Khair sempat berpesan.

"Baik bang,terima kasih banyak bagi sewa.Kalau tak pening kepala saya bang." ujar Imran

"Sama-sama." balas Khair lalu bersalaman dan berlalu pergi.

Memandu perlahan balik ke rumah Ilya.

Melihat duit yang diterima tadi.

Syukur Alhamdulillah....

Berhenti ke bank dan masukkan duit ke akaun adik-adiknya dan maknya dikampung.

Lebihan sedikit disimpan ke akaunnya dan cash diambil sedikit.Berlalu balik ke rumah.Kunci auto gates ditekankan.

Memandu perlahan memarkir keretanya.

Melangkah keluar,sempat disapa pak Yas yang sedang menyapu pokok-pokok yang baru di potong.

"Pakcik." sapa Khair ramah.

"Tuan." balas Pak Yas sambil tangan di angkat.

Kadangkala datang kemari bersama isterinya Mak Jenab ke sini,hantarkan barang basah dan masakkan untuk Ilya.

Kebun dan pokok bunga di banglo ini,di jaga rapi Pak Yas.

Baru mahu melangkah kedengaran hon kuat dari luar pagar.

"Sapa tu?." gumam Khair hairan.

Namun dibuka kembali pagar berkenaan.
Kelihatan Volvo merah masuk ke ruang laman rumah itu.

ILYA UMARA: SEADANYA DIRIMU (C) EDITINGWhere stories live. Discover now