Mawar yang terluka ( 6 )

1.8K 72 4
                                    

"ANDAK dah sampai yah.."

"Alhamdulillah, lega hati ayah dengar Andak dah sampai. Nanti Andak kirim salam dekat Ashraff. Ayah nak ke surau ni tak boleh cakap lama-lama. Nanti ayah call Andak balik."

Ayah memutuskan talian selepas mengucapkan salam perpisahan pada aku. Telefon yang aku genggam kuat-kuat tadi dijatuhkan atas katil. Dada aku masih ada rasa ngilu kesan perdebatan antara aku dan Ashraff seketika tadi. Ayat terakhir Ashraff sebelum meninggalkan aku masih lagi terngiang-ngiang panas di kuping telinga aku.

Perjanjian katanya?

Perjanjian apa yang Ashraff mahu sodorkan pada aku?

Kami bukan kahwin kontrak. Aku juga bukan perempuan yang suka memperolok-olokkan ikatan suci pernikahan. Jadi, kalau nanti Ashraff membuat perjanjian yang bukan-bukan, aku akan menentang habis-habisan.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan bertalu-talu kedengaran. Aku jeling pintu yang tertutup rapat tak jauh dari tempat aku duduk.

"Kau buat apa dekat dalam tu? Keluar sekejap, aku nak cakap!"

Terhinggut bahu aku. Suara garau Ashraff yang melantun diluar kamar memecah masuk ke gegendang telinga aku, memaksa aku melarikan langkah ke muka pintu.

"Mawar tak kunci pintu. Kalau nak masuk, masuk saja.." Ujar aku sebaik saja menguak daun pintu selebar-lebarnya. Nampak seraut wajah Ashraff didepan muka aku. Kami saling berhadap-hadapan.

Tinggi aku dan tinggi Ashraff jauh beza, jadi aku terpaksa melangutkan kepala kalau mahu menatap wajahnya yang datar itu.

"Aku masih ada adab lagi. Kalau aku buka tadi kau tengah telanjang.."

"Suami Mawar yang tengok, apa yang jadi salahnya." Cepat aku mencelah. Tulang pipi Ashraf nampak menonjol bersama tatapan mata yang berkilat tajam. Aku abaikan reaksi berlebihan Ashraff yang mula menegang.

Buat-buat terkejut pula. Aku bukannya muda lagi nak malu macam budak belasan tahun. Umur aku dah pertengahan tiga puluh tahun.

"Abang nak cakap apa? Seingat Mawar abang yang mula-mula tinggalkan Mawar tadi. Tak sampai setengah jam abang dah cari Mawar dekat sini. Kenapa? Abang nak ajak Mawar pindah bilik? Dah bertukar fikiran nak Mawar tidur sebilik dengan abang?"

Ashraff mendengus. Dua langkah dia ayun kaki masuk kedalam bilik yang katanya bilik aku ini. Wajah aku masih ditatapnya tajam, tetapi hati aku tak gentar dengan tatapan tajam yang sudah biasa aku dapatkan darinya.

"Aku nak ingatkan kau pasal benda yang kau tak boleh buat dalam rumah aku. Aku tak nak nanti bila aku tinggalkan kau sorang-sorang, macam-macam hal kau buat."

Kulit dahi aku berlapis kedutan. Muncul rasa jengkel dibenak aku dengan sikap Ashraff. Seperti tiada waktu lain saja untuk mengingatkan aku tentang hal-hal remeh sebegini. Ashraff tentu tahu berapa lama aku berada didalam perut bas tadi dan berapa lama pula aku menunggu kedatangannya diperhentian bas. Tubuh aku letih, perlukan rehat yang cukup untuk berdebat dengannya macam tadi.

"Mawar tak tahu pula seorang isteri tak boleh buat apa yang isteri suka dirumah suami sendiri." Aku lemparkan sindiran dek terlalu jengkel dengan Ashraff.

"Kita memang suami isteri tapi aku tak pernah anggap kau isteri aku. Lepas kau sign surat penjanjian yang aku buat nanti, kita akan buat hal masing-masing."

"Selama ni pun tanpa surat perjanjian Mawar tetap buat hal Mawar dan abang dengan hal abang. Kenapa nak kena ada perjanjian bagai?" Sindir aku, menyedarkan Ashraff apa yang telah dia lakukan pada aku sepanjang tiga bulan kami mengikat status sebagai suami isteri.

Mawar yang terlukaWhere stories live. Discover now