⭐ BAB 12 ⭐

2.5K 137 10
                                    

Memarkir Range Rover putih itu berdekatan hentian bas awam berkenaan.
Duduk menyandar malas sambil menunggu si suami sejak tadi.

Mengelamun sehingga tidak sedar cermin tingkapnya diketuk beberapa kali.

Lock kereta dibuka.Lalu Ilya menguak pintu mahu turun.

"You drive." ujar Ilya pendek.

"Erk..I mana reti bawak kereta ni." ujar Khair dengan mata terkebil-kebil

Melihat gerangan isteri yang berjalan menonong masuk ke bahagian penumpang sebelah sana.

"Belajar la." ujar Ilya tenang sambil memakai seat belt.

Khair mengaru kepala yang tidak gatal lalu masuk melangkah dan duduk di kerusi pemandu Range Rover berkenaan.

"You nak i jadi driver you pulak ke sekarang?." Tanya Khair

Sambil melihat lama dashboard kereta berkenaan.

Mahu meneliti dulu sebelum bawa.

Risau nak bagi signal terbuka wiper pula nanti.

"Tak,i letih nak drive.Jalan la,sama je macam kereta lain.Bukan kapal terbang ni." ujar Ilya melihat lelaki itu sekilas lalu tersenyum senget.

Lalu Khair dengan keyakinan secebis kulit bawang, mula memandu perlahan keluar dari kawasan hentian bas berkenaan.

Hati-hati betul cara pemanduannya itu.

"Kenapa balik kampung naik bas?." tanya Ilya hairan.

"I tak larat ride la,jauh.Letih." ujar Khair perlahan.

"You takda kereta?." tanya Ilya dengan dahi berkerut.

"Kena tarik bank." balas senada.

Masih belum siap proses mengambil balik keretanya itu

"Tak ambil semula?duit hari tu tak cukup?."mahu tahu.

"Dah,dalam proses.Lagi dua tiga hari kut baru dapat semula." ujar Khair masih fokus memandu.

Gugup hatinya,tak pernah bawa kereta mahal.

Ilya mengganguk faham.

"Pergi Pavilion dulu,selepas tu baru pergi rumah mama I." ujar Ilya sambil sibuk dengan Ipad di riba.

Sambung kerjanya.

Sengaja suruh lelaki itu memandu.

"Okey..ermm..I nak tanya sikit boleh?." Ujar Khair serba salah.

"Hm apa?." tanpa mengangkat wajah.

"You cakap perkahwinan ni ada syarat je kan?syarat tu termasuk kena rahsiakan ke tak?i belum bagitahu keluarga i pasal ni?." ujar Khair perlahan.

Masih serba salah dan risau.

Bila balik kampung melihat wajah mak dan abahnya makin buat hatinya sebu bila buat keputusan belakangkan kedua orang tua itu.

"Pasal tu..You tak kisah ke nak bagitahu family you pasal i.I agak you baru putus tunangkan?tak terkejut ke family you nanti?." tanya Ilya pula.

"Mana you tahu i putus tunang?."tanya Khair dengan dahi berkerut.Terkedu.

"You ingat i buat tawaran dengan you kosong ke tanpa tahu tentang diri you Encik Khair Nafiz."ujar Ilya tidak beriak.

"Oh..." balas Khair sepatah.

Tiba-tiba otaknya kosong.

Maksudnya dia tahu semua pasal aku la kan...

"I tak tahu perkahwinan ni akan bertahan berapa lama.Tapi i okey je kalau you nak kenalkan i pada family you,kalau you tak kisah pasal hal kemudian hari nanti,I tak nak bagi harapan dan berharap.Kita tak kenal.Dan i kahwin dengan you sebab nak larikan diri dari plan mama i sahaja."Ujar Ilya tenang.

ILYA UMARA: SEADANYA DIRIMU (C) EDITINGWhere stories live. Discover now