THIRD
⭐ ILYA X KHAIR ⭐
Selepas kematian Datuk Baharudin,
Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru.
Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
Memandu kancil merah itu terus ke Seremban mahu mengambil adiknya Karissa lepas pulang dari temuduga tadi.
Dalam perjalanan itu berbagai perkara ditimbang dan di perhalusi sebaiknya.
Melihat wanita itu yang padanya jauh serba serbi buatkan dirinya terasa merendahkan diri.
"Dia tu cantik,kaya,ada semua benda." gumam Khair perlahan dengan keluhan berat.
Terasa dirinya menjadi kambing hitam pula saat ini.
"Assalamualaikum.." sapa suara adiknya Karissa dari luar kereta.
"Waalaikumsalam." Tersengih pada adiknya.
"Selalu naik moto,ni naik kereta siapa?." tanya Karissa terus.
Masuk ke perut kancil itu lalu pintu ditutup perlahan.
"Kereta abang Pijan la.Along pinjam." ujar Khair memulakan pemanduan mahu balik kerumah.
"Sorry susahkan Along,Rissa plan nak balik kedah tapi duit tak cukup sebab guna untuk beli bahan buat assignment." ujar Karissa perlahan.
"Cuti lama ke ni?." Masa ralit memandu kancil comel itu perlahan-lahan.
Kereta lama ini tak boleh pandu laju.
"Dua minggu."
"Kalau nak balik kedah,beli la tiket,Tapi Along tak dapat ikut sama."
Tahu adiknya lagi suka balik Kodiang bila cuti.Mahu membantu Hajah Kalsom dan tengokkan abahnya.
"Boleh ke?." Karissa serba salah.
Tahu Alongnya sudah bersusah payah selama diberhentikan kerja sebagai jurutera itu.
"Boleh,Along ada duit.Jangan risau.Cuba cek tiket online dulu.Ambil fon along beli terus kalau ada esok petang.Pagi Along sibuk sikit."Lalu menghulurkan opponya itu.
"Rissa ambik sikit je buat tambah.Rissa tak cukup sikit je." balas Karissa mula mengambil telefon Abangnya yang retak seribu itu dengan hati yang berat.
Kesian.daif betul Along ni..
"Ambil lebih pun takpe nanti bagi mak. Tinggalkan seratus untuk along,nak buat isi minyak." balas Alongnya masih tersenyum.
Hasil buat grab tiga hari lalu sudah masuk ke akaunnya pagi tadi.
Karissa melihat Alongnya itu sesekali dengan riak terharu.Selama mereka membesar alongnya banyak berkorban,
Selalu mengalah sebab nak diorang bertiga merasa cukup dan boleh belajar dengan tenang.Langsung tak pernah merungut.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Duduk di ruang tamu rumah yang kosong tiada perabot atau televisyen itu sambil berbual berdua.