Seorang gadis yang dipaksa dewasa dari berumur 8 tahun kini sudah berumur 24 tahun . Akibat dari ketegasan dan kekerasan yang dia terima sewaktu kecil menjadikan dia seorang yang dingin , degil dan tak gentar dengan apapun .
"Black Eagle , kita ad...
"Macam aku cakap, ini kesempatan untuk jalankan misi kau . Lagi senang kau nak cari maklumat dan bukti untuk tangkap dia ."
Kata-kata seseorang yang dalam panggilan Kayla . Selepas acara majlis selesai , Kayla sudah sah bergelar isteri seorang Muhammad Khalish Khalaf .
Saat menemani Khalish berjumpa tetamu-tetamu yang hadir , dia menerima satu panggilan telefon sebelum meminta izin pada suami nya untuk ke tandas .
"I know Twilight , but aku dapat rasa ada someone yang dalam masa yang sama buru Khalish . It's getting hard right now," keluh Kayla sambil memandang pantulan diri dia di cermin tandas .
"Don't worry yang itu aku akan ururskan . Kau just concentrate dekat misi asal kau . Don't make me disappointed Black Eagle ," kedengaran nada tegas di ayat terakhir Twilight.
"Aku tahu lah . Masalahnya ada ke dalam dunia ni isteri campak suami dalam jail ? aku rasa aku je kot nanti aih ," Kayla memicit pangkal hujung hidung pening dengan situasi dia sekarang .
"Berlambak je . Kau je malas buka media sosial ," cela Twilight.
Ingin dia membalas ayat Twilight tiba-tiba badan dia dikejutkan dengan satu sentuhan dan suara ayu seseorang .
"Puan Kayla?" .
"Hm? Yes . Kenapa ye?" panggilan tadi terus dimatikannya . Kepala disengetkan sedikit ke kiri seperti tertanya kenapa gadis ini mencari nya .
"Suami puan suruh saya panggil puan. Dia ada dekat luar ."
"Khalish?" gumam dia dalam hati sebelum satu anggukkan diberi dan dia keluar dengan riak wajah biasa tanpa senyuman .
Dia melangkah ke luar dari tandas itu susah payah. Kasut tumit tinggi serta gaun putih yang meleret di lantai membuatkan dia sedikit kesusahan ingin berjalan .
Saat dia keluar , pandangan mata dia menangkap satu sosok tubuh tegap membelakangi dia lengkap berpakaian tuxedo berwarna sepadan dengan gaun pengantinnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.