🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤
Shameless by Camilo Cabello
"Hah....hah...hah..."
Seorang lelaki sedang bergelut dengan diri sendiri untuk bangun . Keadaan diri dia yang berlumuran darah di bahagian sisi abdomen nya membuatkan dia sedikit kesusahan untuk berdiri dengan sempurna.
"Argh Izz dengan Aariz ni memang tak nak angkat ke err," gumam lelaki itu . Dia cuba untuk menelefon sahabatnya namun semua panggilan dari dia tidak diangkat .
'Buk!'
"P-perempuan tu . Kemahiran berlawan perempuan tu boleh tahan hebat . Silap kau Khalish, pandang rendah dekat tubuh kecil tu ," kutuk lelaki itu pada diri sendiri . Dia menumbuk meja kuat melepaskan geram . Kecuaian dia hampir bawa dia ke ambang maut .
"Next time , if we meet again . I will make sure she dies ," ugut Khalish sebelum dengan langkah berat cuba menampung diri dia keluar dan mengambil laluan pintas di dalam hutan . Motor ditinggalkan kerana keadaan dia tak mengizinkan untuk pulang menaiki motor .
'Di sisi yang lain'
Kayla memecut tanpa arah tuju , dia perlu pergi sejauh yang mungkin sebelum dia ditangkap sekali lagi dan identiti dia akan terbongkar .
"Haih , sejak dua menjak ni kerap aku cuai bila buat mission . Kalau berterusan macam ni , silap-silap aku lepak underground sebab cuai je . Haihh bapak malu punca kematian macam tu."
Kayla membebel dan mengutuk diri nya sendiri berkali -kali . Dia masih tak boleh terima dia buat kesilapan yang kecil macam tu dan hampir membahayakan identiti dia sendiri .
Dalam Kayla bercakap sendiri dia tak sedar ada seorang lelaki yang tiba-tiba keluar dari kawasan hutan dan terus ke tengah jalan .
"WHAT! ARGHH!" .
Roh Kayla bagai ingin terbang keluar meninggalkan jasad dia saat dia kalih ke arah hadapan , ada seorang lelaki yang tiba-tiba keluar dari semak samun.
Kayla terus menggelak secara terkejut dari melanggar lelaki itu sebelum dia berakhir jatuh ke sisi jalan .
"A-aduh duh , bala mana yang tiba-tiba keluar ni ," Kayla bangun terincut -incut kaki nya sambil cuba dirikan motor dia kembali. Topeng ditarik dibuang ke sebarang arah .
"Mana d- ehhh! Aku langgar dia ke ?! Alamak !" Baru sahaja dia ingin memaki orang tadi , sekali bila dia toleh orang itu sudah terbaring di tengah jalan bersimbah darah .
"Aduh! Aku rasa tadi aku dah elak tapi kenapa dia teruk macam ni . Encik ? Encik ? boleh dengar suara saya tak?" Kayla menepuk bahu orang itu sepertinya separuh sedar .
"Oh god , what should i do ," Kayla panik . Dia pandang ke arah kiri dan kanan bersilih ganti cuba melihat jika ada kenderaan yang lalu lalang di kawasan situ tapi malangnya hanya kesunyian yang menemani mereka.
"Twilight! Twilight! Come in ! Shit , mana orang tua ni pergi ," Kayla menghempas earphone di telinga nya geram kerana tiada respon dari Twilight.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mia Moglie (in editing new storyline)
AksiSeorang gadis yang dipaksa dewasa dari berumur 8 tahun kini sudah berumur 24 tahun . Akibat dari ketegasan dan kekerasan yang dia terima sewaktu kecil menjadikan dia seorang yang dingin , degil dan tak gentar dengan apapun . "Black Eagle , kita ad...